Monday 17 December 2012

Suri Rumah..terpaksa @ Rela

gambar hiasa
Kalau kita lihat kat pusat-pusat pengajian tinggi golongan wanita lebih daripada lelaki dan golongan cerdik pandai ni bertambah dari masa ke semasa. Dengan harapan dan cita-cita yang tinggi yang di semai ketika dalam pengajian supaya menjadi yg cemerlang, gemilang dan terbilang dalam pusat pengajian tinggi . Maka pakat pulun lah masing-masing bagi mencapai tahap yang tertinggi  dengan pelbagai anugerah ..dekan dan sebagainya.
gambar hiasan

Setelah tamat pengajian maka berpusu-pusu lah para wanita  kat luar sana berkejaran membina career sebagai engineer, doktot,pegawai, eksekutif, usahawan dan sebagainya . Dengan mempunyai pendapatan sendiri maka pakat aturlah urusan perbelanjaan memasing sbb pompuan ni bab belanja memang menang kat depa bukan semua tp kebanyakan la..bila dh kukuh/selesa jumpa plak dengan jejaka idaman maka membina mahligai lah mereka itu..

gambaq hiasan
Bila dah masuk alam rumah tangga ni memang la seronok ..tak caya kalu tanya orang yang baru kawen...hahah..rasa " dunia serupa ana yang punya " cuti ni kalu buleh nk sampai setahun, cuba tengok kalau yang baru kawen cuti pendek dok jauh plak..boleh teriak pasangan...Masa ni mmg sangat seronok sebab duduk berdua siang malam, keluar berpegangan tangan ..tak payah nak sorok-sorok/ tebai muka..makan pun aku suap hang suap aku..mmg seronok sangat..betui la kata Tan Sri P Ramlee..hujung minggu pi tengok wayang, karaoke..jenjalan dan sebagainya..

dalam dok seronok jadi suami/isteri..tup..tup..di kejutkan dengan berita akan kehadiran orang baru..maka bergembira dan besyukur kerna waris keturunan depa dah ada...maka pakat bersiaplah untuk memegang tanggung jawab yang lebih besaq lagi iaitu dari Suami/Isteri menjadi Ayah dan Ibu...bila tiba harinya pakat seronok la  dapat cahaya mata..dulu dok main ngan anak patung beruang..haaaa..la ni mai yang betoi punya..apa lagi berkepit siang malam kengkadang sampai ke tempat tidoq..bunyi ekk..skit ja pakat bangun tengok kot nyamuk/semut ketit (gigit)..tapi pastu tak jaga la kalu teriak pun..terutama si suami hehehe..bukan semua tapi ada..daripada sorang anak sampai la 3-4 anak , punya lah bahagianya depa..maka tibalah saat dan ketika sama ada perlu untuk bekerja atau dok rumah jaga anak @ Suri Rumah sepenuh masa. Adakah ketika ini ianya menjadi Rela @ Terpaksa....mari kita pakat kupaih lagi nanti..lam bab berikutnya..nak kena pi masak plak...


     

No comments:

Post a Comment