Monday 22 September 2014

Konvoi Merdeka Ala Sharif Dol



Salam...

Kita baru sahaja selesai menyambut Hari Kemerdekaan Negara dan Hari Malaysia...apa yang cheq.art nak kongsi kali ni ialah sambutan kemerdekaan ada konvoi keliling kampung ..yang best nya kali ni cara konvoi ialah pemimpin tempatan memakan pakaian zaman dahulu..

Sambutan merdeka yang di adakan di Mukim Relau Bandar Baharu Kedah di adakan setiap tahun . tahun lepas dh buah yang mana cheq.art sorang ja berpakaian ala Sarip Dol..style lama la..tapi kali ni pemimpin tempatan plak..Penghulu..Pengerusi JKKK ..Guru Besar dan lain-lain..


Ni gambar Cheq.art tahun lepas masa sambutan hari kemerdekaan.. kali ni giliran pemimpin masyarakat plak berpakaian lama..



mana tau lepas ni plak tahun depan Cheq.art dan pemimpin setempat nak buat besar-besaran bagi pemimpin peringkat negeri plak berpakaian orang dedulu dan konvoi ngan basikal masuk kampung ..sebenarnya bagus gak biar pemimpin ni tengok kampung sekurang-kurang boleh lihat keadaan dan masalah dalam kampung daripada harap dengar cerita orang kampung ja...




Bagusnya bila Guru Besar sekolah SK Relau dan juga pelajarnya turut sama-sama kasuh basikal keliling kampung..tak la cam guru besar dok lepak lam pejabat cuma arah..pelajar semua kena buat..yang ni cheq.art puji guru besar dan anak murid sama-sama kasuh basikal..





sempat lagi bergambar di hadapan sekolah SK Relau ..tima kasih semua ..memang penduduk Relau ni sporting abis..

Jumpa lagi tahun depan di program yang sama jika umur panjang...

Saturday 20 September 2014

Nak jadi wartawan plak ka??


salam...
Apa perasaan korang bila jd wartawan..??

Satu lg pengalaman cheq.art apabila terpaksa jadi wartawan temuramah..bkn wartawan menulis hehe..
Sebenarnya tak masuk memana TV pun nampak ja eksyen lebih..ni cuma utk Projek Video Korporat Pejabat ja tadak kena mengena ngan memana TV/Radio di malaysia mahu pun di dunia..

yang penting pengalaman..susah juga no..walaupun cikai-cikai (biasa-biasa) ja tetapi rupanya ada teknik juga..che.art tadak la blajaq kat memana tetapi bila kita buat dan lihat balik rupa ada kelemahan-kelemahan yang perlu di perbetulkan..

1.  Soalan yang jelas..penggunaan perkataan yang mudah pelanggan/respoden faham..kalau tak dia dok        ulang tanya kita balik ..hahah..
     "Haaa..apa dia?? skali lagi?? ulang balik??"

2. Jarak kita dengan Responden jangan terlalu dekat..bukan kita yang nak Glemer..nak kasi dia                   glemer..senang Kamera nak fokus tak kira la close up atau pun angle separuh badan yang penting          jangan kita pi dok tempek muka kat kemera..

3.  Penggunaan microphone @ rekoder jgn terlampau dekat mulut..jangan sampai nampak nak tojoh            (sumbat) dalam mulut dia ..seeloknya letak di bawah dagu supaya selesa dan tidak menghalang bibir      dari mengungkap kata²..

Ada lagi yang nak tambah??? sila oOo sila..

Sesi temuramah bersama Pegawai Penerangan Daerah Kubang Pasu
En. Harun Kareya

Program ini ialah Program Info Komuniti 1 Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Bersama RELA dan masyarakat Setempat .. cheq.art ngn team cuma turun utk amik maklum balas terhadap Program dan keberkesanan penyampaian maklumat.

Banyak lagi yang perlu di pelajari kalu nk temurah responden..mungkin rakan pembaca ada tips atau ilmu dari segi kewartawanan yang nak kongsi dalam ni silakan ..Cheq.art sgt alu-alukan boleh di kongsi dengan ramai orang supaya kita boleh membina asas keyakinan diri bila berdepan dengan orang ramai..salah satu  kelemahan ramai orang ialah berdepan dengan ramai orang..tul tak??

Bukan senang nak jadi serupa Karam Sing Walia..ni pun cuma amik secebis pengalaman saja dari keseluruhan ilmu kewartawanan..








Wednesday 17 September 2014

Rezeki Jangan Di Tolak


Salamz..

bab kata perpatah 'REZEKI JANGAN DI TOLAK..MUSUH JANGAN DI CARI' ..

Al-kisah cheq.art bersama Abg Zul (baju oren) menjalankan tugas membuat persiapan untuk Program Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Daerah..setelah selesai kami pun singgah minum sebentar sebelum balik ke pejabat, sekali tersempak dengan Pak Lang Ghani .. 

setelah bertegur sapa ..disemawanya (diajaknya) kami ke kebunnya..mula tu menolak la juga sebab nak balik ke pejabat..tapi tu la..katanya berhajat nak bagi benda maka pi la kami ni tamau bagi pak lang ni kecik hati..

sampai ja di kebunnya..tudia nalla punya banyak buah yang di berikan kat nk penuh keta sorong..
"banyak sangat ni pak lang" kata bang zul..
"tak pa rezeki hangpa..biar pun dok rosak ja..pak lang bukan buat jual" kata pak lang

kalau di hitung beratnya mau berpuluh kilo..



camna pun tima kasih pak lang Ghani atas pemberian ..moga Allah meluas dan melimpahkan rezeki kepada pak lang Ghani..Aminnnn..

