Monday 22 September 2014

Konvoi Merdeka Ala Sharif Dol



Salam...

Kita baru sahaja selesai menyambut Hari Kemerdekaan Negara dan Hari Malaysia...apa yang cheq.art nak kongsi kali ni ialah sambutan kemerdekaan ada konvoi keliling kampung ..yang best nya kali ni cara konvoi ialah pemimpin tempatan memakan pakaian zaman dahulu..

Sambutan merdeka yang di adakan di Mukim Relau Bandar Baharu Kedah di adakan setiap tahun . tahun lepas dh buah yang mana cheq.art sorang ja berpakaian ala Sarip Dol..style lama la..tapi kali ni pemimpin tempatan plak..Penghulu..Pengerusi JKKK ..Guru Besar dan lain-lain..


Ni gambar Cheq.art tahun lepas masa sambutan hari kemerdekaan.. kali ni giliran pemimpin masyarakat plak berpakaian lama..



mana tau lepas ni plak tahun depan Cheq.art dan pemimpin setempat nak buat besar-besaran bagi pemimpin peringkat negeri plak berpakaian orang dedulu dan konvoi ngan basikal masuk kampung ..sebenarnya bagus gak biar pemimpin ni tengok kampung sekurang-kurang boleh lihat keadaan dan masalah dalam kampung daripada harap dengar cerita orang kampung ja...




Bagusnya bila Guru Besar sekolah SK Relau dan juga pelajarnya turut sama-sama kasuh basikal keliling kampung..tak la cam guru besar dok lepak lam pejabat cuma arah..pelajar semua kena buat..yang ni cheq.art puji guru besar dan anak murid sama-sama kasuh basikal..





sempat lagi bergambar di hadapan sekolah SK Relau ..tima kasih semua ..memang penduduk Relau ni sporting abis..

Jumpa lagi tahun depan di program yang sama jika umur panjang...

Saturday 20 September 2014

Nak jadi wartawan plak ka??


salam...
Apa perasaan korang bila jd wartawan..??

Satu lg pengalaman cheq.art apabila terpaksa jadi wartawan temuramah..bkn wartawan menulis hehe..
Sebenarnya tak masuk memana TV pun nampak ja eksyen lebih..ni cuma utk Projek Video Korporat Pejabat ja tadak kena mengena ngan memana TV/Radio di malaysia mahu pun di dunia..

yang penting pengalaman..susah juga no..walaupun cikai-cikai (biasa-biasa) ja tetapi rupanya ada teknik juga..che.art tadak la blajaq kat memana tetapi bila kita buat dan lihat balik rupa ada kelemahan-kelemahan yang perlu di perbetulkan..

1.  Soalan yang jelas..penggunaan perkataan yang mudah pelanggan/respoden faham..kalau tak dia dok        ulang tanya kita balik ..hahah..
     "Haaa..apa dia?? skali lagi?? ulang balik??"

2. Jarak kita dengan Responden jangan terlalu dekat..bukan kita yang nak Glemer..nak kasi dia                   glemer..senang Kamera nak fokus tak kira la close up atau pun angle separuh badan yang penting          jangan kita pi dok tempek muka kat kemera..

3.  Penggunaan microphone @ rekoder jgn terlampau dekat mulut..jangan sampai nampak nak tojoh            (sumbat) dalam mulut dia ..seeloknya letak di bawah dagu supaya selesa dan tidak menghalang bibir      dari mengungkap kata²..

Ada lagi yang nak tambah??? sila oOo sila..

Sesi temuramah bersama Pegawai Penerangan Daerah Kubang Pasu
En. Harun Kareya

Program ini ialah Program Info Komuniti 1 Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Bersama RELA dan masyarakat Setempat .. cheq.art ngn team cuma turun utk amik maklum balas terhadap Program dan keberkesanan penyampaian maklumat.

Banyak lagi yang perlu di pelajari kalu nk temurah responden..mungkin rakan pembaca ada tips atau ilmu dari segi kewartawanan yang nak kongsi dalam ni silakan ..Cheq.art sgt alu-alukan boleh di kongsi dengan ramai orang supaya kita boleh membina asas keyakinan diri bila berdepan dengan orang ramai..salah satu  kelemahan ramai orang ialah berdepan dengan ramai orang..tul tak??

Bukan senang nak jadi serupa Karam Sing Walia..ni pun cuma amik secebis pengalaman saja dari keseluruhan ilmu kewartawanan..








Wednesday 17 September 2014

Rezeki Jangan Di Tolak


Salamz..

bab kata perpatah 'REZEKI JANGAN DI TOLAK..MUSUH JANGAN DI CARI' ..

Al-kisah cheq.art bersama Abg Zul (baju oren) menjalankan tugas membuat persiapan untuk Program Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Daerah..setelah selesai kami pun singgah minum sebentar sebelum balik ke pejabat, sekali tersempak dengan Pak Lang Ghani .. 

setelah bertegur sapa ..disemawanya (diajaknya) kami ke kebunnya..mula tu menolak la juga sebab nak balik ke pejabat..tapi tu la..katanya berhajat nak bagi benda maka pi la kami ni tamau bagi pak lang ni kecik hati..

sampai ja di kebunnya..tudia nalla punya banyak buah yang di berikan kat nk penuh keta sorong..
"banyak sangat ni pak lang" kata bang zul..
"tak pa rezeki hangpa..biar pun dok rosak ja..pak lang bukan buat jual" kata pak lang

kalau di hitung beratnya mau berpuluh kilo..



camna pun tima kasih pak lang Ghani atas pemberian ..moga Allah meluas dan melimpahkan rezeki kepada pak lang Ghani..Aminnnn..

