Saturday 12 October 2013


Salamz...

Rentetan peristiwa lesen mampouih beberapa hari lalu...cheq.art tak mau tangguh maka terus pi buat lesen baru..kali ni lesen yang dapat bukan macam dulu lagi..lesen mirip seperti kad pengenalan cuma bezanya warna je tak sama...taraaa..lesen baru sudah siap...




kalau dulu..tarikh ikut bila kita amik lesen...kali ni itu tarikh lahir..baguih gak cara ni..sebab memudahkan kita igt tarikh ulang tahun kelahiran a.k.a tarih luput lesen..jadi mudah la...lepas sambut hari jadi terus pi JPJ renew lesen kalau tak sains surat saman la...

sapa yang blom tukar lesen lagi boleh berbuat demikian sebab tiada caj di kenakan..lagi pun tak payanh bawak gambar pasport..depa dah ada kamera sesiap..tak pun pakai gambar yg dalam IC ja...

prosesnya sangat mudah dan cepat..hanya dalam 5 min - 10 min lesen baru sudah siap....maka bila siap lesen ni..boleh la cheq.art lalu depan road block tanpa rasa gentar terutama awek polis yang tahan hari tu...


Tuesday 8 October 2013

Allah Permudah Segala Urusan..thank U Allah..

salamz..

pernah tak antara kita ni yang terlupa tarikh luput/ tamat tempoh lesen / roadtax..yer la kan benda renew setahun sekali..tambah cheq.art renew lesen 2 tahun skali ...

nak jad cerita mlm tadi cheq.art nak beli barang kat kedai runcit masa lam perjalanan tetiba ada road block pak polisi..masa pi tu ok depa tak tahan pon walaupon banyak ja motor sangkut..cheq.art terlepas..masa lalu ada lah sorang anggota polis (awek) perhati ..bila cheq.art perasan maka kita pon angkat la tanggan tanda terima kasih kerana tak sangkut...

lepas balik ja dari kedai runcit terpaksa lalu jalan tu juga ..walaupun ada jalan jauh tapi maleh nak lalu lagi pon terpikir tadi lepas kali ni pon mesti lepas punya...nak takut pa kita semua lengkap..cewahhh kata lam hati tu...maka sekali lagi cheq.art lalu kat road block dengan penuh kompidennya..awek polis yang ursha masa awal tadi tak lepaskan peluang kedua nya untuk tahan..."mintak IC ngan Lesen en." katanya..cheq.art dengan penuh senyumannya pon kelebek dompet keluarkan ic ngn lesen..

masa keluarkan lesen cheq.art perasan.."alamak ..lesen aku dah tamat tempoh"..kata lam hati la..takkan kot pikir lam hati...cuba kelebek lagi skali mana tau kot yang ni lesen lama..rupanya tak...adoyaiii..apa alasan nak bagi ni kalau cik polisi ni tanya nanti...mampoih la aku...

bila cik awek polis ni perhati & teliti lesen ni..jantung cheq.art mula la main lagu rancak serupa lagu metal..dok pikir nak merayu apa ngn nak bagi alasan apa supaya tak di saman..tetiba awek polis kata.." ok en. terima kasih..boleh jalan.." wahaha..selamat aku..rupanya dia tak perasan ataupun memang dia lupa hari ni bapa hari bulan kot.. hari ni 8 okt 2013..lesen cheq.art last 29 sept 2013...syukur Alhamdulillah...

ni lah yang dikatakan pertolongan Allah...dia permudahkan segala urusan..bayangkan kalau tak tak pasal nak kena bayar saman..sebab tu para tok guru/ostaz pesan dalam bila abih solat jangan lupa selitkan doa mintak permudah segala urusan di dunia @ dalam kehidupan...terima kasih Allah..

esok nak kena perhidup lesen..Allah dah bagi peringatan dan pertologan kalau dok leka gak pasni jangan kata pa kalau kena saman kes sama..

Thank U Allah..Thank U Allah....


Monday 7 October 2013

Draf Rancangan Tempatan ..Apa Tu??

Salamz..

Beberapa hari lalu..cheq.art di jemput menjadi Pengacara Majlis (MC) di program Perasmian Draf Rancangan Tempatan Daerah Bandar Baharu 2020..sebenarnya cheq.art pun tak tahu pada awal apa ke benda ni...Rupanya ini merupakan cadangan atau rancangan pembangunan di kawasan daerah masing² dan dengar kata Draf ni hanya di keluarkan dan di pamerkan kepada umum/awam setiap 5 tahun sekali...

tujuannya untuk memaklumkan kepada masyarakat setempat tentang cadangan/rancangan kerajaan untuk membangunkan kawasan tersebut sama ada dari segi prasarana/perindustrian/pendidikan/pelancongan dan sebagainya.. malah orang awam di minta untuk beri cadangan/ pandangan untuk penambahbaikkan..dan pameran & kaunter di buka selama sebulan.. nak tau lebih lanjut boleh klik kat link dibawah:


pada hari tersebut tak ramai sangat orang yang datang walaupun jemputan ramai...mungkin tak penting kot..cheq.art pon pikir pada mula tak berapa penting kot..tapi masa menunggu waktu perasmian cheq.art sempat bertegur sapa dengan kenalan dari kaum cina yg merupakan ketua masyarakat untuk kaum cina..sepanjang dok bersembang dengan dia ..dia kata
" Ini Dlaf sangat penting utk kita (kaum cina)..pasai kita mau tengok pembangunan balu (baru)..jalan balu(baru)..nanti sinang (senang) mau celita(cerita) sama depa (masyarakat cina).. 

ok la fikir cheq.art sbb sebagai ketua masyarakat memang tanggung jawab dia pon untuk maklum tentang pembangunan yang kerajaan nak buat kat tempat dia..

tp rupanya 'ada udang dok menyelam dalam kuah ' katanya lagi 

"kita mau tingok mana jalan balu mau bikin..bangunan balu mau bikin...sinang kita mau beli itu kebun (tanah)" 

wah..terkejut cheq.art rupanya serampang dua mata la...pandai mencari dan mengambil peluang..

"itu buku sama CD wa sulah angkat..nanti balik mau kasi tengok betul-betul mana tempat" 

wah ..kata cheq.art lam hati 

" bila lu tau mana itu tempattt..
lu kuar lu punya sengatttt..
habis kebun lu kasi rembattt..
last skali habih kami semua merempattt"

(ada supa pilem KL gangster tak hehehe)

wah..ini bebetul punya otak meniaga..patutlah orang kata cina pandai cari doit..memang pandai sungguh..itu pemikiran mereka berbeza dengan pemikiran orang kita..maaf cakap orang kita lebih suka berpolitik dari mencari peluang meningkatkan ekonomi..tak kisah projek ni zaman pemerintahan sapa.. janji bagi manfaat kat rakyat..bila dijemput semua mai siap jamu lagi tp yang nampak beberapa kerat ja..mungkin tak penting kot bagi depa sebagai ketua masyarakat/orang awam.. maklumat yang disampaikan hari tu....

 lepas kejadian tu cheq.art balik dan cari dalam internet berkaitan draf ni..rupanya banyak pembangunan di daerah bukan di sini saja malah di seluruh malaysia...

Contoh cadangan Projek Jalan Baru di Daerah 


Contoh cadangan pembangunan sektor perdagangan di Daerah


tu baru sedikit contoh cadangan pembangunan dari 2014 - 2020..bayangkan berapa banyak peluang yang boleh diambil daripada draf rancangan pembangunan tempatan..patut la ketua masyarakat kaum cina tadi dok tunggu-tunggu dan tak sabar nak balik cerita kepada masyarakatnya betapa banyak peluang yang boleh di raih melalui projek ni..bukan saja kontraktor..broker..usahawan..tuan tanah malah sesiapa saja kalau pandai cari peluang mungkin rezeki kita ada di celah-celah ni.....bak kata pak sedara Cheq.art.. 

