satu artikel pasai ikan yg tadak sisik yang di ambil kat blog NewtownCrew mungkin boleh di kongsi dengan rakan-rakan len ..bab hukum ni cheq.art tak pandai mungkin yang pandai boleh kongsi..ikan keli sgt di gemari terutama org melayu kita..sejauh mana kebenaran wallahuallam...yg pasti cheq.art memang tak makan keli malah ikan sungai/darat memang tak lalu...my fabret cuma ikam temenung @ kembung..tu pun yg bersaiz kecik...yg berborek mintak maap mmg tak lalu...hehehe
Satu
kajian di Jepun mengesahkan bahawa jenis ikan yang tidak bersisik
membawa risiko yang tinggi kepada kesihatan. Samada ikan jenis dari laut
atau sungai seperti patin dan keli atau ikan laut seperti pari(sekadar
menyebut). Risiko ikan jenis tidak bersisik adalah kerana ia mengandungi
kandungan RAKSA (MERCURY) yang tinggi dari ikan bersisik. Kesan rak
sa kepada seorang wanita mengandung yang kerap makan ikan tidak bersisik
, insya ALLAH bakal melahir bayi `down syndrome’ . Kesan raksa yang
lain adalah kandungan toksid yang tinggi dalam darah yg menjurus kepada
penyakit kronik.
“Wahai
sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi
baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya
Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu..”(Al Baqarah,
2:168)
Oleh
kerana makanan dan minuman adalah penting untuk keberterusan umat
manusia, maka Allah telah memberi panduan yang terang tentang apa yang
boleh dimakan dan apa yang tidak. Sebagai tambahan, kita juga telah
diberi tunjuk ajar tentang adab dan sikap dalam makanan. Secara
langsung, makan dan minum telah menjadi satu cara untuk menunjukkan
kesyukuran kepada Allah swt, dan dengan mematuhi peraturan syariah,
seseorang itu telah menunjukkan komitmen beliau kepada agamanya.
Kita
dibenarkan memakan sebarang ikan asalkan ia mempunyai sisik. Makhluk
laut yang lain seperti ikan paus, yu, ketam dan lain adalah haram.
Satu-satunya pengecualian adalah udang, yang mana dibolehkan untuk
dimakan.
Untuk
membolehkan ikan itu halal dimakan, maka ia mesti diambil dalam keadaan
hidup dari air tanpa mengira siapa yang menangkap atau cara
menangkapnya. Untuk lebih lanjut, baca di sini.
Kajian
saintifik telah semakin maju dan semakin ramai doktor dan pakar
pemakanan menggalakkan penambahan ikan atau minyak ikan sebagai
sebahagian dari diet. Kajian menunjukkan memakan ikan sekali atau 2 kali
seminggi akan membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, yang
mana merupakan sebab utama penyakit jantung.
Ikan
bukan sahaja merupakan makanan yang mudah dan cepat untuk disediakan,
malah ia mudah dihadamkan, berprotein tinggi, rendah kandungan sodium
dan kalori. Ini dapat difahami apabila para pengguna yang mempunyai
kesedaran kesihatan sudah mula menjadikan ikan sebagai alternatif kepada
daging merah.
Berhati-hati dengan ikan tanpa sisik
Sangat
menarik diperhatikan, peraturan makanan Kosher (agama Yahudi) turut
mengharamkan memakan ikan tanpa sisik. Ini telah menyebabkan banyak
sekali makanan yang lazat seperti kerang,siput,ketam,belut dan lain-lain
“dibuang” dari senarai makanan.
Jelas
sekali Tuhan yang maha esa mengetahui perkara yang mana bertahun
lamanya untuk saintis membuat penemuan. Sekarang kita mengetahui bahawa
ikan yang bersisik mempunyai sistem penghadaman yang menghalang
penyerapan racun dan toksin ke dalam daging mereka.
Ikan
keli adalah contoh ikan tidak bersisik. Ikan pembangkai ini mempunyai
sistem panghadaman yang menyerap toksin dari air. Ketam, lobster, kerang
dan sotong tidak mempunyai sisik dan diketahui bertoksid tinggi. Mereka
menyerap segala toksin secara semula jadi dari air di sekeliling
mereka. Menarik juga untuk diketahui bahawa lobster dan ketam adalah
krustasia yang merupakan sebahagian dari keluarga antropod, termasuklah
lipas, labah-labah dan lipan.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment