Sunday 18 August 2013

Program Kibar Jalur Gemilang


Salamz...SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN...masih lagi tak terlambatkan..maklum la dalam bulan syawal...lama betul menyepi bukan tak mau aktif tapi sibuk skit..dengan raya la..program jabatan ..open housenya lagi...

Perlepasan di lakukan oleh KP
tapi kali ni Cheq. Artz bukan nak bercakap pasal raya..yang nak di updatenya ialah pasal bebaru ni Perdana Menteri telah melancarkan Bulan Kibar Jalur Gemilang pada 16 Ogos di Dataran Zero Sungai Petani dan Cheq.Artz salah seorang yang terpilih untuk bertugas pada hari tu..last minit arahan di keluarkan masa tu tengah beraya lagi...tapi tak pa..bukan satu masalah pun...pagi tu kena lapor diri di Pejabat Penerangan Daerah Kuala Muda yang pada masa sama depa buat Rumah Terbuka..

Lebih kurang dalam tengah hari camtu Konvoi Kembara Jalur Gemilang di lepaskan oleh Yang Berbahagia Dato' Ketua Pengarah Penerangan Malaysia...Konvoi ni pusing Bandar Sungai Petani membuat hebahan berkenaan Perlancaran  Kempen peringkat kebangsaan yang akan di lakukan pada 16 Ogos nanti...di samping itu EXCO Penerangan Negeri Kedah ,  Ketua Pengarah, Pengarah Penerangan Bahagian dan Negeri Kedah sama-sama turun ke Bandar dan plaza tol Sungai Petani bagi mengedarka beribu-ribu bendera..

Sapa tau Slogan Sambutan Hari Kebangsaan kali ni..meh Cheq.Artz nk tunjuk..
Logo dan Slogan sambutan kali ni

'MALAYSIAKU BERDAULAT ; TANAH TUMPAH DARAH KU'

Kemuncaknya pada 16 Ogos la...memang padat betul malam tu..sampai nak bergerak pon susah..Cheq.Artz jangka dalam 50,000 orang mmg sesak betul ...Cheq. Art bersama Geng Konvoi, Sukarelawan K1M , Staf Jabatan Penerangan di tugaskan edar bendera di 5 checkpoint di sekitar kawasan dataran Zero nak lalu punya susah....
Tengah angkut bendera pi checkpoint masing-masing


Dok ingat tadak la ramai sangat mungkin dalam 10,000 ke 15,000 ja kot sebab belah petang tu nampak cam boleh biasa ja..sementara nak tunggu malam pihat penganjur buat la konsert dan pelbagai aktiviti...sempat la possing bukan pa nak habaq gambaq background ja..sat gi depa kata curi tang memana...hahahah
Suasan di sebelah petang


Upin ngn Ipin pon mai jugak nak tolong kibar bendera ..mai support program ni ..bila mai depa ni paham ja la kena serbu dengan orang ramai terutama anak kecil sampai hilang anak pun ada sebab mak / ayah nk jumpa depa nih...

upin tk smpt tukaq baju merdeka..sbb kena serbu pengunjung
yang mana mai jauh tak smpat nak makan penganjur ada sediakan kenduri rakyat...iskk..ramainya beratur punya la panjang..Cheq.Artz sendiri pun tak dan nk rasa punya la ramai..tak silap Cheq.Art panjang khemah ni leh cecah 100 -200 meter ada la

Kenduri Rakyat ..kira jamuan raya la ada semua lemang satay

Yang bawah ni bila waktu malam kemuncak program punya la ramai menesia (manusia) tatau mai ikut celah mana sampai nak bergerak pon tak buleh..kami dok risau dah sbb PM nak buat perlepasan Unit Kembara Jabatan Penerangan tapi tengok la unit nak bergerak pon tak buleh

Suasana Waktu malam di tempat perlepasan konvoi

Masa ni Cheq.Artz dh stanby dalam unit utama dah tunggu masa untuk di lepaskan oleh Perdana Menteri..cuba tengok depan unit penuh orang ramai sampai polis pon susah nak control terpaksa di bantu oleh RELA dan juga JPA untuk buka laluan Konvoi nak lalu

Pihak berkuasa terpaksa membuka laluan konvoi
sebab terlalu ramai orang

masa ni dah kira kemuncak untuk acara perlepasan Konvoi Jalur Gemilang..orang ramai tak berganjak..nak berganjak macam mana ketat..ruang dah tadak..yang kami pulak risau nak bergerak takut tertindih kaki orang ramai..jahanam..

jaga dik jgn smpi kena jijak kaki

Apa pun Cheq.Artz mengucapkan terima kasih kepada Rakyat Kedah Khususnya dan Rakyat Malaysia Am nya kerana bersama-sama hadir bagi menyokong kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Kebangsaan di Dataran Zero Sungai Petani..sepanjang Kempen ini sama-sama lah kita mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, pejabat kenderaan atau mana sahaja bagi melambangkan semangat cinta kan negara..dan kekalkan keamanan negara ini ambil lah iktibar di celah keseronokan kita meraikan kempen ini rakyat di negara mesir dan Syria sedang bangkit mempertahan kedaulatan negara mereka dari nodai oleh anasir yang tidak berguna..

'MALAYSIAKU BERDAULAT ; 
TANAH TUMPAH DARAH KU'







No comments:

Post a Comment