Monday, 5 August 2013

aikk..dah tukar trend ka..tak tembak meriam buluh.. tp tembak orang pulak..


Salamzz..
biasanya bila tiba musim perayaan ..agak² cerita apa yg selalu menjadi perbualan...mesti la cerita kemalangan & juga main mercun putus tangan dan kaki...cuma blom ada putus kepala ja main mercun..tapi musim 2013 ni pelik skit...ada satu lagi tambahan cerita sensasi iaitu kisah kena tembak..sedia² sekarang ni kes tembak di dada² akhbar..dah jd musim kot..musim tembak menembak..kalau tengok pada statistik bawah ni..sepanjang bulan posa ja 10 kes tembak orang..bukan tembak meriam..zaman la maju & nak kiamat agaknya kot..dah kurang main tembak meriam..la ni pakat dok gila main tembak orang plak..iskk..iskkk


pelik gak Cheq.Artz awat banyak sangat kejadian tembak orang ni..dah abih dah ka rusa, kijang ngn ba.alip.ba.ya ..lam hutan yang dok seronok memburu orang plak ni...bila cek balik rupanya murah sangat nak bunuh orang malaysia ni...RM1000 jer..


ni kira paling murah la..pasal ada yang kata RM5000 ..tapi pun assasin ni ada kategori gak...amatur , semi profesional dan profesional..kalau hat amatur ni kira tinggai kesan la..

Jadi Cheq.artz nak ingatkan diri sendiri dan kengkawan zaman sekarang ni jangan dok buat main la..sungguh pun negara kita mempunyai anggota keselamatan tapi main ngan puak assasin ni supa ngan askar gerila la susah nak kesan ..tup..tup..phangg~!! kena tembak..malang tadak bau..jejaga kita tak tahu sapa kawan sapa lawan kita ..bila buat benda yg menimbulkan kebencian orang lain silap hari bulan kalau bukan kita mungkin keluarga kita jadi mangsa..



'Upah bunuh kini cuma RM1,000'
3:56PM Ogos 5 2013
Selepas akhbar Singapura melaporkan dakwaan pembunuh upahan boleh diperoleh dengan RM5,000 di Malaysia, akhbar tempatan pula hari ini melaporkan harganya lebih rendah lagi.

Sebuah harian berbahasa Melayu melaporkan pembunuh upahan boleh diupah serendah RM1,000, yang ironinya menepati tajuk kontroversi The New Paper Singapura bahawa "death is cheap" (murah untuk mati) di Malaysia.

NONEDalam temubual dengan Sinar Harian,penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar ditanya sama ada faktor upah serendah RM1,000 punca peningkatan pembunuhan menggunakan senjata api.

"Ya, tetapi bukan faktor itu sahaja. Kini senjata api boleh disewa dengan kadar harga yang murah.

"Malah ada senjata api daripada negara luar, yang terpakai boleh dibeli dengan harga yang lebih murah iaitu pada kadar RM700 ke bawah," beliau dipetik sebagai berkata.

Akhbar Satar yang juga presiden Transparency International-Malaysia berkata ramai orang tempatan mempelajari cara menjadi pembunuh upahan dan kaedah membunuh melalui internet.

"Penjenayah ini boleh dikategorikan kepada 'contract killer' iaitu amatur, semi profesional dan profesional.

"Di negara ini, ramai yang terdiri dariada semi profesional dan apabia melakukan pembunuhan, masih meninggalkan bukti yang membantu pihak polis melakukan siasatan," beliau dipetik sebagai berkata.

sumber malaysiakini

Adoyai..len kali jgn dok babit anak ..kan dah kantoiii...


Salam ...

pagi tadi lam jam 8.00 pagi Cheq.Artz di kejutkan dengan sharing dari FB berkenaan budak hilang nama siti aishah kot...maka pakat gempar lah dan pakat share lah..tapi bila baca balik pelik rasanya sebab maklumat penculik semua dah tahu..bila persoalannya detail penculik semua dapat tahu siap ngn no.tipon , no plate dan sebagainya...riuh gak sepagi pakat dok share..

tup..tup...jam 3.00 petang tadi adik aisyah ni berjaya ditemui...dan berada di balai polis teluk kumbaq Pulau Pinang...maka lagi la bertambah hairai...kalau penculik profesional pakai payah nk jumpa...hurmm...something wrong somewhere...akhirnya baru tahu cerita sebenar bila baca laporan polis yang di buat oleh ibu si anak kecil ni...


Rupanya masalah pribadi ja bukan lah berkaitan dengan sendikit penculikkan kanak-kanak pon yang amik anak ni pon boypren ibunya..... Cheq.Art tamau sentuh la masalah depa..
tapi nak peringat pada diri sendiri dan kengkawan len...tayah la dok babit org no. 3 dalam masalah kita..kalau ya pun sonok sangat bercinta..jangan lah sampai anak jadi mangsa..kalau kantoi kang sapa susah sendili gak...len kali jangan buat lagi naaa...
Cheq.Artz nak ucapkan syabas kepada rakyat malaysia yang sama prihatin dalam berkongsi maklumat sehinggakan keluarga bopren si ibu ni menyerahkan kembali anak ini kepada ibunya


Sunday, 4 August 2013

Malehnya....

Salamzz..

malehnya nak kerja ...hahaha..mungkin pasal nk raya kot...nak kata meriah sangat tu tak da la..biasa ja...mungkin pikir nk balik kampong kot...maklum la tahun ni balik terengganu...GANU KITOOO..HOYEEHH~! ..kalau ikutkan hati dah amik cuti dah..tapi tak buleh plak sebab ada last Program petang ni..Mejelih bukak posa Menteri Besar Kedah...HuyOOOo~! mesti syok kan?? syok pa..bukan jemput makan..tapi jemput bertugas sebagai Pengacara Majelih..lama tak buat kija ni...hahaha..rasa nk pencen ja  jd MC ni..nk cari pelapih baru lak..ok lah nk mengarang skrip plak...pa pun yang mana dah balik kampung Cheq.Artz ucapkan selamat jalan..hati-hati di jalan raya..selamat bercuti dan selamat Hari Raya ..