Saturday 20 September 2014

Nak jadi wartawan plak ka??


salam...
Apa perasaan korang bila jd wartawan..??

Satu lg pengalaman cheq.art apabila terpaksa jadi wartawan temuramah..bkn wartawan menulis hehe..
Sebenarnya tak masuk memana TV pun nampak ja eksyen lebih..ni cuma utk Projek Video Korporat Pejabat ja tadak kena mengena ngan memana TV/Radio di malaysia mahu pun di dunia..

yang penting pengalaman..susah juga no..walaupun cikai-cikai (biasa-biasa) ja tetapi rupanya ada teknik juga..che.art tadak la blajaq kat memana tetapi bila kita buat dan lihat balik rupa ada kelemahan-kelemahan yang perlu di perbetulkan..

1.  Soalan yang jelas..penggunaan perkataan yang mudah pelanggan/respoden faham..kalau tak dia dok        ulang tanya kita balik ..hahah..
     "Haaa..apa dia?? skali lagi?? ulang balik??"

2. Jarak kita dengan Responden jangan terlalu dekat..bukan kita yang nak Glemer..nak kasi dia                   glemer..senang Kamera nak fokus tak kira la close up atau pun angle separuh badan yang penting          jangan kita pi dok tempek muka kat kemera..

3.  Penggunaan microphone @ rekoder jgn terlampau dekat mulut..jangan sampai nampak nak tojoh            (sumbat) dalam mulut dia ..seeloknya letak di bawah dagu supaya selesa dan tidak menghalang bibir      dari mengungkap kata²..

Ada lagi yang nak tambah??? sila oOo sila..

Sesi temuramah bersama Pegawai Penerangan Daerah Kubang Pasu
En. Harun Kareya

Program ini ialah Program Info Komuniti 1 Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Bersama RELA dan masyarakat Setempat .. cheq.art ngn team cuma turun utk amik maklum balas terhadap Program dan keberkesanan penyampaian maklumat.

Banyak lagi yang perlu di pelajari kalu nk temurah responden..mungkin rakan pembaca ada tips atau ilmu dari segi kewartawanan yang nak kongsi dalam ni silakan ..Cheq.art sgt alu-alukan boleh di kongsi dengan ramai orang supaya kita boleh membina asas keyakinan diri bila berdepan dengan orang ramai..salah satu  kelemahan ramai orang ialah berdepan dengan ramai orang..tul tak??

Bukan senang nak jadi serupa Karam Sing Walia..ni pun cuma amik secebis pengalaman saja dari keseluruhan ilmu kewartawanan..








No comments:

Post a Comment