Friday, 2 August 2013

Program ihsan ramadhan & aidilfitri



Salamz...

Lepas solat jumaat td ada satu program penyampaian sumbangan oleh Exco negeri kedah kt Serdang..bantuan ni di taja oleh Yayasan 1MDB..ikut apa yg di ucapkan oleh exco kerajaan negeri kedah..Pn sabrina..bukan semua tmpt dpt sumbangan drp yayasan ni..daerah merupakan antara yg bertuah..sumbangan ini diberikan kepada penerima yg belom pernah terima apa2 sumbangan..



penerima-penerima sumbangan dalam daerah bandar baharu yg blom terima bantuan memana agensi..ramai gak 110 org..antara yg menariknya bantuan 



& sumbangan ini diberikan tanpa mengira parti ..Alhamdulillah baguih gak la ada juga masa rehatnya kalau tak perang mulut tak sudah..lom masuk gambar & vids lagi..kata lam sejarah islam Puak Quraysh pon ada stop perang sebab hormat bulan jgn kita yang islam ni dok seronok perang tetambah lam bulan posa ni...ecehhh ..bukan berleter tp nasihat pada diri sendiri...


Pn. Sabrina (Exco Kerajaan Negeri Kedah @ Adun Bandar Baharu ) dok menyampaikan bantuan..Cheq.Artz seronok bila tengok orang yang memerlukan di bela..tapi satu ja yang kurang seronok mai bulan posa ja jenuh bantuan turun ..bila mai bulan len sepi ja..harap bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat ja...mana dia individu , Tokey-tokey, GLC , Syarikat², Bank²..dh bangkrap ka atau tak berapa nak untung..sebenarnya kalau lah memasing amik peranan bantu membantu rasanya kita boleh menikmati zaman Khalifah Umar bin Abd. Aziz...

Pertandingan Kecerian Merdeka dah start...duit raya..duit raya...

Salamz...

Hari ni dah 2 hb ogos bersamaan 24 hari dh posa ...lagi tak sampai seminggu nak raya maka pakat dok bersiaplah diri, keluarga. rumah  dan sebagainya..ada juga yang dok bersiap pejabat , sekolah dan sewaktu dengannya...haaaa...alang-alang dah bersiap tu Cheq.Artz nk bagitau bulan ni disamping bulan posa dan bulan raya..bulan ni juga ialah bulan nk sambut merdeka..jadi sempena tu Jabatan Penerangan Malaysia akan mengadakan 'PERTANDINGAN KECERIAN MERDEKA' ... 
pertandingan bermula semalam 01 Ogos 2013 dan akan berakhir pada 12 Ogos 2013 iaitu hari raya ke-5..

pertandingan terbuka pada semua...ada banyak kategori..nk bagitau banyak sgt cuba hangpa tengok mana satu berkenan di hati...hehehe
dengar kata hadiah dia pun riban-riban (ribu-ribu) gak..cuba pi la ..mana nak tau rezeki lepaih raya..org len raya seminggu kita raya sebulan...hahaha..tapi satu ja yang tak syok awat la depa tak buka untuk kategori Blogger leh kita hias blog kita ..kan..janet..kan..kan..kan.. ok lah...borang atau pertanyaan lebih lanjut boleh berhubung dengan  PEJABAT PENERANGAN DAERAH/ WILAYAH / NEGERI masing-masing @ yang berdekatan..


Thursday, 1 August 2013

Anak CAp Apa nih??



Salamz & selamat sejahtera.....

Seperti yang dijanjikan hari ni Cheq.Artz nak berkongsi satu kisah yang dapat bebaru ni...

