Thursday 4 July 2013

Rampasan Kuasa di Mesir






















Mesir: Puluhan penyokong Morsi terbunuh

Harakahdaily,04 Jul 2013
MESIR: Puluhan rakyat Mesir dilaporkan terkorban diserang askar dan polis negara itu dalam himpunan dibeberapa buah bandar bagi mempertahan kepimpinan Presiden Morsi.

Insiden tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas tentera Mesir mengumumkan rampasan kuasa sekaligus menggulingkan Morsi.

Web Ikhwanonline melaporkan di bandar Iskandariah, sekurang-kurangnya 10 terkorban manakala 200 orang cedera ketika ribuan penyokong Morsi berhimpun di Dataran Sidi Bisyr. (samb) 
Mesir : puluhan penyokong Morsi terbunuh

--------------------------------------------------------


Salamz dan selamat sejahtera... lama betul Cheq.art tak updated blog maklum la sedikit sibuk...hari terdetik untuk updated bila tgk berita yang mengejutkan apabila presiden Mesir yang di lantik melalui pilihan raya telah di gulingkan oleh pihak tentera..

 Cheq.art tak pasti sebab pa beliau di gulingkan dan kenapa rakyat mesir tidak puas hati..kebetulan td Cheq.art berborak dgn sorang rakan lama..sesambil tanya habaq banyak benda la yg kami sembang sampai la bab cerita Mesir ni...

menurut rakan ni...dia kata rakyat Mesir bangun memberontak sebabnya Morsi ni dikatakan pro- Israel , presiden ni sanggup buat hubungan diplomatik ngn Israel tp pada masa sama memutuskan hubungan dengan Syria..

antara lainnya kata rakan Cheq.art ni..Morsi nak buat pinjaman dengan IMF yang di katakan Ah Long berlesen sehinggakan meletak syarat yg tak munasabah...

lagi satu bebaru ni tentera palestin di bunuh di sempadan Mesir kalu tak silap berdekatan dengan tanjung Sinai dan ini menyebabkan rakyatnya marah, pasai depa gulingkan Hosni Mubarak sebab Pro-Israel dan berharap perlantikan kerajaan baru yang di pimpin oleh Morsi ni Anti-Israel..tp jangkaan depa meleset sbb tu pakat bangun guling kerajaan Morsi atas bantuan tentera...

dan ada juga yang menyokong Morsi...dan kata Morsi berlaku adil dan membina negara Mesir sehinggakan golongan Liberal n penyokong Hosni Mubarak tidak puas hati dan memberontak...antara kebaikab @ dosa ( kata geng Liberal ) ni ialah :- 



Walaubagaimana pun itu pandangan mereka....memasing ada hak untuk utara pandangan..sama ada cerita ni benar atau tak HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI..pasai kita tak dok lam negara tu... yang paling penting biarlah negara kita tidak terjerumus dalam kancah yang sedemikian..walaupun ada perbezaan pendapat/politik/agama/keturunan/latar belakang ..biar lah sesuatu perkara di selesaikan dengan cara yang berhemah ...
PEACE NO WAR~!! 
WALLAHUALLAMM..






No comments:

Post a Comment