"orang kita simpan duit di bank untuk dapat dividen tahunan..orang depa pulak guna duit orang kita (pinjaman bank) yang di simpan di bank sebagai modal untuk perniagaan/pelaburan dapat untung bulanan/harian..sapa lagi bijak katanya.."

harap kalau ada masa pi la tengok pameran di tempat masing/daerah masing..mungkin boleh lontarkan pandangan / cadangan / idea yg baik sbb ada disediakan borang cadangan..kalau sebelum ni dok pikiaq nak juai tanah ka atau tadak pa nak buat dengan tanah tu boleh la pi tengok mana tau pembangunan berhampiran dengan tanah kita ka kenalan ka boleh la bangunkan atau sewa kan..jangan juai dah la..

nanti sendili lugiiii..
itu sengat bila maliiii..
lu mana mau laliiii..
jgn melempat sampai matiii...
itu haleta(harta) kasi anak miniiii (bini)....hehehe

sekian wallahualam..

Sunday 6 October 2013

Apa punya jenih mak pak nih..


Salamz..

kalau sapa ada baca sinar hari ni mesti terjumpa satu cerita yang menyedihkan 
Enam beradik ditinggal kelaparan..

kata org tetua buat anak pandai..nak jaga tamau...kalau tgk pada gambar ni production setahun sorang gak ni...tapi napa lah di biarkan kelaparan sampai lebih 24 jam...mujur lah yang kecik (7 bulan) tak meninggal sbb ketika dijumpai dah lembik sebab menangis akibat kelaparan yang amat sangat...dengar kata si mak ngan pak ni suka bergaduh..bergaduh sampai tahap nak berperang...bila berdamai terbit waris sorang..masa berperang pakat lari cari ketenangan sorang pi utara sorang pi timur..anak biar bergelimpangan..adoyaiiii..peningg

kesian gak tengok depa ni..mungkin mak pak dia bergaduh sbb duit kot tak pon buka cawangan ka...tapi paling lazimnya ialah DOIT la...kalu tengok pada cerita dan keadaan depa ni memang susah dan miskin sungguh..tahap fakir nih..sbb pernah tidur anak beranak kat pantai sbb rumah sewa terbakar...mujur lah anak tak di sepak terajangnya..kengkadang men ngn masalah duit nih..memacam boleh jadi...sebelum ni ada pasangan ibu bapa bunuh diri termasuk ngn anak beranak sbb tak tahan ngn kos sara hidup makin meningkat...

nak harap bantuan kerajaan..iskk..simpan dulu kot hasrat tu..sbb bebaru ni ada seorang kakak ni ada anak 5 orang ..rumah pon sewa ja..kerja dapat la gaji lam lingkungan RM700 setelah di tolak EPF..sebelum ni JKM bagi bantuan RM400 kot sebulan utk anak² beliau pi skolah lagi pun beliau tak kerja sebelum ni sbb masalah rumah tangga duduk asing ngn suami..kira lam proses cerai..bila JKM dapat tahu si akak ni dh kerja depa nk tarik balik bantuan utk anak sekolah katanya dah bekerja...iskkk..iskkk..maaf cakap la...RM700++ nk hidup sebulan dengan 4 anak dok sekolah..sewa umah saja dah RM250..anak² pi skolah kena naik van sorang tak silap lam RM30 X 4 = RM120 ..makan minum lagi ..hantar anak mengasuh RM150 -RM200..anak no. 5 baru umo 2 thn..kesian gak bila tengok..dan org JKM pon bukan tamau tolong tp dah peraturan camtu kang langgar di kira salah plak...sekarang ni boleh di katakan nk jatuh di timpa tangga...sebab bantuan akan di tarik balik...tempat kerja anak ni plak nk buang orang sbb ekonomi tak bapa cantik..dgr kata bulan 12 ni bulan last dia keja...camna lah nk survive..sesilap hari bulan anak berenti skolah la..

