Sunday 29 September 2013

Sambutan Hari Asean ke-46

salamz..


Lama tak updated..sebenarnya Cheq.art baru blk daripada program Sambutan Hari Asean ke-46 di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah..memula sampai surat arahan kena pi jd MC (Pengacara Majlis ) untuk slot jigsaw puzzle..bila pi masa taklimat di sana, rupa bahagian Perhubungan Luar Negeri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia tak mau..lega dah awal tu..leh la buat kerja belakang tabir ja..skali depa suruh jd MC perasmian Penutup..aduihh..kita takat kampong ja..lom pernah pi tahap tinggi lagi..tapi tak pa la..sebab ada partner yg pernah dok jd peringkat antarabangsa dan pernah berduet dengan mahathir Lokman ni nak back up Cheq.Art..kita pon ok la...nasib baik tak kena cakap omputih kalau kelam kabut gak la..



Tapi Alhamdulillah sepanjang program berlangsung tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Pertama kali dalam hidup jadi MC pakai kain...aiyak...sekali pandang supa orang nak pi baca tahlil ja...sebenarnya pakaian yang Cheq.Art pakai ni adalah pakaian rasmi Negara Myanmar..pakaian kebangsaan kot..

.yang sebelah Cheq.Art ni pasangan MC dia ni pakai pakaian Malaysia rasanya negeri Perak punya kot..

nak kompom betoika Cheq.Art pakai pakaian Myanmar sebab ada yang kata Laos..bila cari dalam Internet maka terjumpa la gambar di bawah ni..


 Inilah pakaian kebangsaan rasmi di Myanmar, hanya mengenakan kain sarung dan memakai selipar atau capal. Gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak (kiri) yang kemas amat berbeza dengan Presiden Myanmar, U Thien Sien. Gambar ini dirakamkan di Istana Presiden di Myanmar ketika lawatan Najib ke Myanmar pada Rabu 28 Mac 2012.



Bagi kita mungkin rasa pelik bila lelaki pakai kain sepatutnya seluar la kan...sebenarnya banyak gak negara yang lelaki pakai kain @ skirt contohnya kat scotland, 

Kalau kat bawah ni Video rakyat Tongga dengan pakaian tradsional pada hari mangkat raja depa...


No comments:

Post a Comment