Pak lang Ghani ni bekas tentera dan sangat baik orangnya ..mmg seorang yang ringan tulang dan mudah mintak tolong..Program pejabat selalu dia turun dan support..

kata orang tetua tak rugi berbuat baik pada orang..

Tuesday 16 September 2014

cendol maveles



Salam ...

antara menu yang cheq art tak suka makan ialah cendol n ABC ..tapi kali ni dh lain dh jd peminat cendol
sebabnya kerna di jamu oleh cendol yang maveles ni .. memang sempoi pada cheq art sebab rasa semua berlemak dan berkrim..

kalau sapa yang duduk area Parit Buntar, Nibong Tebal, Bandar Baharu mungkin pernah rasa kalu tak dan tinggin nak rasa leh la pi kat Kiosk Seri Ampangan kat taman perkaka, nibong tebal. dia jual skali ngn laksa..laksa pun sempoi..


kalau nk pi kat sini tempatnya..lupa nk snap gambar gerai..gerai biasa ja tp sedap..pada cheq art la..


lama dah tak makan baru ni pi cendol dh sold out.. kalau pi lebih dari kul 6.00petang..ikut nasib la ..kalau ada rezeki berpeluang la rasa...

Sunday 7 September 2014

pengulas lintang pukang

Salam..
Antara pengalaman yg tak leh lupa ialah bila di tugaskan menjadi pengacara majlis (MC) untuk pertandingan akhir bola sepak Majlis Daerah Kubang Pasu..VIP ialah exco belia sukan negeri kedah

Walaupun mmg dh biasa menjadi pengacara majlis memana program termasuk program menteri..tapi yang ni leh skit sbb masa jadi MC.  Bila masuk masa nyanyi lagu negaraku..baru serangkap ja tetiba PA sistem tak fungsi..senyap abih semua ..Ahhh sudah!! Semua tengok kt MC termasuk EXCO ..jahanam dah kata lam hati..

Jadi nak bagi lancar majlis, maka cheq.art terpaksa sambung nyanyi dan diikuti oleh yg lain..bila keadaan kelam kabut ni biasa la
Kenkadang tak jd seperti dirancang..sampai tang perenggan mana tau lupa plak lirik..hahaha..sib baik org len tak pasab..

Habis satu bab ..bila habis perasmian ..bila masa permainan cheq.art di suruh jd pengulas..tudia!! Blom pernah buat lg ..mau tak mau terpaksa buat..cheq.art tak ulas bebanyak cam pengulas lain cam hasbullah awang..bkn tak buleh pertama arahan mengejut..kita tak kenal semua pemain ..masa perkenal pemain kt exco..kita main baca ja senarai termasuk la pemain simpanan yg sepatutnya tayah sebut..

Bila masa permainan plak..kalu ada partner ok gak nk goreng..bila sengsorang ni mati kutu gak..dj tk pa la leh merapu rapai..ni dh la sorang tmpat plak kt bawah tak nampak semua pemain ..kelam kabut gak la smpi yg tk gol pun kata gol ..pertukaran pemain pon silap yg kuaq kata masuk..penin..penin..smpi setengah permainan bergaduh plak dalam padang..riuh gak dibuatnya..memula tu tercengang gak cheq.art tp pastu br suruh semua bertenang..

Akhirnya semua berjalan dgn baik walaupun lintang pukang..pa pun ni pengalaman yg tak dapat di lupakan..nk jd MC ni kena bersedia dgn apa jua keadaan majlis n kena blajar kontrol majlis..

cheq.art Posted via Blogaway


cheq.art Posted via Blogaway

Saturday 6 September 2014

Rumah oh rumah..


Salam...
Sesambil baca surat khabar hari ni..cheq art ternampak artikel lam metro ...tgk tajuk TAWARAN HARGA MENARIK.. Kita pun ursha la..baca punya baca..tudia harga smpi rm1 juta..



bila tgk pemaju lagi geram TH properties..sonok sungguh kejar untung padahal ramai lg rakyat malaysia yg tadak rumah sendiri..pemaju ni rupanya anak syarikat tabung haji yg mana duitnya rata adalah drp simpanan rakyat malaysia yg nk pi haji..simpan hari ni lg 50thn baru leh pi haji..



Agaknya berapa ramai penyimpan kt tabung haji yg dah miliki rumah sendiri? Sedangkan depa ni potong gaji setiap bulan simpan kt sana..

Mmg la untung byk dividen pun banyak tp kan lagi bagus kalu buat rumah mampu milik untuk rakyat malaysia yg kategori golongan pertengahan atau sederhana..

kalau baca lam berita semasa  leh tgk hasil kajian depa ..Bapa ramai lagi rakyat malaysia yg tak mampu beli rumah..walaupun kerajaan lancarkan skim rumah pertama PRIMA tetapi rasanya belum cukup nk tampung keperluan rumah mampu milik rakyat malaysia..


Sumber fb berita semasa

Sumber mr.google


Menurut kajian berita semasa..rakyat malaysia kena keja 1/2jam utk beli beras..agaknya berapa ribu jam nk kena keja baru nk boleh beli rumah..??



Pesanan cheq.art..buat la kebajikan sama dari kira nk ligan untung besar..buat rumah mampu milik pun untung juga ..walaupun sikit tetapi bg byk manfaat pada rakyat malaysia..

Cadangan cheq.art apa kata kalau buat rumah mampu milik pastu bagi harga special utk penyimpan di TH diskoun 10% ka br la membantu dan juga sebagai zakat atau bantuan bg meringankan beban pelanggan @ penyimpan yg byk menyumbang dalam kemajuan TH smpi sekarang..

cheq.art Posted via Blogaway