Cheq.art harap pihak yg berkenaan boleh la amik port skit bab masalah taraf hidup ni..perluaskan lah bantuan untuk orang susah ni..sbb kalu di perhatikan jenis bantuan ni sikit sgt dan syarat pon bukan lah longgar...kalau boleh tu naikkan nilai bantuan dan longgarkan lah syaratnya kalau dulu RM750 di kira miskin up la skit lg RM1000 ka..lagi pon bebaru ni timb. menteri buat kenyataan
kenyataan timb. menteri - sumber beritakini.my

heheh..sesapa yang tak termasuk dalam seperti yang dinyatakan maka kategori miskin lah..bila dh menteri kata camtu bermaksud bantuan sepatutnya kerajaan akan perluaskan lagi..jd boleh la kita pergi ke JKM dan juga pejabat Zakat untuk terima bantuan..sepatutnya lah kan...hehehe..maaf cakap bukan la Cheq.Art nk berpolitik ka apa..kita bercakap atas dasar realiti bukan fantasi...bebaru ni ada seorang hamba Allah menulis surat terbuka kepada PM mengadu masalah kos taraf hidup di Kola Lompo..gaji RM2000++ nk survive..

siti hajar tulis surat kat PM- sumber beritakini.my


kalu RM2000++ pon teruk nk survive camna la hat ramai  yang bawah RM1000 nih..harap bajet 2014  nak mai nih tolong tengok-tengok sama golongan asnaf nih..

.duit daripada dok biar tiris tu salurkan la plada JKM supaya dia leh bantu ramai lg golongan yg memerlukan...




Sunday 29 September 2013

Sambutan Hari Asean ke-46

salamz..


Lama tak updated..sebenarnya Cheq.art baru blk daripada program Sambutan Hari Asean ke-46 di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah..memula sampai surat arahan kena pi jd MC (Pengacara Majlis ) untuk slot jigsaw puzzle..bila pi masa taklimat di sana, rupa bahagian Perhubungan Luar Negeri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia tak mau..lega dah awal tu..leh la buat kerja belakang tabir ja..skali depa suruh jd MC perasmian Penutup..aduihh..kita takat kampong ja..lom pernah pi tahap tinggi lagi..tapi tak pa la..sebab ada partner yg pernah dok jd peringkat antarabangsa dan pernah berduet dengan mahathir Lokman ni nak back up Cheq.Art..kita pon ok la...nasib baik tak kena cakap omputih kalau kelam kabut gak la..



Tapi Alhamdulillah sepanjang program berlangsung tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Pertama kali dalam hidup jadi MC pakai kain...aiyak...sekali pandang supa orang nak pi baca tahlil ja...sebenarnya pakaian yang Cheq.Art pakai ni adalah pakaian rasmi Negara Myanmar..pakaian kebangsaan kot..

.yang sebelah Cheq.Art ni pasangan MC dia ni pakai pakaian Malaysia rasanya negeri Perak punya kot..

nak kompom betoika Cheq.Art pakai pakaian Myanmar sebab ada yang kata Laos..bila cari dalam Internet maka terjumpa la gambar di bawah ni..


 Inilah pakaian kebangsaan rasmi di Myanmar, hanya mengenakan kain sarung dan memakai selipar atau capal. Gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak (kiri) yang kemas amat berbeza dengan Presiden Myanmar, U Thien Sien. Gambar ini dirakamkan di Istana Presiden di Myanmar ketika lawatan Najib ke Myanmar pada Rabu 28 Mac 2012.



Bagi kita mungkin rasa pelik bila lelaki pakai kain sepatutnya seluar la kan...sebenarnya banyak gak negara yang lelaki pakai kain @ skirt contohnya kat scotland, 

Kalau kat bawah ni Video rakyat Tongga dengan pakaian tradsional pada hari mangkat raja depa...


Monday 23 September 2013

Siapa Yg Kurang Ajar & Bodoh..

 Salamz...

Pepagi ni gempar apabila isteri kepada seorang pemain bola sepak terkenal memaki hamun seorang pengawal keselamatan ..Cheq.art bukan la nk masuk campor pa..tp kurang seronok bila tgk seorang yang muda memaki seorang pak cik yang cuba menegur kesalahannya (parking).. bukan ka perkara ini boleh bawa berbincang..dalam clip yg di hidangkan pada cheq.art di FB td...bila di teliti dedua salah...pak cik tu pun ada gak kesalahannya sbb menurut  dlm clip tersebut pak cik ni tidak tegur kereta alphad yg parking di hadapan kereta mereka sebelum ni...bila mai turn diorang kena tegur suruh alih kenderaan sbbnya tmpat tersebut tidak boleh parking..tak silap kejadian berlaku di lapangan terbang Subang...

apa yg buat Cheq.art rasa ralat bila dimakinya pak cik yang berpangkat ayah..dengan perkataan yang kurang enak seperti BODOH!! JANTAN DAYUS!!...jangan katakan pak cik tersebut..kalu Cheq.art sendiri pon boleh hilang sabar bila diulang perkataan tersebut berkali²...yang peliknya pemain bola tersebut berada di sebelah tidak ambil apa² tindakan semada berbincang dengan pak cik tersebut atau menegur bininya yang bersikap terus terang Cheq.art kata kurang ajar...dan paling sedih sanggup ambil video pak cik ni dengan tujuan untung mengaibkan beliau @ mungkin sebagai bukti nak lawan kat mahkamah kot..tetapi bila tgk respon orang ramai di laman FB banyak yang mengutuk bini pemain tersebut...

Tp Cheq.art nk tekan kan kat sini bini pemain tersebut pernah menegur penyokong bola sepak negeri pantai timur agar berbudi bahasa dan bercakap seperti orang yang ada iman...tetapi kenapa berlaku sebaliknya pada beliau...betul kata beliau..Allah maha Adil ..hidup ni seperti BoomBreng ..kita lontar dia akan patah balik kepada kita...



tulisan beliau menggambar beliau seorang yang cukup berbudi bahasa dan penuh dengan keimanan..







nilai la sendiri kebiadapan bini pemain bola sepak ni..seorang yang mengajar orang lain agar berbudi bahasa dan bercakap dengan penuh keimanan menunjuk contoh budi bahasa dan beriman bila bercakap....




Cerita saksi yang berada di tempat kejadian..

p/s : Kena tegur adalah benda biasa sebab dia menjalankan tugas..Cheq.artz biasa juga di tegur atas kesalahan parking.. kalau kita salah ngaku aja la dan segera beralih ..bukan nya bertahan dan tidak mengaku kesalahan..walaupun di katakan tidak salah..sbb ada penumpang dlm kereta itu bukan persoalan..janji tempat tu tak boleh parking/menunggu kecuali kalau dh org yg di tunggu tu dh tiba baru boleh parking untuk ambil penumpang dan angkat barang...

bebaru ni Cheq.art bawak mak pegi periksa kesihatan di hospital...bila dah selesai semua mintak mak tunggu sat kat lobi dengan wheel chair dan terpaksa jalan kaki jauh ke tempat parking amik kereta n amik mak kat lobi hospital ..tadak masalah pon..pak cik guard tak marah pon siap tolong jaga mak kita lagi...siap angkat tangan lagi masih kami berangkat pulang.. biasa la kengkadang bila berada DIVA dan terkenal ni EGO ni mula la muncul dlm keadaan kita tak sedar..nauzubillah mohon di jauhkan sifat tersebut...