Pak lang Ghani ni bekas tentera dan sangat baik orangnya ..mmg seorang yang ringan tulang dan mudah mintak tolong..Program pejabat selalu dia turun dan support..

kata orang tetua tak rugi berbuat baik pada orang..

Tuesday 16 September 2014

cendol maveles



Salam ...

antara menu yang cheq art tak suka makan ialah cendol n ABC ..tapi kali ni dh lain dh jd peminat cendol
sebabnya kerna di jamu oleh cendol yang maveles ni .. memang sempoi pada cheq art sebab rasa semua berlemak dan berkrim..

kalau sapa yang duduk area Parit Buntar, Nibong Tebal, Bandar Baharu mungkin pernah rasa kalu tak dan tinggin nak rasa leh la pi kat Kiosk Seri Ampangan kat taman perkaka, nibong tebal. dia jual skali ngn laksa..laksa pun sempoi..


kalau nk pi kat sini tempatnya..lupa nk snap gambar gerai..gerai biasa ja tp sedap..pada cheq art la..


lama dah tak makan baru ni pi cendol dh sold out.. kalau pi lebih dari kul 6.00petang..ikut nasib la ..kalau ada rezeki berpeluang la rasa...

Sunday 7 September 2014

pengulas lintang pukang

Salam..
Antara pengalaman yg tak leh lupa ialah bila di tugaskan menjadi pengacara majlis (MC) untuk pertandingan akhir bola sepak Majlis Daerah Kubang Pasu..VIP ialah exco belia sukan negeri kedah

Walaupun mmg dh biasa menjadi pengacara majlis memana program termasuk program menteri..tapi yang ni leh skit sbb masa jadi MC.  Bila masuk masa nyanyi lagu negaraku..baru serangkap ja tetiba PA sistem tak fungsi..senyap abih semua ..Ahhh sudah!! Semua tengok kt MC termasuk EXCO ..jahanam dah kata lam hati..

Jadi nak bagi lancar majlis, maka cheq.art terpaksa sambung nyanyi dan diikuti oleh yg lain..bila keadaan kelam kabut ni biasa la
Kenkadang tak jd seperti dirancang..sampai tang perenggan mana tau lupa plak lirik..hahaha..sib baik org len tak pasab..

Habis satu bab ..bila habis perasmian ..bila masa permainan cheq.art di suruh jd pengulas..tudia!! Blom pernah buat lg ..mau tak mau terpaksa buat..cheq.art tak ulas bebanyak cam pengulas lain cam hasbullah awang..bkn tak buleh pertama arahan mengejut..kita tak kenal semua pemain ..masa perkenal pemain kt exco..kita main baca ja senarai termasuk la pemain simpanan yg sepatutnya tayah sebut..

Bila masa permainan plak..kalu ada partner ok gak nk goreng..bila sengsorang ni mati kutu gak..dj tk pa la leh merapu rapai..ni dh la sorang tmpat plak kt bawah tak nampak semua pemain ..kelam kabut gak la smpi yg tk gol pun kata gol ..pertukaran pemain pon silap yg kuaq kata masuk..penin..penin..smpi setengah permainan bergaduh plak dalam padang..riuh gak dibuatnya..memula tu tercengang gak cheq.art tp pastu br suruh semua bertenang..

Akhirnya semua berjalan dgn baik walaupun lintang pukang..pa pun ni pengalaman yg tak dapat di lupakan..nk jd MC ni kena bersedia dgn apa jua keadaan majlis n kena blajar kontrol majlis..

cheq.art Posted via Blogaway


cheq.art Posted via Blogaway

Saturday 6 September 2014

Rumah oh rumah..


Salam...
Sesambil baca surat khabar hari ni..cheq art ternampak artikel lam metro ...tgk tajuk TAWARAN HARGA MENARIK.. Kita pun ursha la..baca punya baca..tudia harga smpi rm1 juta..



bila tgk pemaju lagi geram TH properties..sonok sungguh kejar untung padahal ramai lg rakyat malaysia yg tadak rumah sendiri..pemaju ni rupanya anak syarikat tabung haji yg mana duitnya rata adalah drp simpanan rakyat malaysia yg nk pi haji..simpan hari ni lg 50thn baru leh pi haji..



Agaknya berapa ramai penyimpan kt tabung haji yg dah miliki rumah sendiri? Sedangkan depa ni potong gaji setiap bulan simpan kt sana..

Mmg la untung byk dividen pun banyak tp kan lagi bagus kalu buat rumah mampu milik untuk rakyat malaysia yg kategori golongan pertengahan atau sederhana..

kalau baca lam berita semasa  leh tgk hasil kajian depa ..Bapa ramai lagi rakyat malaysia yg tak mampu beli rumah..walaupun kerajaan lancarkan skim rumah pertama PRIMA tetapi rasanya belum cukup nk tampung keperluan rumah mampu milik rakyat malaysia..


