Tuesday 30 July 2013

DINAR IRAQ DH JD CAM DUIT CAP DAUN PISANG

Salam & selamat sejahtera...

Pepagi ni jenjalan lam dunia maya dulu sblm wat kerja..skali Cheq.art ternampak 1 info yg menarik gak leh la kita menambah ilmu skit pepagi ni...sedara 1 malaysia kita share info ni di iraq berkenaan dinar iraq...bila baca ni baru Cheq.artz teringat masa memula masuk kerja masa tu tahun 2005 ada rakan sekerja lupa dh sapa n muka pon tak bapa ingat dia share tentang pelaburan Dinar Iraq..kan masa tu baru lepas perang Teluk II 2003 yg mana Saddam Hussien di tumbangkan..kawan ni kata masa ni paling sesuai utk beli Dinar Iraq sbb jatuh teruk dan lepas ni nilai mata wang tu akan stabil dan ramai akan jadi jutawan segera...ni maklumat yg Cheq.artz dapat dalam blog² yg dok promote Dinar Iraq...

Sebelum Perang Teluk, Dinar Iraq bernilai USD3.22 bagi setiap 1 Dinar (USD$3.22 = IQD1.00). ketika itu Saddam memerintah, dengan hutang yang banyak dan simpanan yang sedikit, itu pun jika ada.
Sekarang anda boleh membeli IQD41,800 wang Dinar Iraq yang baru hanya sekitar RM760. Sebab terjadinya keadaan ini adalah nilai IQD masih belum ditentukan oleh bank dunia.
Tahukah anda bahawa Dinar Kuwait bernilai setinggi USD3.00 sebelum Perang Teluk. Sebaik sahaja selepas perang, Kuwait mencetak wang kertas baru dan Bank Dunia
meletakkan nilai USD0.10 bagi setiap Dinar Kuwait. Kini nilai itu kembali ke tahap USD3.49.
Bayangkan jika anda telah membeli $1,000 Dinar Kuwait, anda akan memiliki USD34,900 @ RM129, 130 pada hari ini!

siap depa bagi tau lagi labur RM50 dpt 10,000.00 Dinar Iraq yg mana akan melonjak nilainya jadi menjadi tukaran RM 100,000.00 ~!!! tudia punya promote...skali pandang leh terpengaruh gak...tp masa rakan Cheq.artz promote dulu masa tu tahun 2005 la nie dh 2013...lom nampak perubahan pon..dah yg terbaru bila rakan kita dari Baghdad sendiri menceritakan tentang suasana sebenar di Iraq ..tima kasih adik Din Paka lintas langsung dari sana kelmarin...beringat sebelum kena ...baik buat kaji selidik dulu...bak Firman Allah 

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Cheq.Artz pon tak pasti tentang kesahihan info ni...jangan sampai buat naya kat orang lain kerana nak untung cepat dan jangan la plak menyekat rezeki orang lain jika itu peluangnya..


sebut bab duit susut nilai @ duit tak laku teringat zaman jepon dulu duit cap pokok pisang ..nak beli barang keperluan sampai kena bawak berguni...jangan jadi cam di bawah ni nak beli teloq 3 biji ja pon kena bawak not 100 bilion..hahahaha..tudiaaa..mmg billionaie toiiii...

nak tau dengan lebih lanjut pasai Dinar Iraq leh baca kat bawah...terbaru segar dari ladang..

sebelum jadi pa² Cheq.Artz tinggalkan kengkawan dengan lagu ni...









DINAR IRAQ – Atas dasar tanggungjawab
Antara kekeliruan rakyat Malaysia atau rela diperbodohkan atau semestinya azali mahu menjadi mangsa orang yg licik hanya kerana “aku mahu kaya”

Duit anda adalah hak anda dan jikalau anda hendak terjun kedalam lobang yang busuk teruskan sebab ia adalah diri anda.Tiada kena mengena dgn diri orang lain.

Semua manusia impikan kejayaan dan kekayaan.begitu jugak dengan saya yg mengharapkan kerja bersungguh-sungguh untuk kesenangan di masa hadapan.Pilihan dengan jalan mudah tipu daya atau jalan yg benar pastinya berliku-liku dan onak berduri.Lumrah dunia setiap kejayaan memerlukan pengorbanan dimana yg bulat tak kan datang menggolek dan yg pipih tak kan datang melayang.

Begitu ramai rakyat Malaysia yg menghabihkan duit beratus bahkan berpuluh ribu hanya untuk membeli DINAR IRAQ yg dikhabarkan akan naik setaraf Dollar Amerika suatu hari nanti.Sekarang 1 USD= 1300 Dinar Iraq.Bayangkan kalau membeli RM 3000 = Dinar 1.3 juta dan apabila diapungkan duit dinar Iraq akan setara dgn USD iaitu RM 1.3 juta. Itu sudah pasti kaya dengan RM 1.3 juta wang yang ada.Keyakinan ini di sokong oleh faktor2 dibawah:-

1) Iraq telah menukar mata wang baru sejak 2006 dgn membuang gambar saddam hussain
2) Pengeluaran minyak Iraq akan maksimum 12 juta tong sehari penghujung 2017
3)Kestabilan politik
4) keadaan di Kuwait suatu masa dulu dimana ramai yg telah jadi jutawan selepas bebas dari Iraq setelah 6 bulan ditawan.

Saya dan kawan2 sudah 4 tahun berulang alik kerja di Negara Iraq dalam carigali minyak.banyak dipelajari disini dan tempat ini umpama rumah kedua kami.Keadaan penghidupan rakyat kami fahami disamping jugak ekonomi, cara hidup,politik dan agama menjadi perhatian.Kami jugak mempunyai perasaan ingin kaya seperti rakyat Malaysia yg mengharapkan Dinar Iraq akan naik dan menjadi kaya raya.Kami boleh terus beli Dinar di dalam Negara Iraq tanpa perlu beli di tempat lain.Hakikatnya semua harapan hanya tinggal khayalan dimana ini semua adalah mainan sindiket yg bijak menggunakan kebodohan orang lain.

Sindiket ini mencetak Dinar Iraq sebanyak mungkin dan menyebarkan teori Dinar akan naik keseluruh pelusok dunia.Perniagaan yg bijak yg menjual kertas kosong untuk kaya.Mereka sudah kaya raya dengan menjual kertas kosong ini.Rakyat Negara china dalam 300 juta sudah membeli Dinar Iraq ini, India 100 juta orang, Indonesia 30 juta orang, Malaysia dan asia dalam 10 juta yg membeli.boleh dilihat hanya negara2 miskin yg teruja untuk kaya.Saya katakan ini semua hanya sandiwara untuk kaya dgn penjelasan dibawah:-


1) Rakyat dan kerajaan Iraq menggunakan USD dalam urusniaga
2) Semua contract minyak dalam USD
3)Kerajaan Iraq telah menyatakan Dinar Iraq tak laku di mana2 negara hanya di dalam Negara Iraq
4) Hutang Negara Iraq ke amerika 10 tahun lagi tak habih bayaq
5)Kalau anda bawak 20 ribu dinar masuk Iraq akan ditangkap dan 20 tahun dok dlm jail
6)dimanakah anda hendak menukar duit yg banyak itu dan siapakah yg akan menerimanya
7)Pastinya Iraq akan memperkenalkan matawang baru jika mahu diapungkan kerana duit yg berada diluar Negara akan menghancurkan nilainya
8)Dinar Iraq yg dibeli di Malaysia akan menjadi duit daun pisang.
9) Kerajaan mana2 negara tidak boleh ambik tindakan ke atas sindiket jual duit Iraq ini kerana Dinar Iraq sudah diperakui tak laku mana2 negara di dunia ini selain Iraq.

Percayalah tiada orang di dalam dunia ini yg akan menolong orang lain untuk kaya sama.cer try Tanya orang yg jual Dinar Iraq itu.Orang lain sanggup kaya raya seorang daripada mahu menolong orang lain kaya dgn cara yg senang.Pastinya jikalau betul saya dan rakan2 yg setiap bulan berulang alik Negara Iraq ini akan menjual segala harta di Malaysia dan membeli sendiri Dinar Iraq di Bank2 dalam Iraq.Untuk kaya raya jadi Billion Air.Pastinya billion air di dunia akan merasa cemburu diatas kekayaan senang saya.

“Walaupun Sedikit Tetapi Masih Banyak Yang Ada”
Seperti dulu kini selamanya tak pernah berubah
Adik Din Paka @ Negara Baghdad Iraq 30 July 2013

4 comments:

  1. duit makin susut nilai.. barang semakin mahal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul tu mizz ...robet kiyosaki kata duit di cipta untuk susut nilai... RM500k skang lg 20 tahn akan jd RM300k ja..kata dia la...

      Delete
  2. truk btul ye jatuh..kecian pula kt diorg..kdg2 xfham juga dgn nilai mta wang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu perang memang kompom jatuh teruk..ekomoni jatuh nilai mata wang jugak akan jatuh..nk bgn tu yg pedih..dh 10 thn dh iraq tak leh bgn..

      Delete