Saturday 30 August 2014

mesyuarat kedai kopi..




Salam...
Pernah tak hangpa bermesyuarat di kedai kopi..
Mungkin pernahkan..cheq art pon besa la juga..tapi kali ni lain skit..selalunya bila mesyuarat tadak lar ramai sgt paling ramai pun dalam 10 org ja..dan kebiasaannya lelaki ja..
Tapi kali ni bukan takat lelaki ja..orang perempuan pon join skali..memang tabik la..yang hebatnya wakil setiap kampung join.. dalam mukim tu ada 4 kampung ..
Mesyuarat ni bincang tentang program nk sambut ambang merdeka di mukim relau,se bandar baharu kedah...
Pa pun mmg cheq art salute n respek dengan orang kampung ni..kata org ..sepakat membawa berkat...
cheq.art Posted via Blogaway

cheq.art Posted via Blogaway

Friday 29 August 2014

Mee Udang Bandar Baharu Kedah

Salam..
Antara makanan yang cheq art suka kat bandar baharu ni ialah mee udang..walaupun tadak la sehebat mee udang sesetengah tempat , bagi cheq art yang ni pun dh kira ok..kalau kengkawan mai nak makan mee udang mmg cheq art bawak kat sini ja..mmg kt sini banyak mee udang tp yang ni kuah dia kaler gelap dan kacang serbuk lagi tarok atas..kalu yg lain biasanya kaler merah..


Kalau sapa yg nk pi parit buntar atau bagan serai leh la singgah..kedai berhampiran dataran bandar baharu yg ada pasar kemboja setiap jumaat n isnin..

Harga tadak la mahal sangat cuma rm5.50 ja..bleh la kata orang beda nak lepas gian..

cheq.art Posted via Blogaway


cheq.art Posted via Blogaway

Thursday 28 August 2014

Segalanya di permudahkan

Salam..
Hari ni cheq art bertugas kt alor setar..kebetulan nk berjumpa ngn memba sbb ada hal..jd balik lewat la skit..sbbkan cheq art pergi dengan kereta pejabat takkan nk mintak memba tunggu jd dia balik dulu cheq art naik bas ja..

jd pendek kan cerita..selesai ja jumpa memba jam dh tunjuk pukul 8.00 mlm..mintak tolong memba hantarkan..smpi stesen bas dh kul 8.30 mlm dengan konfiden tanya tiket nk blk butterworth, skali tiket dh abis..transnasional tadak..konsortium pun elek.. Bila check rupanya last bas pukul 7.45 mlm..jahanam aku..Jd dalam hati dok pikir nk tidoq di mana?

Tetiba terdengar ada org sebut "Butterworth !! butterworth!!".. apa lagi celapak (terpa) la cheq art.."butterworth ada ka?" kita pun nk kepastian..
"ya..ada 1 seat lg..sorang penumpang tak mai"..bas tu nk ke penang dari perlis..
Syukur Alhamdulillah Allah dh permudahkan perjalanan ..

Selesai dh 1 bab..dipendekkan lg cerita sampai ja kt stesen bas butterworth..nk amik bas ke parit buntar plak..skali bas yang ke parit buntar pun dah tak jalan ..camna nk blk ni..pusing punya pusing ternampak 1 bas ada tulis..
ALOR SETAR-BUTTERWORTH-PARIT BUNTAR-JENGKA
Cheq art pun terpacak kat bas tunggu driver..tunggu punya tunggu sambil berdebar..mana tau direct terus jahanam cheq.art..skali nampak mamat tiket, terus cheq art tya ..
CA: "bang..bas ni masuk parit buntar tak?"
MA: "napa..nk tumpang ka? Jap tanya driver.."

Skali dreba angguk sebab kat parit buntar nk ambil penumpang..
Alhamdulillah..skali lagi Allah pemudah perjalanan..dengan rasa syukur dapat la cheq.art balik ke rumah dengan senang hati..

