Tuesday 8 October 2013

Allah Permudah Segala Urusan..thank U Allah..

salamz..

pernah tak antara kita ni yang terlupa tarikh luput/ tamat tempoh lesen / roadtax..yer la kan benda renew setahun sekali..tambah cheq.art renew lesen 2 tahun skali ...

nak jad cerita mlm tadi cheq.art nak beli barang kat kedai runcit masa lam perjalanan tetiba ada road block pak polisi..masa pi tu ok depa tak tahan pon walaupon banyak ja motor sangkut..cheq.art terlepas..masa lalu ada lah sorang anggota polis (awek) perhati ..bila cheq.art perasan maka kita pon angkat la tanggan tanda terima kasih kerana tak sangkut...

lepas balik ja dari kedai runcit terpaksa lalu jalan tu juga ..walaupun ada jalan jauh tapi maleh nak lalu lagi pon terpikir tadi lepas kali ni pon mesti lepas punya...nak takut pa kita semua lengkap..cewahhh kata lam hati tu...maka sekali lagi cheq.art lalu kat road block dengan penuh kompidennya..awek polis yang ursha masa awal tadi tak lepaskan peluang kedua nya untuk tahan..."mintak IC ngan Lesen en." katanya..cheq.art dengan penuh senyumannya pon kelebek dompet keluarkan ic ngn lesen..

masa keluarkan lesen cheq.art perasan.."alamak ..lesen aku dah tamat tempoh"..kata lam hati la..takkan kot pikir lam hati...cuba kelebek lagi skali mana tau kot yang ni lesen lama..rupanya tak...adoyaiii..apa alasan nak bagi ni kalau cik polisi ni tanya nanti...mampoih la aku...

bila cik awek polis ni perhati & teliti lesen ni..jantung cheq.art mula la main lagu rancak serupa lagu metal..dok pikir nak merayu apa ngn nak bagi alasan apa supaya tak di saman..tetiba awek polis kata.." ok en. terima kasih..boleh jalan.." wahaha..selamat aku..rupanya dia tak perasan ataupun memang dia lupa hari ni bapa hari bulan kot.. hari ni 8 okt 2013..lesen cheq.art last 29 sept 2013...syukur Alhamdulillah...

ni lah yang dikatakan pertolongan Allah...dia permudahkan segala urusan..bayangkan kalau tak tak pasal nak kena bayar saman..sebab tu para tok guru/ostaz pesan dalam bila abih solat jangan lupa selitkan doa mintak permudah segala urusan di dunia @ dalam kehidupan...terima kasih Allah..

esok nak kena perhidup lesen..Allah dah bagi peringatan dan pertologan kalau dok leka gak pasni jangan kata pa kalau kena saman kes sama..

Thank U Allah..Thank U Allah....


No comments:

Post a Comment