Sumber fb berita semasa

Sumber mr.google


Menurut kajian berita semasa..rakyat malaysia kena keja 1/2jam utk beli beras..agaknya berapa ribu jam nk kena keja baru nk boleh beli rumah..??



Pesanan cheq.art..buat la kebajikan sama dari kira nk ligan untung besar..buat rumah mampu milik pun untung juga ..walaupun sikit tetapi bg byk manfaat pada rakyat malaysia..

Cadangan cheq.art apa kata kalau buat rumah mampu milik pastu bagi harga special utk penyimpan di TH diskoun 10% ka br la membantu dan juga sebagai zakat atau bantuan bg meringankan beban pelanggan @ penyimpan yg byk menyumbang dalam kemajuan TH smpi sekarang..

cheq.art Posted via Blogaway

Saturday 30 August 2014

mesyuarat kedai kopi..




Salam...
Pernah tak hangpa bermesyuarat di kedai kopi..
Mungkin pernahkan..cheq art pon besa la juga..tapi kali ni lain skit..selalunya bila mesyuarat tadak lar ramai sgt paling ramai pun dalam 10 org ja..dan kebiasaannya lelaki ja..
Tapi kali ni bukan takat lelaki ja..orang perempuan pon join skali..memang tabik la..yang hebatnya wakil setiap kampung join.. dalam mukim tu ada 4 kampung ..
Mesyuarat ni bincang tentang program nk sambut ambang merdeka di mukim relau,se bandar baharu kedah...
Pa pun mmg cheq art salute n respek dengan orang kampung ni..kata org ..sepakat membawa berkat...
cheq.art Posted via Blogaway

cheq.art Posted via Blogaway

Friday 29 August 2014

Mee Udang Bandar Baharu Kedah

Salam..
Antara makanan yang cheq art suka kat bandar baharu ni ialah mee udang..walaupun tadak la sehebat mee udang sesetengah tempat , bagi cheq art yang ni pun dh kira ok..kalau kengkawan mai nak makan mee udang mmg cheq art bawak kat sini ja..mmg kt sini banyak mee udang tp yang ni kuah dia kaler gelap dan kacang serbuk lagi tarok atas..kalu yg lain biasanya kaler merah..


Kalau sapa yg nk pi parit buntar atau bagan serai leh la singgah..kedai berhampiran dataran bandar baharu yg ada pasar kemboja setiap jumaat n isnin..

Harga tadak la mahal sangat cuma rm5.50 ja..bleh la kata orang beda nak lepas gian..

cheq.art Posted via Blogaway


cheq.art Posted via Blogaway

Thursday 28 August 2014

Segalanya di permudahkan

Salam..
Hari ni cheq art bertugas kt alor setar..kebetulan nk berjumpa ngn memba sbb ada hal..jd balik lewat la skit..sbbkan cheq art pergi dengan kereta pejabat takkan nk mintak memba tunggu jd dia balik dulu cheq art naik bas ja..

jd pendek kan cerita..selesai ja jumpa memba jam dh tunjuk pukul 8.00 mlm..mintak tolong memba hantarkan..smpi stesen bas dh kul 8.30 mlm dengan konfiden tanya tiket nk blk butterworth, skali tiket dh abis..transnasional tadak..konsortium pun elek.. Bila check rupanya last bas pukul 7.45 mlm..jahanam aku..Jd dalam hati dok pikir nk tidoq di mana?

Tetiba terdengar ada org sebut "Butterworth !! butterworth!!".. apa lagi celapak (terpa) la cheq art.."butterworth ada ka?" kita pun nk kepastian..
"ya..ada 1 seat lg..sorang penumpang tak mai"..bas tu nk ke penang dari perlis..
Syukur Alhamdulillah Allah dh permudahkan perjalanan ..

Selesai dh 1 bab..dipendekkan lg cerita sampai ja kt stesen bas butterworth..nk amik bas ke parit buntar plak..skali bas yang ke parit buntar pun dah tak jalan ..camna nk blk ni..pusing punya pusing ternampak 1 bas ada tulis..
ALOR SETAR-BUTTERWORTH-PARIT BUNTAR-JENGKA
Cheq art pun terpacak kat bas tunggu driver..tunggu punya tunggu sambil berdebar..mana tau direct terus jahanam cheq.art..skali nampak mamat tiket, terus cheq art tya ..
CA: "bang..bas ni masuk parit buntar tak?"
MA: "napa..nk tumpang ka? Jap tanya driver.."

Skali dreba angguk sebab kat parit buntar nk ambil penumpang..
Alhamdulillah..skali lagi Allah pemudah perjalanan..dengan rasa syukur dapat la cheq.art balik ke rumah dengan senang hati..

P/s: lenkali kalu nk pi memana guna pengangkutan awam jangan lupa check jadual perjalanan..

posted from Bloggeroid

Tuesday 12 August 2014

WW#2 - aduhai nasib badan





Bila berwudhuk tak kena cara..habih lingkup org punya harta..hahah..aduhai nasib badan


Thursday 7 August 2014

Isu Boikot.. siapa kena?? takat mana?? lama mana??