Berbaru ni Cheq.Artz bersama Geng NewTownCrew  telah melaksanakan satu program JELAJAH KASIH ...program masuk kampung mencari orang susah untuk sampaikan sedikit bantuan barangan keperluan dapur...bantuan ni tadak la hebat sangat tapi sekurang-kurangnya meringankan beban terutama bulan posa...tiba di satu kampung ni terdapat sebuah rumah yang usang...kata jirannya rumah ni didiami oleh sepasang warga emas yang uzur..lingkungan 70 an...mana tak uzurnya yang nenek ni tak boleh jalan ..katanya jatuh bilik air ...jadi nk pi mana pon kena kesot ..isk..nk panggil pa tatau bahasa buku nih..kira bergerak guna tangan la.. nak masak ka basuh ka..apa saja yg di buatnya terpaksa bergerak guna tangan...

Sedih nenek ni bila ceritakan tentang anaknya..

pasangannya tokwan ni pula...mata tak nampak..buta kalu tak silap...memang tak bergerak sangat la cuma duduk ataih kerusi..kata orang kedah kerusi malaih..kalau tempat len tatau panggil pa...bila sembang-sembang bukan lah temuramah cam wartawan..cuma tanya habaq berkenaan anak..
Diam tak terkata bila isterinya bercerita tentang anak mereka

bila tanya pasai anak..Depa kata anak ni ramai...dok key-L (Kuala Lumpur) pon ada Cool-Aim (Kulim) dan paling dekat dalam kampung ni ja...
"LOk~!! ..dekat ja..awat dia tak ajak dok skali?"..kami tanya
sesi tanya habaq oleh pegawai penerangan
"Tah la..dia suruh kami dok sini" ujar nenek tersebut..katanya lagi anaknya tu selalu jugak mai jengok mak & ayah dia..kita ingat ok la pasai mai(datang)  jengok..tapi tak juga ..sebab bila dia mai (datang) bukan lah nak meringankan beban mereka ni...malah di maki hamun mereka ni dan berleter kepada mereka ni...iskkk~!! berderau gak darah Cheq.Artz bila dengaq camtu..wayar putuih ka anak dia ni sampai buat macam tu kat mak & ayah dia...yang nk marah sangat ni bukan pa..dah la mai tak tolong pastu dok maki hamun & berleter.."pengotoq la mak ni..rhumah tak rheti nk kemaih ka"..iskk..nk kemaih camna ..mangkok hayun punya anak..mak hang tu dok sakit jalan pun tak bleh..kalu Cheq.Artz ada time tu mmg kena lesing pat² siku lipat dah...

tu dah satu bab...bab yang ke-2 plak ialah bila orang mai bagi bantuan si anak ni akan ambik dan buang barang yang orang kasi...sampai jiran² pon takut gak..ada la yang simpati secara senyap mai tolong apa yang patut..besiang(potong) ikan..nk mai pun kena tengok time anak dia tadak..kalu tak siap la kome...

Kain selimut yg di sumbangkan..akhirnya ke tanah

yang lam gambaq ni lah contoh barang yang beri @ sumbang oleh jiran tapi akhirnya ke tanah juga..pelik juga kalau pikir awat la nk dok siksa mak hang...takkan hang nak jadi serupa israel kot...


ni lagi satu barang yang orang sumbang kena buang oleh anak pompuan yang mangkok hayun ni...jadi kalau nak mai hantaq pa² pun kena pastikan anak dia tatau..


ni keadaan dapur umah pasangan ni...lalat pun banyak..


bilik tidur depa..tak tersusun ..elok skit ni pon pasai jiran dia kemaih ..mungkin pasai tau tetamu nk mai kot...


Yang baju oren tu la yang dok mai jengok (tengok) pasangan ni amik berat tentang makan minum pasangan ni...




haiiihhh..tak tau la zaman la ni pasai dekat nk kiamat sangat dah kot...dekat mak & ayah sendiri leh wat camtu mungkin ada kisah disebaliknya masa dedulu ni yang buatkan anak ni sanggup jadi melampau ...tapi yang Cheq.Artz tau mak ni mak tiri jer..camna pun tetap mak kita beringat la jangan smpi tak bau syurga sudah la...sebelum kami balik dia ada pesan suruh tolong sampaikan salam pada wakil rakyat ..hahahaha..masa ni lah wakil rakyat nk beraksi setelah di pilih bebaru ni...ok sampai sini dulu...