P/s: lenkali kalu nk pi memana guna pengangkutan awam jangan lupa check jadual perjalanan..

posted from Bloggeroid

Tuesday 12 August 2014

WW#2 - aduhai nasib badan





Bila berwudhuk tak kena cara..habih lingkup org punya harta..hahah..aduhai nasib badan


Thursday 7 August 2014

Isu Boikot.. siapa kena?? takat mana?? lama mana??

Salam ..selamat sejahtera.. moga kita semua mendapat keredhaan Allah dalam kehidupan seharian kita..

sekarang ni panas betul kisah tentang boikot-memboikot ni..jumaat ni pon ada kempen boikot besar-besaran terhadap Mc Donald di Seluruh negara..kira kalau nk di fikir-fikir yang ni kempen antara yang paling besar di lakukan berbanding sebelum ni..banyak kali dah Israel dok serang Palestin dan setiap kali serang memang kempen ni pun keluar..serupa bermusim pun ada cam musim buah pon ada..kempen ni disertai oleh pelbagai golongan tetapi yang ketaranya orang melayu..orang lain mungkin boikot cara sesenyap kot atau tak boikot langsung...

tapi yang menarik perhatian cheq.art hari ni ialah bukan sahaja rakyat Malaysia yang menyertai kempen ini tetapi pemimpin tertinggi yang bertaraf menteri pon join sama memboikot..bukan sahaja di mulut atau dok laung 'Save Gaza' tetapi dengan tindakan membatalkan kad kredit HSBC . Ini berikutan tindakan  HSBC yang menutup akaun pertubuhan islam yang membantu untuk menyalurkan bantuan kewangan untuk Gaza..
sumber dari facebook beliau


Tindakan ini sikit sebanyak memberi kesan kepada HSBC ..kalau pemimpin negara pon boleh buat macam tu..apa tah lagi orang lain..ini lah yang dikatakan 'KEPIMPINAN MELALUI TELADAN'. tahniah cheq art ucapkan ..
sekurang-kurangnya beliau boleh menjadi printis kepada pemimpin-pemimpin dalam negara serta pegawai-pegawai tinggi untuk melakukan perkara yang sama..jangan hanya lantang dalam parlimen tapi di luar tiada tindakan ..lain la macam cheq.art ni tadak kad kredit HSBC nak gunting pun tak leh..tapi sekurang-kurangnya tak payah nak pi bukak akaun di situ walaupun lepas ni bank tersebut menawarkan pinjaman atau pelaburan yang meruntuhkan jiwa..
mana tau mula-mula pemimpin dalam negara yang join boikot ..lepas ni dasar negara pulak yang mengharamkan hubungan ekonomi dengan negara haram jadah Israel..sama-sama la kita doa..bukan pa sebab negara lain dah buat, tapi depa dah lama la dari tahun 2005, buleh rujuk gambar di bawah ni.
keratan akhbar utusan malaysia 07.08.2014
bukan negara islam saja yang benci dengan Israel walaupun ada negara islam yang sokong negara haram jadah tu..Islam cap apa pun tatau..tapi negara barat juga mula boikot bukan sahaja hubungan diplomatik dan ekonomi malah kerjasama akademik, budaya..bukan sikit tau negara kesatuan eropah yang boikot sebanyak 17 buah..
sumber utusan malaysia 07.08.2014

dengar kata Israel dah mula goyang salah satunya dengan kes boikot ni la selain daripada kekalahan  tektikal perang dengan Hamas di sempadan Gaza..tu la walaupun Israel mempunyai kekuatan Ekonomi dan senjata Palestin mempunyai kekuatan Doa dan Pengguna di seluruh dunia..satu lagi ialah kesan daripada boikot ni Israel dah mula tukar kod barangan depa contoh kod 729 kepada 821 ..untuk kepastian cuba rujuk sumber lain takut cheq artz tersilap nombor..hahaha..naya orang lain..
Cheq art tertarik dengan surat khabar hari ni dalam utusan..walau cita katun tapi makna dalam ooOOOo..tang ni tamau komen pa-pa baca dan nilai sendiri..kata orang tetua..'TEPUK DADA TANYA SELERA @ IMAN'

