Tuesday 6 August 2013

Tugasan Di Majlis Menteri Besar Kedah

Tengah standby tunggu Rombongan MB 

Salamz...

Semalam merupakan tugasan terakhir untuk bulan Ramadhan ni...tugasan di Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Kepada Guru Al-Qur'an Sukarela / Bidan Kampung / Mudim di Daerah Bandar baharu..Majlis ni  dihadiri oleh YAB Dato' Paduka Hj. Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah....Program di hadiri oleh 600 orang  tetamu dan sumbangan di berikan kepada 300 orang ...sumbangan ni pula di biayai oleh Yayasan Islam Negeri Kedah...turun hadir di dalam Majlis tersebut ialah YB Tn. Hj Rawi.. EXCO Agama ,  YB Datin Sabrina ADUN Bandar Baharu @ EXCO Teknologi Tinggi , Tn Hj. Mohammad bin Che Nai ..Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah, Encik Abdul Rahman Salleh ..Pegawai Daerah Bandar Baharu..baguih jugak la ada pihak yang masih lagi menghargai golongan ini..selalunya sumbangan ni kepada anak yatim , fakir miskin, ibu tunggal dan warga emas..kali lain skit kategori sumbangan oleh Yayasan Islam Negeri Kedah...Alhamdulillah...


Dalam ucapan YAB Menteri Besar beliau menegaskan supaya wujud perpaduan sesama islam walaupun berlainan fahaman politik..tetapi ujar beliau kalau bab akidah ni beliau tadak tolak ansur terutamanya bab fahaman syiah yang menular di negara ini.. Beliau juga sedang berusaha untuk di dalam Dewan Undangan Negeri untuk memfatwakan pengharaman penyebaran fahaman syiah di negeri Kedah. Kerajaan negeri tidak bertolak ansur kepada sesiapa sahaja yang menyebarkan fahaman syiah tetapi kalau sudah di lahirkan syiah , kerajaan negeri tidak akan ganggu..sebar tak bleh..

Ada juga sesetengah pihak yang mempertikaikan lawatan TPM ber sama bapa beliau( Tun Mahathir) yang sekarang ini berada di Tehran, Iran yang merupakan negara Syiah... kata MB lawatan mereka adalah untuk mengukuhkan hubungan 2 hala sebagai rakan di dalam pertubuhan Islam OIC...hubungan sebagai rakan kena jaga kalau tak kuasa barat akan mengambil peluang untuk memecah belahkan umat islam...

satu penghormatan diberikan untuk kendali majlis MB
setelah selesai program , tiba masa berbuka Cheq.Artz dok semeja dengan penerima sumbangan ..maleh nak duduk ngan VIP..masa tgh berbuka Cheq.Artz sempat berborak dengan salah seorang penerima sumbangan ..katanya beliau sgt setuju dengan cadangan MB nak menguatkuasakan undang-undang fahaman syiah tetapi kenapa wahabi tak di haramkan juga..sebab kata beliau wahabi ni pon sesat gak..salah satu kesesatan wahabi ialah menyatakan Allah ini berambut kerinting dan ada tapak kaki...dan menghalalkan darah umat islam yang menolak fahaman wahabi salafi...tudia sampai tahap tu ka...kalau Syiah menurut beliau yang menyatakan malaikat Jibrail tersalah turun wahyu sepatutnya kepada Saidina Ali di katakan sesat wahabi yang menyamakan Allah dengan manusia pun sesat gak la..

Rakan setugas yang dok adjust sound sistem bagi sedap sora Cheq.Artz dan MB..hahah.
.tadak depa lingkop sora ..tima kasih kat depa..
OOOoo..yang tu Cheq.Artz tatau tapi sekurang-kurang kita biarkan pihak yang sapatutnya menyiasat perkara ini kalau benar seperti dakwaan beliau...kita sesama desak kerajaan tuk mengambil tindakan kat fahaman wahabi ni... ok..ok..??  









1 comment:

  1. lega dah selesai ye.. boleh lah beraya dengan tenangnya..

    ReplyDelete