Salam ..selamat sejahtera.. moga kita semua mendapat keredhaan Allah dalam kehidupan seharian kita..

sekarang ni panas betul kisah tentang boikot-memboikot ni..jumaat ni pon ada kempen boikot besar-besaran terhadap Mc Donald di Seluruh negara..kira kalau nk di fikir-fikir yang ni kempen antara yang paling besar di lakukan berbanding sebelum ni..banyak kali dah Israel dok serang Palestin dan setiap kali serang memang kempen ni pun keluar..serupa bermusim pun ada cam musim buah pon ada..kempen ni disertai oleh pelbagai golongan tetapi yang ketaranya orang melayu..orang lain mungkin boikot cara sesenyap kot atau tak boikot langsung...

tapi yang menarik perhatian cheq.art hari ni ialah bukan sahaja rakyat Malaysia yang menyertai kempen ini tetapi pemimpin tertinggi yang bertaraf menteri pon join sama memboikot..bukan sahaja di mulut atau dok laung 'Save Gaza' tetapi dengan tindakan membatalkan kad kredit HSBC . Ini berikutan tindakan  HSBC yang menutup akaun pertubuhan islam yang membantu untuk menyalurkan bantuan kewangan untuk Gaza..
sumber dari facebook beliau


Tindakan ini sikit sebanyak memberi kesan kepada HSBC ..kalau pemimpin negara pon boleh buat macam tu..apa tah lagi orang lain..ini lah yang dikatakan 'KEPIMPINAN MELALUI TELADAN'. tahniah cheq art ucapkan ..
sekurang-kurangnya beliau boleh menjadi printis kepada pemimpin-pemimpin dalam negara serta pegawai-pegawai tinggi untuk melakukan perkara yang sama..jangan hanya lantang dalam parlimen tapi di luar tiada tindakan ..lain la macam cheq.art ni tadak kad kredit HSBC nak gunting pun tak leh..tapi sekurang-kurangnya tak payah nak pi bukak akaun di situ walaupun lepas ni bank tersebut menawarkan pinjaman atau pelaburan yang meruntuhkan jiwa..
mana tau mula-mula pemimpin dalam negara yang join boikot ..lepas ni dasar negara pulak yang mengharamkan hubungan ekonomi dengan negara haram jadah Israel..sama-sama la kita doa..bukan pa sebab negara lain dah buat, tapi depa dah lama la dari tahun 2005, buleh rujuk gambar di bawah ni.
keratan akhbar utusan malaysia 07.08.2014
bukan negara islam saja yang benci dengan Israel walaupun ada negara islam yang sokong negara haram jadah tu..Islam cap apa pun tatau..tapi negara barat juga mula boikot bukan sahaja hubungan diplomatik dan ekonomi malah kerjasama akademik, budaya..bukan sikit tau negara kesatuan eropah yang boikot sebanyak 17 buah..
sumber utusan malaysia 07.08.2014

dengar kata Israel dah mula goyang salah satunya dengan kes boikot ni la selain daripada kekalahan  tektikal perang dengan Hamas di sempadan Gaza..tu la walaupun Israel mempunyai kekuatan Ekonomi dan senjata Palestin mempunyai kekuatan Doa dan Pengguna di seluruh dunia..satu lagi ialah kesan daripada boikot ni Israel dah mula tukar kod barangan depa contoh kod 729 kepada 821 ..untuk kepastian cuba rujuk sumber lain takut cheq artz tersilap nombor..hahaha..naya orang lain..
Cheq art tertarik dengan surat khabar hari ni dalam utusan..walau cita katun tapi makna dalam ooOOOo..tang ni tamau komen pa-pa baca dan nilai sendiri..kata orang tetua..'TEPUK DADA TANYA SELERA @ IMAN'

sumber utusan malaysia 07.08.2014


cuma kalau nak boikot biar la jaga etika dan tingkah laku walaupun kita marah pada puak zionist Israel jangan sampai luruh abih nilai kesopanan dan kesusilaan kita..rukun negara no. 5 tu..tambahan kita orang muslim ..akhlak paling utama walau kita benci camna pun tang akhlak dan ilmu  la yang membezakan kita sama ada alim atau jahil . bukan pa Islam agama yang di pandang tinggi di sisi Allah takkan kita nak londeh sampai di pandang hina oleh penganut agama lain. contoh seperti di McDonald Dungun..jangan la kita terlampau melampau(extreme) kerana Allah dan Rasul suka pada sifat kesederhanaan.. cheq art bukan alim sangat dan bukan ustaz cuma sekadar peringat diri sendiri ja..

sumber google


cuma satu lg nak tau..lepas boikot McDonald ni nak buat pa plak..berhenti setakat ini atau sambung terus memboikot besar-besaran syarikat lain pula..dengaq kata ASTRO pun lantik perunding Israel..betui ka..kalau betui camna?? nk pejam mata ja atau genna (camna)..McDonald ni mungkin tak ramai orang pi makan, cheq art sendiri pun jarang-jarang..maklum la dia dok lam pekan kita dok kampung ja..tak padan nak berjalan jauh semata-mata nk tokak (gigit) burger dia nak pi restoran Ramly Burger pun lagi jauh nalla dok sampai kola lompo (kuala lumpur)..habih tadak kalau teringgin sangat pi beli burger tepi jalan anggap pi la cam McDonald..walaupun jauh langit dari bumi dia punya rasa..hahaha..tapi kalau ASTRO bukan takat  kot dalam pekan ja..malah dok pelusuh kampung mana pun ada walaupun kawasan tu nk buleh line internet pun merangkak lebih pada khorha(kura²)..tang rancangan jangan cerita la..oasis la mustika la ceria.. kalau yang suka hiburan dia layoq(tayang) Maharaja Lawak ..kalau hat(yang) suka bab agama dia layoq oasis.. hat suka muvie dia layoq Astro Fist..yang gila bola dia layoq Arena..yang suka katun dia layoq disney ka..boleh kata dari tokwan/toknek(datuk/nenak) sampai la ke anak cucu semua dia kutip tak tinggai sikit pun..bleh tahan ka..makan minum boleh la tahan cam bulan posa dulu sebulan tanpa miss..siap anak yang umoq 4-5 tahun dh ajaq posa sampai abis..