Wednesday 18 September 2013

Game Review #1- BUS SIMULATOR 3D versi android..



Salamz..

Setiap org mempunyai hobi tersendiri waktu lapang ka sunyi ka buhsan ka...cam cheq.art nya hobi mmg suka men game..arcade ka PC ka Console ka Tepon ka..memana dan ja...

hari ni nak review 1 game simulation yang menarik...sebenarnya byk game simulation ni kapai terbang la ketapi la..memacam nk jd doktot pun buleh...tapi dalam bebanyak game simulator jarang tengok game bus ..simulator truck banyak la...

Bus Simulator 3D adala versi Android..untuk tepon & tablet ja...cheq art try juga cari versi PC tapi tadak..yg ada pon jenih  len...

Cheq art suka gak layan game sbb simple ja nk run pon untuk android 4.0 ke atas la..2.5 tak support..dalam game ni..





Kalau malas nak main career mode pon tak saja nk test drive leh amik yang free ride mode ja..biasanya cheq artz nagi anak² men yang mode ni..nk peringkop bas ka terjun gaung ka..pakai yg ni ja..
 memula main di memang kena bawak bas cam ngan Rapid ni..tak leh pilih bas len..bila dah cukup point..experience baru leh unlocked bas baru...daripada bas Rapid..sampai la ke bas express..lagi hebat bas lagi tinggi la exp. point kena kumpul..






yang ni paling tinggi skali kalau nk unlocked sampai la ni cheq art lom unlocked lg..







lam game tak byk level cam game len..tp boleh tahan la gak level nya...ada cuma 8 level ja..setiap level mision/route/trip dia lain-lain..cth...level 1 bawak lam pekan kecik ngn kampong..level 5 bawak area jalan grik n Jln genting..lebih kurang tp ni lagi susah pada grik sbb jln sempit..level 6 - jalan salji lv7 @ 8 kena jln grik waktu malam..pergh..mau tau la...





kalau dari segi nak kontrol plak tak susah..- gambar kamera tu maksud view..nk view cokpit cam lam gambar ka atau view dari atas nampak sebijik bas ( gambar bawah)  pon boleh...



- gambar petak ada tombol tu..gear atas D (drive) R (reverse)
- petak tinggi ngn rendah tu minyak dan brake
-arrow - signal..


game nya simple..amik penumpang ja...setiap penumpang yg amik dapat la 100 exp..tp kalu exciden @ break ngejut.. - 30 / 10 exp.. setiap route/trip di beri masa jadi kena sesesaikan dalam masa di tetapkan kalau tak game over... 

ok dulu takat ni review game bus simulator 3D versi android...kalu ada yang menarik cheq artz share lagi..










p/s : bebosan layan ni best la gak...bagi simulator gamers...

Tuesday 17 September 2013

W.W #1 Layan Mutu Cap Tatau kt Pantai Batu Buruk..






p/s.. control pasai bawak anak ja...kalu sengsowang kompom wat gila tetambah kalu naik ngn Mommy kalu..mau tau la...hahaha...toyak laaa..

Hot Tiket OOoOO Hot Tiket....

Salamz..

apa khabar semua...moga semua sehat sejahtera 

Hari ni Cheq.Artz nk kongsikan satu masalah yg cukup menggeramkan hati ini..heheh.. ada tak sesapa kat sini yang guna hot tiket..semlm maxis anta msg katanya suruh top-up 


masalahnya skang ni mana ada hot tiket di jual di mana²...dah puas cheq.artz mencarinya habih pekan kedai-kedai area kampung dan pekan di terjah...hari ni jawabnya habis la segala baki kena sapu dek maxis...geramm toi..masuk ni dh 2-3x dh maxis wat keja gila camni..sesenang ja sapu baki pengguna...pernah satu kedai cheq.art terjah nk cari top-up katanya maxis dh stop dh lebih 2 minggu...katanya nk kuar pakej baru bulan depan baru sampai...BULAN DEPAN~!!! abih yg nk guna ni camna...kalu ya pon nk kuar pakej pa pun stok lama jgn la stop pelanggan nk guna telepon ni satu keperluan..



