Tuesday 20 August 2013

Konvoi Jalur Gemilang dh pi dah..bila nk kibar ni??

Tanggal 16 Ogos 2013 ,adalah pelancaran KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG dan Perlepasan Konvoi  Kembara Jalur Gemilang oleh YAB Perdana Menteri  di dataran zero , Sungai Petani baru² ni..mungkin ada yang tak sempat tengok perlancaran tu di TV cheq.Artz leh tunjuk skali lagi...tima kasih kat Qaseh Zara sbb tlg record...





pssstt..kalu tengok kenderaan yg pertama org yg dok belakang kibar bendera cam wiper tu..Cheq.artz la tu...hahahah..org suruh lambai guna bendera pi wat wiper plak...ok..ok..balik pada cerita sebenar..ramai orang tanya konvoi tu pi mana??  meh nak cerita dia pi mana..
konvoi ni menjelajah ke seluruh negara..pada 17 Ogos tu Konvoi Kembara ni memulakan ekspedisi menjelajah ke seluruh negeri Kedah..bermula di Sungai Petani (Pejabat Penerangan Kuala Muda ) Konvoi ini terbahagi kepada dua TEAM..Kedah Utara & Kedah Selatan  dan di sertai oleh geng 4WD..


Team A ( Kedah Utara ) melalui daerah Yan, Kota Star, Kubang Pasu, Padang Terap dan Pendang...

Team B (Kedah Selatan) melalui Sik, Baling , Kulim dan Bandar Baharu...

kat bawah ni ada sedikit sorotan Konvoi  Kembara Jalur Gemilang yang melalui Daerah Baling 





yang menyeronokkan ialah penyertaan dari pelbagai golongan yang memberi sokongan terhadap konvoi ni tak kira tua atau muda..
Sokongan daripada masyarakat Kulim 


yang ni geng-geng bermotosikal pendang

yang ni pok long dan abe dari baling..
bukan takat konvoi ja malah ada juga penduduk kampung yang kreatif  membuat replika keris guna bendera malaysia..tahniah kat depa punya la semangat..yang ni la kita mau..tapi sedih gak la..mau tak ..sapa ingat masa nk PRU13 dulu.. bukan main rata tempat ada perang replika.. memang meriah masa tu...masing-masing bersemangat tak kira tua muda ..miskin kaya..siang malam dok pulun siapkan replika untuk kempen untuk parti masing-masing...tp bila mai kempen kemerdekaan ..harraammm satu replika pun susah nak jumpa...Cheq.artz pon tatau pasai pa..kata patriotik..tapi tak mau zahirkan semangat patriotik..abih tadak gantung bendera depan umah atau kereta pun jadi la..kalau dah malaih nk berlarak (konvoi) ...mungkin kita sudah lupa tentang kemerdekaan sbb dok seronok dengan hiburan kot..takkan smpi kena jajah kembali baru kita nk belajar menghayati...tengok la apa yg terjadi di Mesir dan Syria... meh nk tunjuk skit takka sampai tahap nk semayang pon kena tembak baru nak sedar kot...



jangan la sampai malaysia yang kita cintai jadi seperti negara lain yang dulu aman sekarang porak peranda..Cheq.Artz bukan marah cuma nasihat ja terutama diri sendiri nih...mungkin generasi sekarang tatau camna keperitan orang dulu² tok nenek kita la masa zaman penjajahan terutama jepun...meh kita sesama ingat mengingati..




pa pun marilah sesama kita KIBARKAN JALUR GEMILANG...di samping mendoakan saudara kita di mesir dan syria..dan marilah sesama kita jaga keamanan negara..



SELAMAT KIBARKAN JALUR GEMILANG yang ke...bapa tahun dah dok kibar..heheh

'MALAYSIAKU BERDAULAT ; 
TANAH TUMPAH DARAH KU'










No comments:

Post a Comment