Ok la ni persoalan dia ..takat mana nk boikot McD..
adakah smpi bankrap McD seluruh malaysia?? Adakah smpi tentera israel berundur @ menyerah kalah??
Atau boikot sampai bila??
Selepas berjaya boikot McD ..siapakah sasaran seterusnya untuk di boikot?? Adakah Astro??
Ataupun hanya nk boikot McD ja syarikat lain tak payah..
Rasa2 hampa pikiaq camna..cuba kongsi pandangan di sini..

takpa la cheq art berhenti takat ni dulu..nanti cheq art sambung bahagian ke-2 plak wallahualamm...

BERSAMBUNG....
posted from Bloggeroid

Tuesday 5 August 2014

Pertandingan Keceriaan Merdeka 2014



Salam..

Bulan ni kita bakal menyambut hari kemerdekaan kali yang ke-57. Bersempena dengan itu pihak Jabatan Penerangan Malaysia  mengadakan pertandingan Kecerian Merdeka 2014 peringkat negeri Kedah bermula 01 Ogos hingga 31 Ogos 2014. 


untuk maklumat lanjut boleh hubungi urusetia Jabatan Penerangan Negeri Kedah di talian 

Tel : 04-7711395 / 04-7711460
Fax : 04-7711811 / 04-7712548

borang pertandingan boleh didapati di Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah yang bertempat di Kompleks Penerangan & Penyiaran , jalan Kuala Kedah, Alor Setar atau pun boleh ambil di mana-mana Pejabat Penerangan Daerah seluruh Negeri Kedah.

kalau nak mudah download / muat turun di link kat bawah ni..

borang pertandingan

syarat pertandingan boleh tengok kat bawah ni..

Syarat pertandingan

p/s Jom sesama memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan ..pakat pasang bendera untuk tunjukkan semangat patriotisme dan cintakan negara..sebelum ni kita raya sebab berjaya laksana ibadah di bulan ramadhan selama sebulan ..la ni kita raya sebab negara dah bebas merdeka dari cengkaman penjajah..

Lori Tanah Buat Perangai...



Assalamualaikum..

pernah tak hampa termakan debu dan kotoran..bukan sebab teringin nak makan, tapi sebab jalan ..hari ni cheq.art nak lemparkan rasa tak puas hati pasai ketidakperihatinan lori-lori tanah yang dok lalu lalang area Bandar Baharu, Kedah dan Parit Buntar, Perak..

Disebalik keghairahan dalam mengejar pembangunan , respek la orang lain sama terutama pengguna jalan raya yang lain..jangan hanya nak menyejar duit atau projek benda lain diabaikan..ini bukan kira celoteh dah ni masuk ketegori membebel/berletiaq..si lori ni kalau dah tau lalu jalan raya utama atau laluan awam cuba utama bab keselamatan ..cuba tengok gambaq kat bawah ni..ada ka patut kain kanvas tutup tanah koyak rabak dan tu asap hitam plak..

di rakam ketika menaiki jejantas (flyover ) pekan Parit Buntar
.awat..tak tak mampu beli hat baru ka..kalu nak ikutkan lori yang lalu lalang kat kawasan ni berpuluh biji sehari..bukan setakat sebijik ja  ada juga lori len yg kelaku(perangai) sama

di rakam kat Permatang Kerat Telunjuk 

tah ada road tax ke tidak kita pon tatau..yang ni baru ni di rakam masa bulan posa...yang lagi sebijik baru tersempak tadi tak sempat rakam..nak tau apa yang makhluk bernama lori ni dah buat kat jalan raya Bandar Baharu, Kedah..
Add caption

Add caption



tanah bertaburan kat Bulatan Bandar Baharu


kalau keadaan macam ni..sapa yang tak sakit hati..kita pengguna juga yang kena kalau takat keta berabuk dan kotor..kalau yang naik motorsikal plak..tak di hidunya debu sesilap boleh telan skali kalau di kira pakej..cheq art pon heran la mana penguatkuasa terutama polis ngan JPJ..perkara ni dok perati lama dah

jangan jadi serupa kisah kat kawasan Sg. Kechil Ilir di sebabkan tiada tindakan undang-undang..maka orang kampung dengan sendirinya melaksanakan undang-undang sendiri..apabila seorang penduduk kampung terbunuh gara-gara lori laju di kawasan kampung..maka setiap kali lori lalu di lastiknya cermin sampai pecah..masa tu mula la kot nak kalut bagai..

jadi cheq art harap pihak yang berwajib tolong amik perhatian terhadap perkara ni..jangan sampai pihak media cetak ka elektronik ka turun buat liputan kang jadi cerita panjang plak...


Monday 4 August 2014

Kempen Boikot McD

Assalam ...

Selamat hari Raya bagi yang sudah melaksanakan posa 6 yang baru dok raya semalam..heheh..hari ni cheq art tamau cita pasai raya lagi walaupun ramai blogger dah mula bercerita tentang sambutan raya depa tahun ni..walaupun ada la skit yang nk cerita pasai raya ni tapi postpone dulu la.. cuma hari ada skit nak habaq..

Rata-rata orang skarang ni tengah dok hangat berkempen boikot MC D sehangat ayam Golek yang di panggang di tengah hari yang rambang...bagus la la kempen kesedaran nak bagi peringatan kt negara seperti israel pengguna juga ada kuasa walaupun bukan melalui senjata tetapi melalui pembelian ..mungkin cara ni boleh menyedarkan kuasa ekonomi dunia seperti Eropah dan Amerika dan sekutu ekonominya sedar tentang bahaya boikot yang boleh menyebabkan terjun nya ekonomi sesebuah negara seperti terjun tiruk pandalela..hehehe..

camna pun dengaq kata hari jumaat ni nak buat boikot besar-besaran seluruh malaysia jgn beli @ makan di McD kecuali ada mamat mana lam FB pi makan nasik kerabu ngn teh O ais..hahaha..sempoi punya cara boikot.. ..cheq.art tamau nk komen pa..

sumber facebook

ini adalah satu langkah serangan balas terhadap penduduk Palestin di Tebing Gaza..kalu nk boikot terus menerus ka atau sekadar tekanan atas serangan tu tatau la..abis serang abis boikot kot.. pasai selalu sebelum ni dok jadi lagu tu..bila israel serang palestin..maka akan keluarkan senarai barangan, syarikat , kelab bola dan sebagainya yg kena boikot..bila abis perang pakai / guna balik..cheq.art harap langkah ini mungkin dapat menggoyangkan puak zionist dan sekutunya..

cheq.art mmg bukan peminat McD..rasanya dalam 30 thn lebih ni lom sampai 10x-15x makan McD seingat-ingat la..kiranya kalau McD nk buat kekayaan melalui cheq.art jawapnya kirim salam..buka pintu toilet terjun lam kolam..sori yer McD ..pssst..tp ada org yg suka makan prosperity dia la..jawapnya masak sendiri la pasni...


Tuesday 29 July 2014

Selamat Hari Raya

Salam ...
Di kesempatan ini cheq.art nak ucapkan selamat hari raya pada semua..maaf zahir batin kiranya kalau ada cheq.art tersalah bahasa , tulisan dan kata-kata sama ada secara sedar atau pun tidak..0-0 la kita pasni yer..hehehe

posted from Bloggeroid

Tuesday 22 July 2014

Buffet Ramadhan Marvelous D' Hotel Park Avenue

Salam..pa habaq..hehe..amboi lama sungguh cheq.art tak berceloteh kt sini..banyak benda sebenarnya nak share tapi tak pa len kali kita cita..
Tapi hari ni cheq.art nk kongsi satu pengalaman yang memang dan sangat sukar nk hapuskan ..iaitu jemputan untuk review makanan Buffet Ramadhan di sebuah hotel yg terkemuka kat sungai petani kedah ..
Park Avenue Hotel…


Nak jadi cerita sebenarnya pada hari tu cheq.art mmg dah ada program buka posa juga kat Hotel Tabung Haji Alor Setar bersama Kelab Kereta Myvi (MMC) ..si Mama ka0ri (shila)sebenarnya yang dapat jemputan daripada seorang blogger yang bernama farah..jadi hari tu ingat nak berpecah la..cheq.art pi berbuffet  Alor Setaq mama kaori pi berbuffet di Sungai Petani..nk jadi cerita ringkas di Alor Setar tak jd sbb ada sikit masalah teknikal..jadi dapat la cheq.art pi bersama-sama Mama Ka0ri ke Park Avenue Hotel, Sungai Petani..


Sebenarnya ini bukan kali pertama berbuka di secara buffet di hotel..dah banyak kali dah tp belum pernah dapat tempat dan layanan yang hebat camni..sebab tu cheq.art kata Buffet Ramadhan yang paling marvelous pernah pi..nak tau pasaipa marvelous..meh nak habaq...

Bahagian Luar
Pihak hotel menyediakan 3 bahagian untuk pelanggan yang mai..yang pertama bahagian luar bagi yang nak melepak ala gerai cam mapley la kata orang sambil hirup udara segar..
bahagian dalam (sebelah ja sebelah lagi tak sempat rakam)
bahagian dalam bagi yang nk makan sambil ditiup kedinginan Aircon dalam gambar ni sebenarnya ada lagi satu bahagian tapi tak sempat nk ambil ..
VIP  Room
dan kalau yang nak privasi pon boleh pihak hotel akan sediakan satu bilik yang boleh muat lebih kurang 30-40 orang..kalau contoh mai ngn keluarga besar..kumpul adik beradik nak berbuka skali..atau nak rai tetamu yang hebat boleh request kat pihak hotel nak bilik vip ni..

menurut pihak hotel total ketiga-tiga bahagian ni boleh menampung sehingga 800 orang pengunjung atau pelanggan . memang besaq tu isk..iskk..luas tu bayangkan kalau tak ramai.. mesti nampak rhompong (lengang) tapi sebaliknya ramai sungguh orang yang mai menjamu selera kat situ memang sesuai la cheq.art kata menjamu selera sebabnya??? sat gi cheq.art cita..tudia..tengok sendiri la memang tadak kosong..start dari pukul 7.00 ptg orang berpusu-pusu mai..sampai tadak tempat kosong serupa tengok ceramah ustaz kazim @ ustaz Azhar Idrus aih..hahahah..lawak je..




Ok..sebab pa ramai sangat..kalau nak tau.. dia punya makanan ada lebih daripada 400 jenis menu termasuk bahan menurut ketua chefnya ..perghhh..!! kalau nak mengunyah ni boleh lenguh rahang sebab banyak sangat pilihan dan bestnya depa ni menggunakan konsep gerai-gerai ..tu yang cheq.art kata supa mapley pun ada..


kalau perhatikan susana gambar di atas tak nampak pun serupa dok hotel..


Gerai -gerai / stall yang di sedia kan di sini lebih kurang 25 buah blom campur dengan yang lain lagi..nak makan pa..kata orang putih 'u name it ..u have it' boleh kata apa yang kita rasa nak makan kebanyakannya ada kat sini.. cth nya :- otak-otak ka..yang memang direct from kempas..Ori la kata orang..rojak mamak..popiah..mee & koaytew..cucuq goreng kak yah..pasaipa pakai nama kak yah resepi yg terlajak laris kot..roti john..murtabak..roti canai..adeiii  banyak sangat weii..



sapa yang teringin atau mengidam jenis yang bakaq-bakaq ni..boleh try daging kambing golek ..meleleh-leleh..hahah..tp bukan nak kata antara gerai yang tak menang tangan dan
makanan yang habis awai..tengok la sendiri nalllaa.. dia punya kambing dok panggang baik punya..


menurut pihak hotel kambing yang di sediakan malam tu 3 ekoq tu pun licin awai..mau tak cicah plak ngan ayaq asam atau pun kuah black paper..tp bagi cheq.art ..cheq.art suka cicah ngn ayaq asam ..perrghh memang meleleh-leleh..marvelous..memang sangat best semua rasa masam.. masin ..manis & pedas..lagi satu daging lembut ..tadak bau hanyir..isk resepi mana ni chef ni dapat..sampaikan ada pelanggan sini yang ulang sampai 4 kali dalam bulan ni sebab kambing punya pasai sampai siap tanya rahsia keenakannya lagi sbb nak masak raya ni..hahaha..camtu pon boleh..

sebelah kambing panggang tu pun sempoi ..yang tu ayam golek..yummy~!! bukan nak kata la dia punya rasa memang tadak di mana-mana..pasaipa .cheq.art memang kaki makan ayam golek..sampai bini naik pening pi pasar ramadhan ja cari ayam golek..tapi yang ni memang terbaik la..cakap banyak tak guna rasa sendiri baru tau..

Kalau yang suka ayam tandori..tak payah susah payah cari jejauh..kat sini pun ada di sediakan.. tp cheq.art bukan lah peminat ayam tandori jadi tak tau nak cerita..sapa nak tau mai rasa sendiri..banyak lagi la ikan bakaq pun ada..udang goreng berempah nyumm..nyumm...memacam la..


bagi yang suka kebab jangan risau dan bimbang pasai kat sini pun ada kebab jugak..kalau tak mau roti leh mintak isi dia saja..pasai cheq.art buat camtu..jangan risau aweknya tak marah malah senyum lagi ada...heheh..


kalau yang tetiba semalam mimpi teringin nak makan pasta ka apam balik 
..tayah dok kalut nk pecah group atau atur hari ..contoh hari ni kita pi makan tandori..esok kita pi makan pasta n apam balik ..tak payah dok buat macam tu..mai ja kat sini semua ada..makan lah sambil riang gumbira.. satu yang best gerai teh tarik..fuh memang sempoi pasai sapa pekena teh tarik ni pakai kerja ulang pi lagi la..memang sedap sampai memba blogger ulang sampai 4x kali tudia ..teh tarik park avenue punya pukulan....





bagi peminat-peminat atau jenih yang suka berkuah ni..jangan lah berduka pasai kat sini memang ada punya..hahaha..tapi sayang che.art tak dan rasa tp kata memember blogger yang lain memang sedap..ada laksa..mee rebus..bakso..bagi yg hantu laksa..wajib mai rasa laksa ni dia punya nama pun laksa utara ala p.avenue pasaipa dia punya resepi istimewa Chef Azmi memang len dan sedap..


Dalam banyak-banyak gerai ..gerai yang paling menarik perhatian ialah gerai ais kacang a.k.a ABC ..terbeliak biji mata tengok sebab belum pernah tengok lagi la ais kacang yang ada 101 jenis ramuan atau bahan ..tudia punya sakan..kalau satu set ada 10 bahan yang berlainan..jenuh susun 10 set ataih meja...

antara 101 jenis bahan ABC

ruangan untuk desert atau pencuci mulut pon ada bermacam-macam jenih kuih..agar-agar..puding kuih talam..seri muka @ pulut sekaya..MashaAllah tatau nak sebut dah..hahaha..tp yang tau sebut cheq.art tak dan rasa semua..bubur saja ada sampai 4 jenis .. 