seingat cheq.art hot tiket ni memula pakai masa bulan posa 3 thn sudah kalu tak silap..masa tu iklan kat TV ..jd saja try kot² dpt bg penjimatan ..yg topup biasa ni mmg tak jimat la pada cheq.art.. masa tu kira maxis nk test market la...RM15 dpt call 120 min dan 300 sms..pakai mmg tak habih la sehinggakan baki sms yg di bawa kehadapan cecah smpi 1000 sms..call pon baki tetiap bulan tak penah abih...punya la sonok ...dulu nk gayut tak leh ..skang ni la nk bergayut skit pon...dulu dok men miss call ja la...hahahha..tup..tup...maxis stop stok hot tiket ..alasan nk kuar jenis baru..habih baki 1000 sms & beratus minit call kena sapu..tunggu punya tunggu kuar la hot tiket perayaan bagi free ayam KFC..nampak cam sonok tp rupanya dia dh kurangkan masa berbual & sms cth kt bawah ni... 


geram toi takat nk bagi ayam baik tak payah...ayam bukan leh guna nk buat call pon..tak bagi pon tak pa tak ralat pon...kita nk penjimatan bukan nk makan...


pastu lani maxis buat hal plak dh stok tadak...sebelum ni hot tiket bola bagi baju free...ada la nisbah 1:1000 kot..stakat la lom dpt lg la t-shirt pree..kali ni tatau apa natang plak..ada yg kata hot tikej nk keluarkan yang baru..kalu tambah masa & sms ok la gak...ada juga kedai telepon yang kata maxis dh stop teruih lani pakai style hotlink...aduihhh..jemuh wat miss call ja la...dh la charge mahai 1min- 49 sen (cecom) 1min-28 sen (maxis) kalu tak silap..tu lam campo call msk voice mail pun depa ni sapu gak...dasar penyamun tarbus tul..

*** ada tak sesapa yang tahu camna nk wat penjimatan call kot la ada pakej len..yg lebih jimat dr hot tiket..cheq.art nk tukar operator plak...







Sunday 8 September 2013

salam...

hari ni kureng sehat skit..sejak dari semalam rasa nk demam...skang ni kepala pun dah pusing...hidong pon berair... lama menyepi sbb sibok skit dengan program kemerdekaan..nanti la cheq.artz update len..hari ni cuma nk boh gelagat Cheq.artz masa  program merdeka nostalgia 1957...ok...adios..nk pi makan obat paih tu tidoq...






















Saturday 24 August 2013

Jom Make-up Pejabat


Salamz...

Sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang ni..Cheq.Artz dan rakan-rakan sepejabat berpakat menghias pejabat bagi sama-sama menyatakan sokongan terhadap kempen..ini adalah salah satu cara bagi kami menyatakan kan semangat cintakan negara yang bebas dari belenggu penjajahan selama 446 tahun oleh kuasa asing... walaupun baru merdeka 56 tahun..kemerdekaan ini perlu di jaga dan di semai supaya negara ini sentiasa bebas dan tidak lagi di jajah seperti yang berlaku di negara luar seperti Iraq, Afganistan, Libya dan di ambang penjajahan seperti Mesir dan Syria...Moga Allah sentiasa menjaga kemerdekaan dan keamanan negara ini...

'MALAYSIAKU BERDAULAT ; TANAH TUMPAH DARAH KU'



















CheqArtz sgt suka kartun ni  sbb bagi maksud yg dalam ..hehehe..rupa² orang lain pon berfikiran sama..ANDA PULAK BAGAIMANA???