Thursday 7 August 2014

Isu Boikot.. siapa kena?? takat mana?? lama mana??

Salam ..selamat sejahtera.. moga kita semua mendapat keredhaan Allah dalam kehidupan seharian kita..

sekarang ni panas betul kisah tentang boikot-memboikot ni..jumaat ni pon ada kempen boikot besar-besaran terhadap Mc Donald di Seluruh negara..kira kalau nk di fikir-fikir yang ni kempen antara yang paling besar di lakukan berbanding sebelum ni..banyak kali dah Israel dok serang Palestin dan setiap kali serang memang kempen ni pun keluar..serupa bermusim pun ada cam musim buah pon ada..kempen ni disertai oleh pelbagai golongan tetapi yang ketaranya orang melayu..orang lain mungkin boikot cara sesenyap kot atau tak boikot langsung...

tapi yang menarik perhatian cheq.art hari ni ialah bukan sahaja rakyat Malaysia yang menyertai kempen ini tetapi pemimpin tertinggi yang bertaraf menteri pon join sama memboikot..bukan sahaja di mulut atau dok laung 'Save Gaza' tetapi dengan tindakan membatalkan kad kredit HSBC . Ini berikutan tindakan  HSBC yang menutup akaun pertubuhan islam yang membantu untuk menyalurkan bantuan kewangan untuk Gaza..
sumber dari facebook beliau


Tindakan ini sikit sebanyak memberi kesan kepada HSBC ..kalau pemimpin negara pon boleh buat macam tu..apa tah lagi orang lain..ini lah yang dikatakan 'KEPIMPINAN MELALUI TELADAN'. tahniah cheq art ucapkan ..
sekurang-kurangnya beliau boleh menjadi printis kepada pemimpin-pemimpin dalam negara serta pegawai-pegawai tinggi untuk melakukan perkara yang sama..jangan hanya lantang dalam parlimen tapi di luar tiada tindakan ..lain la macam cheq.art ni tadak kad kredit HSBC nak gunting pun tak leh..tapi sekurang-kurangnya tak payah nak pi bukak akaun di situ walaupun lepas ni bank tersebut menawarkan pinjaman atau pelaburan yang meruntuhkan jiwa..
mana tau mula-mula pemimpin dalam negara yang join boikot ..lepas ni dasar negara pulak yang mengharamkan hubungan ekonomi dengan negara haram jadah Israel..sama-sama la kita doa..bukan pa sebab negara lain dah buat, tapi depa dah lama la dari tahun 2005, buleh rujuk gambar di bawah ni.
keratan akhbar utusan malaysia 07.08.2014
bukan negara islam saja yang benci dengan Israel walaupun ada negara islam yang sokong negara haram jadah tu..Islam cap apa pun tatau..tapi negara barat juga mula boikot bukan sahaja hubungan diplomatik dan ekonomi malah kerjasama akademik, budaya..bukan sikit tau negara kesatuan eropah yang boikot sebanyak 17 buah..
sumber utusan malaysia 07.08.2014

dengar kata Israel dah mula goyang salah satunya dengan kes boikot ni la selain daripada kekalahan  tektikal perang dengan Hamas di sempadan Gaza..tu la walaupun Israel mempunyai kekuatan Ekonomi dan senjata Palestin mempunyai kekuatan Doa dan Pengguna di seluruh dunia..satu lagi ialah kesan daripada boikot ni Israel dah mula tukar kod barangan depa contoh kod 729 kepada 821 ..untuk kepastian cuba rujuk sumber lain takut cheq artz tersilap nombor..hahaha..naya orang lain..
Cheq art tertarik dengan surat khabar hari ni dalam utusan..walau cita katun tapi makna dalam ooOOOo..tang ni tamau komen pa-pa baca dan nilai sendiri..kata orang tetua..'TEPUK DADA TANYA SELERA @ IMAN'

sumber utusan malaysia 07.08.2014


cuma kalau nak boikot biar la jaga etika dan tingkah laku walaupun kita marah pada puak zionist Israel jangan sampai luruh abih nilai kesopanan dan kesusilaan kita..rukun negara no. 5 tu..tambahan kita orang muslim ..akhlak paling utama walau kita benci camna pun tang akhlak dan ilmu  la yang membezakan kita sama ada alim atau jahil . bukan pa Islam agama yang di pandang tinggi di sisi Allah takkan kita nak londeh sampai di pandang hina oleh penganut agama lain. contoh seperti di McDonald Dungun..jangan la kita terlampau melampau(extreme) kerana Allah dan Rasul suka pada sifat kesederhanaan.. cheq art bukan alim sangat dan bukan ustaz cuma sekadar peringat diri sendiri ja..

sumber google


cuma satu lg nak tau..lepas boikot McDonald ni nak buat pa plak..berhenti setakat ini atau sambung terus memboikot besar-besaran syarikat lain pula..dengaq kata ASTRO pun lantik perunding Israel..betui ka..kalau betui camna?? nk pejam mata ja atau genna (camna)..McDonald ni mungkin tak ramai orang pi makan, cheq art sendiri pun jarang-jarang..maklum la dia dok lam pekan kita dok kampung ja..tak padan nak berjalan jauh semata-mata nk tokak (gigit) burger dia nak pi restoran Ramly Burger pun lagi jauh nalla dok sampai kola lompo (kuala lumpur)..habih tadak kalau teringgin sangat pi beli burger tepi jalan anggap pi la cam McDonald..walaupun jauh langit dari bumi dia punya rasa..hahaha..tapi kalau ASTRO bukan takat  kot dalam pekan ja..malah dok pelusuh kampung mana pun ada walaupun kawasan tu nk buleh line internet pun merangkak lebih pada khorha(kura²)..tang rancangan jangan cerita la..oasis la mustika la ceria.. kalau yang suka hiburan dia layoq(tayang) Maharaja Lawak ..kalau hat(yang) suka bab agama dia layoq oasis.. hat suka muvie dia layoq Astro Fist..yang gila bola dia layoq Arena..yang suka katun dia layoq disney ka..boleh kata dari tokwan/toknek(datuk/nenak) sampai la ke anak cucu semua dia kutip tak tinggai sikit pun..bleh tahan ka..makan minum boleh la tahan cam bulan posa dulu sebulan tanpa miss..siap anak yang umoq 4-5 tahun dh ajaq posa sampai abis..

Ok la ni persoalan dia ..takat mana nk boikot McD..
adakah smpi bankrap McD seluruh malaysia?? Adakah smpi tentera israel berundur @ menyerah kalah??
Atau boikot sampai bila??
Selepas berjaya boikot McD ..siapakah sasaran seterusnya untuk di boikot?? Adakah Astro??
Ataupun hanya nk boikot McD ja syarikat lain tak payah..
Rasa2 hampa pikiaq camna..cuba kongsi pandangan di sini..

takpa la cheq art berhenti takat ni dulu..nanti cheq art sambung bahagian ke-2 plak wallahualamm...

BERSAMBUNG....
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment