Monday, 7 October 2013

Draf Rancangan Tempatan ..Apa Tu??

Salamz..

Beberapa hari lalu..cheq.art di jemput menjadi Pengacara Majlis (MC) di program Perasmian Draf Rancangan Tempatan Daerah Bandar Baharu 2020..sebenarnya cheq.art pun tak tahu pada awal apa ke benda ni...Rupanya ini merupakan cadangan atau rancangan pembangunan di kawasan daerah masing² dan dengar kata Draf ni hanya di keluarkan dan di pamerkan kepada umum/awam setiap 5 tahun sekali...

tujuannya untuk memaklumkan kepada masyarakat setempat tentang cadangan/rancangan kerajaan untuk membangunkan kawasan tersebut sama ada dari segi prasarana/perindustrian/pendidikan/pelancongan dan sebagainya.. malah orang awam di minta untuk beri cadangan/ pandangan untuk penambahbaikkan..dan pameran & kaunter di buka selama sebulan.. nak tau lebih lanjut boleh klik kat link dibawah:


pada hari tersebut tak ramai sangat orang yang datang walaupun jemputan ramai...mungkin tak penting kot..cheq.art pon pikir pada mula tak berapa penting kot..tapi masa menunggu waktu perasmian cheq.art sempat bertegur sapa dengan kenalan dari kaum cina yg merupakan ketua masyarakat untuk kaum cina..sepanjang dok bersembang dengan dia ..dia kata
" Ini Dlaf sangat penting utk kita (kaum cina)..pasai kita mau tengok pembangunan balu (baru)..jalan balu(baru)..nanti sinang (senang) mau celita(cerita) sama depa (masyarakat cina).. 

ok la fikir cheq.art sbb sebagai ketua masyarakat memang tanggung jawab dia pon untuk maklum tentang pembangunan yang kerajaan nak buat kat tempat dia..

tp rupanya 'ada udang dok menyelam dalam kuah ' katanya lagi 

"kita mau tingok mana jalan balu mau bikin..bangunan balu mau bikin...sinang kita mau beli itu kebun (tanah)" 

wah..terkejut cheq.art rupanya serampang dua mata la...pandai mencari dan mengambil peluang..

"itu buku sama CD wa sulah angkat..nanti balik mau kasi tengok betul-betul mana tempat" 

wah ..kata cheq.art lam hati 

" bila lu tau mana itu tempattt..
lu kuar lu punya sengatttt..
habis kebun lu kasi rembattt..
last skali habih kami semua merempattt"

(ada supa pilem KL gangster tak hehehe)

wah..ini bebetul punya otak meniaga..patutlah orang kata cina pandai cari doit..memang pandai sungguh..itu pemikiran mereka berbeza dengan pemikiran orang kita..maaf cakap orang kita lebih suka berpolitik dari mencari peluang meningkatkan ekonomi..tak kisah projek ni zaman pemerintahan sapa.. janji bagi manfaat kat rakyat..bila dijemput semua mai siap jamu lagi tp yang nampak beberapa kerat ja..mungkin tak penting kot bagi depa sebagai ketua masyarakat/orang awam.. maklumat yang disampaikan hari tu....

 lepas kejadian tu cheq.art balik dan cari dalam internet berkaitan draf ni..rupanya banyak pembangunan di daerah bukan di sini saja malah di seluruh malaysia...

Contoh cadangan Projek Jalan Baru di Daerah 


Contoh cadangan pembangunan sektor perdagangan di Daerah


tu baru sedikit contoh cadangan pembangunan dari 2014 - 2020..bayangkan berapa banyak peluang yang boleh diambil daripada draf rancangan pembangunan tempatan..patut la ketua masyarakat kaum cina tadi dok tunggu-tunggu dan tak sabar nak balik cerita kepada masyarakatnya betapa banyak peluang yang boleh di raih melalui projek ni..bukan saja kontraktor..broker..usahawan..tuan tanah malah sesiapa saja kalau pandai cari peluang mungkin rezeki kita ada di celah-celah ni.....bak kata pak sedara Cheq.art.. 

"orang kita simpan duit di bank untuk dapat dividen tahunan..orang depa pulak guna duit orang kita (pinjaman bank) yang di simpan di bank sebagai modal untuk perniagaan/pelaburan dapat untung bulanan/harian..sapa lagi bijak katanya.."

harap kalau ada masa pi la tengok pameran di tempat masing/daerah masing..mungkin boleh lontarkan pandangan / cadangan / idea yg baik sbb ada disediakan borang cadangan..kalau sebelum ni dok pikiaq nak juai tanah ka atau tadak pa nak buat dengan tanah tu boleh la pi tengok mana tau pembangunan berhampiran dengan tanah kita ka kenalan ka boleh la bangunkan atau sewa kan..jangan juai dah la..

nanti sendili lugiiii..
itu sengat bila maliiii..
lu mana mau laliiii..
jgn melempat sampai matiii...
itu haleta(harta) kasi anak miniiii (bini)....hehehe

sekian wallahualam..

Sunday, 6 October 2013

Apa punya jenih mak pak nih..


Salamz..

kalau sapa ada baca sinar hari ni mesti terjumpa satu cerita yang menyedihkan 
Enam beradik ditinggal kelaparan..

kata org tetua buat anak pandai..nak jaga tamau...kalau tgk pada gambar ni production setahun sorang gak ni...tapi napa lah di biarkan kelaparan sampai lebih 24 jam...mujur lah yang kecik (7 bulan) tak meninggal sbb ketika dijumpai dah lembik sebab menangis akibat kelaparan yang amat sangat...dengar kata si mak ngan pak ni suka bergaduh..bergaduh sampai tahap nak berperang...bila berdamai terbit waris sorang..masa berperang pakat lari cari ketenangan sorang pi utara sorang pi timur..anak biar bergelimpangan..adoyaiiii..peningg

kesian gak tengok depa ni..mungkin mak pak dia bergaduh sbb duit kot tak pon buka cawangan ka...tapi paling lazimnya ialah DOIT la...kalu tengok pada cerita dan keadaan depa ni memang susah dan miskin sungguh..tahap fakir nih..sbb pernah tidur anak beranak kat pantai sbb rumah sewa terbakar...mujur lah anak tak di sepak terajangnya..kengkadang men ngn masalah duit nih..memacam boleh jadi...sebelum ni ada pasangan ibu bapa bunuh diri termasuk ngn anak beranak sbb tak tahan ngn kos sara hidup makin meningkat...

nak harap bantuan kerajaan..iskk..simpan dulu kot hasrat tu..sbb bebaru ni ada seorang kakak ni ada anak 5 orang ..rumah pon sewa ja..kerja dapat la gaji lam lingkungan RM700 setelah di tolak EPF..sebelum ni JKM bagi bantuan RM400 kot sebulan utk anak² beliau pi skolah lagi pun beliau tak kerja sebelum ni sbb masalah rumah tangga duduk asing ngn suami..kira lam proses cerai..bila JKM dapat tahu si akak ni dh kerja depa nk tarik balik bantuan utk anak sekolah katanya dah bekerja...iskkk..iskkk..maaf cakap la...RM700++ nk hidup sebulan dengan 4 anak dok sekolah..sewa umah saja dah RM250..anak² pi skolah kena naik van sorang tak silap lam RM30 X 4 = RM120 ..makan minum lagi ..hantar anak mengasuh RM150 -RM200..anak no. 5 baru umo 2 thn..kesian gak bila tengok..dan org JKM pon bukan tamau tolong tp dah peraturan camtu kang langgar di kira salah plak...sekarang ni boleh di katakan nk jatuh di timpa tangga...sebab bantuan akan di tarik balik...tempat kerja anak ni plak nk buang orang sbb ekonomi tak bapa cantik..dgr kata bulan 12 ni bulan last dia keja...camna lah nk survive..sesilap hari bulan anak berenti skolah la..

Cheq.art harap pihak yg berkenaan boleh la amik port skit bab masalah taraf hidup ni..perluaskan lah bantuan untuk orang susah ni..sbb kalu di perhatikan jenis bantuan ni sikit sgt dan syarat pon bukan lah longgar...kalau boleh tu naikkan nilai bantuan dan longgarkan lah syaratnya kalau dulu RM750 di kira miskin up la skit lg RM1000 ka..lagi pon bebaru ni timb. menteri buat kenyataan
kenyataan timb. menteri - sumber beritakini.my

heheh..sesapa yang tak termasuk dalam seperti yang dinyatakan maka kategori miskin lah..bila dh menteri kata camtu bermaksud bantuan sepatutnya kerajaan akan perluaskan lagi..jd boleh la kita pergi ke JKM dan juga pejabat Zakat untuk terima bantuan..sepatutnya lah kan...hehehe..maaf cakap bukan la Cheq.Art nk berpolitik ka apa..kita bercakap atas dasar realiti bukan fantasi...bebaru ni ada seorang hamba Allah menulis surat terbuka kepada PM mengadu masalah kos taraf hidup di Kola Lompo..gaji RM2000++ nk survive..

siti hajar tulis surat kat PM- sumber beritakini.my


kalu RM2000++ pon teruk nk survive camna la hat ramai  yang bawah RM1000 nih..harap bajet 2014  nak mai nih tolong tengok-tengok sama golongan asnaf nih..

.duit daripada dok biar tiris tu salurkan la plada JKM supaya dia leh bantu ramai lg golongan yg memerlukan...




Sunday, 29 September 2013

Sambutan Hari Asean ke-46

salamz..


Lama tak updated..sebenarnya Cheq.art baru blk daripada program Sambutan Hari Asean ke-46 di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah..memula sampai surat arahan kena pi jd MC (Pengacara Majlis ) untuk slot jigsaw puzzle..bila pi masa taklimat di sana, rupa bahagian Perhubungan Luar Negeri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia tak mau..lega dah awal tu..leh la buat kerja belakang tabir ja..skali depa suruh jd MC perasmian Penutup..aduihh..kita takat kampong ja..lom pernah pi tahap tinggi lagi..tapi tak pa la..sebab ada partner yg pernah dok jd peringkat antarabangsa dan pernah berduet dengan mahathir Lokman ni nak back up Cheq.Art..kita pon ok la...nasib baik tak kena cakap omputih kalau kelam kabut gak la..



Tapi Alhamdulillah sepanjang program berlangsung tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Pertama kali dalam hidup jadi MC pakai kain...aiyak...sekali pandang supa orang nak pi baca tahlil ja...sebenarnya pakaian yang Cheq.Art pakai ni adalah pakaian rasmi Negara Myanmar..pakaian kebangsaan kot..

.yang sebelah Cheq.Art ni pasangan MC dia ni pakai pakaian Malaysia rasanya negeri Perak punya kot..

nak kompom betoika Cheq.Art pakai pakaian Myanmar sebab ada yang kata Laos..bila cari dalam Internet maka terjumpa la gambar di bawah ni..


 Inilah pakaian kebangsaan rasmi di Myanmar, hanya mengenakan kain sarung dan memakai selipar atau capal. Gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak (kiri) yang kemas amat berbeza dengan Presiden Myanmar, U Thien Sien. Gambar ini dirakamkan di Istana Presiden di Myanmar ketika lawatan Najib ke Myanmar pada Rabu 28 Mac 2012.



Bagi kita mungkin rasa pelik bila lelaki pakai kain sepatutnya seluar la kan...sebenarnya banyak gak negara yang lelaki pakai kain @ skirt contohnya kat scotland, 

Kalau kat bawah ni Video rakyat Tongga dengan pakaian tradsional pada hari mangkat raja depa...