Monday 4 August 2014

Kempen Boikot McD

Assalam ...

Selamat hari Raya bagi yang sudah melaksanakan posa 6 yang baru dok raya semalam..heheh..hari ni cheq art tamau cita pasai raya lagi walaupun ramai blogger dah mula bercerita tentang sambutan raya depa tahun ni..walaupun ada la skit yang nk cerita pasai raya ni tapi postpone dulu la.. cuma hari ada skit nak habaq..

Rata-rata orang skarang ni tengah dok hangat berkempen boikot MC D sehangat ayam Golek yang di panggang di tengah hari yang rambang...bagus la la kempen kesedaran nak bagi peringatan kt negara seperti israel pengguna juga ada kuasa walaupun bukan melalui senjata tetapi melalui pembelian ..mungkin cara ni boleh menyedarkan kuasa ekonomi dunia seperti Eropah dan Amerika dan sekutu ekonominya sedar tentang bahaya boikot yang boleh menyebabkan terjun nya ekonomi sesebuah negara seperti terjun tiruk pandalela..hehehe..

camna pun dengaq kata hari jumaat ni nak buat boikot besar-besaran seluruh malaysia jgn beli @ makan di McD kecuali ada mamat mana lam FB pi makan nasik kerabu ngn teh O ais..hahaha..sempoi punya cara boikot.. ..cheq.art tamau nk komen pa..

sumber facebook

ini adalah satu langkah serangan balas terhadap penduduk Palestin di Tebing Gaza..kalu nk boikot terus menerus ka atau sekadar tekanan atas serangan tu tatau la..abis serang abis boikot kot.. pasai selalu sebelum ni dok jadi lagu tu..bila israel serang palestin..maka akan keluarkan senarai barangan, syarikat , kelab bola dan sebagainya yg kena boikot..bila abis perang pakai / guna balik..cheq.art harap langkah ini mungkin dapat menggoyangkan puak zionist dan sekutunya..

cheq.art mmg bukan peminat McD..rasanya dalam 30 thn lebih ni lom sampai 10x-15x makan McD seingat-ingat la..kiranya kalau McD nk buat kekayaan melalui cheq.art jawapnya kirim salam..buka pintu toilet terjun lam kolam..sori yer McD ..pssst..tp ada org yg suka makan prosperity dia la..jawapnya masak sendiri la pasni...


No comments:

Post a Comment