Tuesday 5 August 2014

Lori Tanah Buat Perangai...



Assalamualaikum..

pernah tak hampa termakan debu dan kotoran..bukan sebab teringin nak makan, tapi sebab jalan ..hari ni cheq.art nak lemparkan rasa tak puas hati pasai ketidakperihatinan lori-lori tanah yang dok lalu lalang area Bandar Baharu, Kedah dan Parit Buntar, Perak..

Disebalik keghairahan dalam mengejar pembangunan , respek la orang lain sama terutama pengguna jalan raya yang lain..jangan hanya nak menyejar duit atau projek benda lain diabaikan..ini bukan kira celoteh dah ni masuk ketegori membebel/berletiaq..si lori ni kalau dah tau lalu jalan raya utama atau laluan awam cuba utama bab keselamatan ..cuba tengok gambaq kat bawah ni..ada ka patut kain kanvas tutup tanah koyak rabak dan tu asap hitam plak..

di rakam ketika menaiki jejantas (flyover ) pekan Parit Buntar
.awat..tak tak mampu beli hat baru ka..kalu nak ikutkan lori yang lalu lalang kat kawasan ni berpuluh biji sehari..bukan setakat sebijik ja  ada juga lori len yg kelaku(perangai) sama

di rakam kat Permatang Kerat Telunjuk 

tah ada road tax ke tidak kita pon tatau..yang ni baru ni di rakam masa bulan posa...yang lagi sebijik baru tersempak tadi tak sempat rakam..nak tau apa yang makhluk bernama lori ni dah buat kat jalan raya Bandar Baharu, Kedah..
Add caption

Add caption



tanah bertaburan kat Bulatan Bandar Baharu


kalau keadaan macam ni..sapa yang tak sakit hati..kita pengguna juga yang kena kalau takat keta berabuk dan kotor..kalau yang naik motorsikal plak..tak di hidunya debu sesilap boleh telan skali kalau di kira pakej..cheq art pon heran la mana penguatkuasa terutama polis ngan JPJ..perkara ni dok perati lama dah

jangan jadi serupa kisah kat kawasan Sg. Kechil Ilir di sebabkan tiada tindakan undang-undang..maka orang kampung dengan sendirinya melaksanakan undang-undang sendiri..apabila seorang penduduk kampung terbunuh gara-gara lori laju di kawasan kampung..maka setiap kali lori lalu di lastiknya cermin sampai pecah..masa tu mula la kot nak kalut bagai..

jadi cheq art harap pihak yang berwajib tolong amik perhatian terhadap perkara ni..jangan sampai pihak media cetak ka elektronik ka turun buat liputan kang jadi cerita panjang plak...


No comments:

Post a Comment