Masa jenjalan lam dunia internet tadi tetiba terjumpa artikel lam berita semasa.com pasal harga rumah dulu dan sekarang...sekali baca artikel ni terkejut la gak bila tengok harga rumah...pada yang dah beli mungkin boleh menarik nafas lega walau pada hakikat jenuh menarik tali pasai dok ikat perot tuk bayaq harga rumah yang di miliki..walaupun tidak mengikut cita rasa kerna beli rumah sebab mampu yang tu.. bukan sebab suka yang tu...kat mak pun tak bayaq banyak tu..kengkadang misss terus sbb nak sara rumah ngan keta...Bagi wanita yang teringin nk jadi Housewives & Full Mom..terpaksa menangguh cita-cita bila tgk harga rumah..yang mana dh jadi suri rumah terpaksa cari sampingan yg lain..yang tak abih ngaji lagi..pulun la bg dapat anugerah yg di tawarkan kat pusat pengajian tinggi bagi menjamin pekerjaan..yang tengah dok cari kerja..cari lah 2-3 kerja yg leh balun sehari..makan bitamin bebanyak bagi sehat & kuat..mana tak nya cuba hangpa baca..
Antara 1970-2012 : Harga Rumah VS Peningkatan Pendapatan?
Jikalau sebelum ini pembaca Berita Semasa mungkin sudah membaca laporan DI SINI
yang menjangkakan rakyat Malaysia perlu berpandapatan RM12,000 sebulan
untuk membeli sebuah rumah teres yang berharga RM800,000. Iaitu 8 tahun
daripada sekarang. Bersedialah semua di sini….
Hakikat dan realiti harga rumah semakin melonjak tinggi berkali ganda ketika ini sedangkan….. perbezaan peningkatan GAJI rakyat Malaysia tidak banyak berubah. Belum dimasukkan sekali peningkatan kos barang-barang lain….
Akhirnya golongan pertengahan dan berpendapatan rendah memiliki rumah akibat harganya yang semakin tinggi saban tahun.
- Kos sara hidup meningkat tinggi tak seimbang dengan pendapatan kalangan rakyat Malaysia
- Gaji nak 13% harga barang pula naik sehingga 70%. Itupun kenaikan gaji tidak tidak meliputi kesemua golongan yang berkerja di Malaysia. Bergantung dengan majikan masing-masing. Ada yang naik ada yang tidak……Ada yang terpaksa menuntut berkali-kali, ada yang hampir pasti menunggu habuan besar setiap tahun
- Manakala, kenaikan kos sara hidup tetap perlu ditempuh
- Akhirnya golongan pertengahan dan berpendapatan rendah memiliki rumah akibat harganya yang semakin tinggi saban tahun.
Dan bagi sudah tiba masanya untuk
Dasar Perumahan Negara perlu dikaji semula supaya dilihat sesuai
dengan peredaran zaman & realiti yang berlaku hari ini. Sedangkan,
kita masih lagi menggunakan dasar lama yang masih tidak dikaji semula
Keadaan (harga) tanah semakin tinggi, tetapi dasar kita masih dasar yang ke belakang
- Penetapan kadar harga rumah mampu milik juga perlu dikaji semula kerana kadar RM200,000 hingga RM400,000 pada masa ini masih tidak mampu dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana dan rendah di bandar.
- Pemaju yang sanggup bina rumah mampu milik, pelannya diproses dengan kadar segera supaya dapat membantu menurunkan ‘holding cost’ dan rumah boleh dibina pada kadar harga lebih murah
- Kerajaan mewujudkan bank tanah dengan bertindak membeli tanah yang boleh dibangunkan di seluruh negara bagi mengawal kenaikan harga rumah di masa akan datang
- Lain? Ada nak tambah?
Satu Lagi Masalah Riba di Malaysia :
Ini satu lagi masalah bagi kami perlu sangat dikaji semula. Sangat menindas rakyat!Pinjaman Tanpa Faedah(andaikata ia wujud di Malaysia)
Pinjaman Dengan Faedah (Inilah realiti yang berlaku hari ini)
- harga rumah rm200,000
- tempoh bayar balik 25 tahun (300 bulan)
- pengiraan pinjaman:-RM200,000/300 BULAN = RM666 SEBULAN! Ini jumlah yang sepatutnya anda bayar setiap bulan
P/S : Persoalannya, berapa ramaikah orang muda memiliki pendapatan RM6,000 sebulan sekarang bagi mengadapi beberapa lonjakan harga rumah untuk beberapa tahun mendatang?
- Harga rumah RM200,000
- Tempoh bayar balik 25 tahun (300 bulan)
- Faedah (riba) 6% setahun (ikut standard)
- Pengiraan pinjaman:- 6% setahun x RM200,000 = RM12,000 setahun (faedah = riba)
- RM12,000 x 25 tahun (tempoh pinjaman) = RM300,000!! (faedah = riba)
- Jadi, harga rumah RM200,000 + RM300,000 (faedah =r iba) = RM500,000
- RM500,000 / 300 bulan = RM1666
- Kepada pembuat dasar negara? Adakah mereka sedar atau tidak? RIBA yang bagi kami sangat-sangat tidak munasabah dan berperikemanusiaan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan pertengahan di Malaysia!!