Monday 17 December 2012

Tudia Harga Rumah.!!

Masa jenjalan lam dunia internet tadi tetiba terjumpa artikel lam berita semasa.com pasal harga rumah dulu dan sekarang...sekali baca artikel ni terkejut la gak bila tengok harga rumah...pada yang dah beli mungkin boleh menarik nafas lega walau pada hakikat jenuh menarik tali pasai dok ikat perot tuk bayaq harga rumah yang di miliki..walaupun tidak mengikut cita rasa kerna beli rumah sebab mampu yang tu.. bukan sebab suka yang tu...kat mak pun tak bayaq banyak tu..kengkadang misss terus sbb nak sara rumah ngan keta...Bagi wanita yang teringin nk jadi Housewives & Full Mom..terpaksa menangguh cita-cita bila tgk harga rumah..yang mana dh jadi suri rumah terpaksa cari sampingan yg lain..yang tak abih ngaji lagi..pulun la bg dapat anugerah yg di tawarkan kat pusat pengajian tinggi bagi menjamin pekerjaan..yang tengah dok cari kerja..cari lah 2-3 kerja yg leh balun sehari..makan bitamin bebanyak bagi sehat & kuat..mana tak nya  cuba hangpa baca..

Antara 1970-2012 : Harga Rumah VS Peningkatan Pendapatan?

Harga Rumah 2013 Antara 1970 2012 : Harga Rumah VS Peningkatan Pendapatan? Teres Setingkat RM300K RM400K!
Jikalau sebelum ini pembaca Berita Semasa mungkin sudah membaca laporan DI SINI yang menjangkakan rakyat Malaysia perlu berpandapatan RM12,000 sebulan untuk membeli sebuah rumah teres yang berharga RM800,000. Iaitu 8 tahun daripada sekarang. Bersedialah semua di sini….
Hakikat dan realiti harga rumah semakin melonjak tinggi berkali ganda ketika ini sedangkan….. perbezaan peningkatan GAJI rakyat Malaysia tidak banyak berubah. Belum dimasukkan sekali peningkatan kos barang-barang lain….
Akhirnya golongan pertengahan dan berpendapatan rendah memiliki rumah akibat harganya yang semakin tinggi saban tahun.
  • Kos sara hidup meningkat tinggi tak seimbang dengan pendapatan kalangan rakyat Malaysia
  • Gaji nak 13% harga barang pula naik sehingga 70%. Itupun kenaikan gaji tidak tidak meliputi kesemua golongan yang berkerja di Malaysia. Bergantung dengan majikan masing-masing. Ada yang naik ada yang tidak……Ada yang terpaksa menuntut berkali-kali, ada yang hampir pasti menunggu habuan besar setiap tahun
  • Manakala, kenaikan kos sara hidup tetap perlu ditempuh
  • Akhirnya golongan pertengahan dan berpendapatan rendah memiliki rumah akibat harganya yang semakin tinggi saban tahun.
Dan bagi sudah tiba masanya untuk Dasar Perumahan Negara perlu dikaji semula supaya dilihat sesuai dengan peredaran zaman & realiti yang berlaku hari ini. Sedangkan, kita masih lagi menggunakan dasar lama yang masih tidak dikaji semula
Keadaan (harga) tanah semakin tinggi, tetapi dasar kita masih dasar yang ke belakang
  • Penetapan kadar harga rumah mampu milik juga perlu dikaji semula kerana kadar RM200,000 hingga RM400,000 pada masa ini masih tidak mampu dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana dan rendah di bandar.
  • Pemaju yang sanggup bina rumah mampu milik, pelannya diproses dengan kadar segera supaya dapat membantu menurunkan ‘holding cost’ dan rumah boleh dibina pada kadar harga lebih murah
  • Kerajaan mewujudkan bank tanah dengan bertindak membeli tanah yang boleh dibangunkan di seluruh negara bagi mengawal kenaikan harga rumah di masa akan datang
  • Lain? Ada nak tambah?

Riba Harga Rumah Antara 1970 2012 : Harga Rumah VS Peningkatan Pendapatan? Teres Setingkat RM300K RM400K!

Satu Lagi Masalah Riba di Malaysia :

Ini satu lagi masalah bagi kami perlu sangat dikaji semula. Sangat menindas rakyat!
Pinjaman Tanpa Faedah(andaikata ia wujud di Malaysia)
  • harga rumah rm200,000
  • tempoh bayar balik 25 tahun (300 bulan)
  • pengiraan pinjaman:-RM200,000/300 BULAN = RM666 SEBULAN! Ini jumlah yang sepatutnya anda bayar setiap bulan
Pinjaman Dengan Faedah (Inilah realiti yang berlaku hari ini)
  • Harga rumah RM200,000
  • Tempoh bayar balik 25 tahun (300 bulan)
  • Faedah (riba) 6% setahun (ikut standard)
  • Pengiraan pinjaman:- 6% setahun x RM200,000 = RM12,000 setahun (faedah = riba)
  • RM12,000 x 25 tahun (tempoh pinjaman) = RM300,000!!  (faedah = riba)
  • Jadi, harga rumah RM200,000 + RM300,000 (faedah =r iba) = RM500,000
  • RM500,000 / 300 bulan = RM1666
  • Kepada pembuat dasar negara? Adakah mereka sedar atau tidak? RIBA yang bagi kami sangat-sangat tidak munasabah dan berperikemanusiaan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan pertengahan di Malaysia!!
P/S : Persoalannya, berapa ramaikah orang muda memiliki pendapatan RM6,000 sebulan sekarang bagi mengadapi beberapa lonjakan harga rumah untuk beberapa tahun mendatang?

Suri Rumah..terpaksa @ Rela

gambar hiasa
Kalau kita lihat kat pusat-pusat pengajian tinggi golongan wanita lebih daripada lelaki dan golongan cerdik pandai ni bertambah dari masa ke semasa. Dengan harapan dan cita-cita yang tinggi yang di semai ketika dalam pengajian supaya menjadi yg cemerlang, gemilang dan terbilang dalam pusat pengajian tinggi . Maka pakat pulun lah masing-masing bagi mencapai tahap yang tertinggi  dengan pelbagai anugerah ..dekan dan sebagainya.
gambar hiasan

Setelah tamat pengajian maka berpusu-pusu lah para wanita  kat luar sana berkejaran membina career sebagai engineer, doktot,pegawai, eksekutif, usahawan dan sebagainya . Dengan mempunyai pendapatan sendiri maka pakat aturlah urusan perbelanjaan memasing sbb pompuan ni bab belanja memang menang kat depa bukan semua tp kebanyakan la..bila dh kukuh/selesa jumpa plak dengan jejaka idaman maka membina mahligai lah mereka itu..

gambaq hiasan
Bila dah masuk alam rumah tangga ni memang la seronok ..tak caya kalu tanya orang yang baru kawen...hahah..rasa " dunia serupa ana yang punya " cuti ni kalu buleh nk sampai setahun, cuba tengok kalau yang baru kawen cuti pendek dok jauh plak..boleh teriak pasangan...Masa ni mmg sangat seronok sebab duduk berdua siang malam, keluar berpegangan tangan ..tak payah nak sorok-sorok/ tebai muka..makan pun aku suap hang suap aku..mmg seronok sangat..betui la kata Tan Sri P Ramlee..hujung minggu pi tengok wayang, karaoke..jenjalan dan sebagainya..

dalam dok seronok jadi suami/isteri..tup..tup..di kejutkan dengan berita akan kehadiran orang baru..maka bergembira dan besyukur kerna waris keturunan depa dah ada...maka pakat bersiaplah untuk memegang tanggung jawab yang lebih besaq lagi iaitu dari Suami/Isteri menjadi Ayah dan Ibu...bila tiba harinya pakat seronok la  dapat cahaya mata..dulu dok main ngan anak patung beruang..haaaa..la ni mai yang betoi punya..apa lagi berkepit siang malam kengkadang sampai ke tempat tidoq..bunyi ekk..skit ja pakat bangun tengok kot nyamuk/semut ketit (gigit)..tapi pastu tak jaga la kalu teriak pun..terutama si suami hehehe..bukan semua tapi ada..daripada sorang anak sampai la 3-4 anak , punya lah bahagianya depa..maka tibalah saat dan ketika sama ada perlu untuk bekerja atau dok rumah jaga anak @ Suri Rumah sepenuh masa. Adakah ketika ini ianya menjadi Rela @ Terpaksa....mari kita pakat kupaih lagi nanti..lam bab berikutnya..nak kena pi masak plak...


     

Salam Perkenalan

Salamz..

Alhamdulillah..Tanggal 17/12/12 lahirlah sebuah blog yg lama dh cheq'art nak buat..tapi sbb masa yang terhad maka tertangguh sampai lah ke hari ni..syukur ke hadrat illahi kerna di beri kesempatan tuk merapu/meluah pandangan/berkongsi pengalaman dan sebagainya..ok lah buat permulaan merepek dalam ni, so sesapa yang terlajak berjalan sampai ke sini harap dapat support blog ni dan memberi pandangan dan komen tuk menambah baik blog cheq'art ni...ok adiossss...wassalam..