Ada 10 jenis kuih talam
kuih talam ndoi pusing

Antara pencuci mulut yang sempat di rakam..

tudia punya kongsi..bab nasik tak masuk lagi..tapi biasa lah nasi wajib ada ..itu rutin orang melaysia..kalau kat hotel ni dia ada 2 station .. station masakan melayu asli atau typical malay food dan juga muhibah food (malay, chinese, indian) jadi tetamu/pelanggan tayah risau kenkadang kita bawak keluarga..mak ayah suka masakan melayu asli cam gulai batang pisang..masak lemak..
dan sebagainya..yang anak-anak plak suka masakan moden skit..ayam masak lemon..ikan masak stim..kari kepala ikan lan ketam bercili dan sebagainya jadi dok pening nak bawak makan kat mana..jadi bagi cheq.art Park Avenue la destinasi makanan yang sangat sesuai..

antara menu muhibbah style yg sempat di rakam


antara menu masakan melayu asli yang sempat di rakam


kalau jenis yang suka masam masin..kerabu pelam (mangga) ..ikan pekasam ..ikan kering..ulam-ulam dan sebagai nya ada di sediakan satu lagi station yang penuh dengan hidangan yang masam masin..huhuhu..nyumm..nyumm bagi yg suka masam masin ni syurga makanan depa dok tang ni la...hahaha..

ikan pekasam / hidangan masam masin


tudia cerita punya panjang..hahahaha..yang ni ja yang sempat cheq.art rakam ..

yang kat bawah ni makanan cheq.art hari tu yg sempat snap..yang lain dah selamat dok lam perut pasai excited berbuka sampai terlupa nk amik gambaq..hahaha

yang seronoknya sambil-sambil berbuka ni ada pulak iringan lagu-lagu raya tapi bukan rakaman atau cakera padat tapi secara live ..hahaha..kalau tengok dengan gaya dan sebagainya rasa serupa program hari raya yang dok sedia ada lam tv..apa nama tu sampai kan aidilfitri..ya la kot ..hahaha

Iringan live band nyanyi lagu raya

Bersama rakan-rakan Blogger

Mama Kaori Pulun sampai tak panggung


Sempat beramah mesra dengan General Manager Park Avenue


kengkadang sekali skala mai makan tempat yang sempoi camni dia makan tamau berhenti ..Iyo lar macam-macam ado..tapi tak pa, pihak hotel ada sedia kan surau yang mana bukan sahaja bleh sembahyang magrib ngn isyak malah pihak hotel juga sediakan imam untuk sembahyang terawih..pihak hotel melalui penasihat halalnya Ust . Abdullah yang bertanggung jawab untuk sediakan imam adakala nya imam di kalangan pelajar tahfiz pun ada.. 


dan pihak hotel juga ada sesi bagi hadiah atau cenderahati percuma yg di kendalikan oleh En. Saiful Reza ,Food & Beverage manager ..mana-mana tetamu/pelanggan yang hadir dpt jawab soklan simple berkenaan hotel dan masakan hari tu akan dapat hadiah menarik..tah-tah tidoq free..hahaha..honeymoon la jawabnya..

banyak lagi la kalau nak cerita semua mau dari buka posa sampai sahoq pun tak settle lagi..sebab banyak sungguh menu dan  duduk di pelbagai station ..tapi yang menariknya apa yang kita terlintas nak makan, Insya Allah kat sini kebanyakannya ada ibarat macam makan kat pasar ramadhan..hahah.. bagi che.art yang penting adalah rasa ..sebab kita suka masakan ibu kita sebab dia masak dari hati...kalau hias atau boh nama saja bagai nak rak tapi rasa tak terra mana..bagi che.art "tiada maaf bagi mu"  ..pakai lenkali tak mai dah..kata orang kedah 'tobat lahom' (serik) tapi Alhamdulillah kalau makan kat sini boleh ulang mai lagi pasai tu tak heran ada tetamu/pelanggan kat sini dalam bulan posa ni saja ulang mai 4x ..hahahaha..nak tau pasaipa..nanti kita cita lain entry plak pasai rahsia masakan sini sedap.. hahaha


 ok..bagi yang nak mai menjamu selera ..rasa ja tak jadi..nanti rugi.. cheq.art nak habaq mai  cuma bawak mai perot kosong ja tapi paket(poket) tak kosong..pasai mau sumbat kasi sendat..hahaha 
ok harga plak.. 

RM60 / dewasa 
RM38 /  kanak-kanak ..bawah 5tahun percuma.. 
(walk in)

kalau pakai kupon murah lagi 

RM55 seorang untuk dewasa dan 
RM35 untuk kanak-kanak ..bawah 5tahun percuma.. 
(kupon)

untuk keterangan lanjut atau nk beli kupon ka booking tempat ka boleh hubungi 

Puan Nurul 
(Sales & Marketing Executive) 
No. Phone : 016-419 2926 
Email : nurul@parkavenue.com.my

ok..sampai sini dulu kot...tima kasih pada Park Avenue Hotel ..En Azmi GM Hotel..Chef Azmi ..Pn. Nurul..En .Reza yang sedia pelbagai makanan sedap berbaloi mai makan..semua rakan-rakan blogger terutama farah yang atur makan kat tempat yang special ni..