sumber utusan malaysia 07.08.2014


cuma kalau nak boikot biar la jaga etika dan tingkah laku walaupun kita marah pada puak zionist Israel jangan sampai luruh abih nilai kesopanan dan kesusilaan kita..rukun negara no. 5 tu..tambahan kita orang muslim ..akhlak paling utama walau kita benci camna pun tang akhlak dan ilmu  la yang membezakan kita sama ada alim atau jahil . bukan pa Islam agama yang di pandang tinggi di sisi Allah takkan kita nak londeh sampai di pandang hina oleh penganut agama lain. contoh seperti di McDonald Dungun..jangan la kita terlampau melampau(extreme) kerana Allah dan Rasul suka pada sifat kesederhanaan.. cheq art bukan alim sangat dan bukan ustaz cuma sekadar peringat diri sendiri ja..

sumber google


cuma satu lg nak tau..lepas boikot McDonald ni nak buat pa plak..berhenti setakat ini atau sambung terus memboikot besar-besaran syarikat lain pula..dengaq kata ASTRO pun lantik perunding Israel..betui ka..kalau betui camna?? nk pejam mata ja atau genna (camna)..McDonald ni mungkin tak ramai orang pi makan, cheq art sendiri pun jarang-jarang..maklum la dia dok lam pekan kita dok kampung ja..tak padan nak berjalan jauh semata-mata nk tokak (gigit) burger dia nak pi restoran Ramly Burger pun lagi jauh nalla dok sampai kola lompo (kuala lumpur)..habih tadak kalau teringgin sangat pi beli burger tepi jalan anggap pi la cam McDonald..walaupun jauh langit dari bumi dia punya rasa..hahaha..tapi kalau ASTRO bukan takat  kot dalam pekan ja..malah dok pelusuh kampung mana pun ada walaupun kawasan tu nk buleh line internet pun merangkak lebih pada khorha(kura²)..tang rancangan jangan cerita la..oasis la mustika la ceria.. kalau yang suka hiburan dia layoq(tayang) Maharaja Lawak ..kalau hat(yang) suka bab agama dia layoq oasis.. hat suka muvie dia layoq Astro Fist..yang gila bola dia layoq Arena..yang suka katun dia layoq disney ka..boleh kata dari tokwan/toknek(datuk/nenak) sampai la ke anak cucu semua dia kutip tak tinggai sikit pun..bleh tahan ka..makan minum boleh la tahan cam bulan posa dulu sebulan tanpa miss..siap anak yang umoq 4-5 tahun dh ajaq posa sampai abis..

Ok la ni persoalan dia ..takat mana nk boikot McD..
adakah smpi bankrap McD seluruh malaysia?? Adakah smpi tentera israel berundur @ menyerah kalah??
Atau boikot sampai bila??
Selepas berjaya boikot McD ..siapakah sasaran seterusnya untuk di boikot?? Adakah Astro??
Ataupun hanya nk boikot McD ja syarikat lain tak payah..
Rasa2 hampa pikiaq camna..cuba kongsi pandangan di sini..

takpa la cheq art berhenti takat ni dulu..nanti cheq art sambung bahagian ke-2 plak wallahualamm...

BERSAMBUNG....
posted from Bloggeroid

Tuesday 5 August 2014

Pertandingan Keceriaan Merdeka 2014



Salam..

Bulan ni kita bakal menyambut hari kemerdekaan kali yang ke-57. Bersempena dengan itu pihak Jabatan Penerangan Malaysia  mengadakan pertandingan Kecerian Merdeka 2014 peringkat negeri Kedah bermula 01 Ogos hingga 31 Ogos 2014. 


untuk maklumat lanjut boleh hubungi urusetia Jabatan Penerangan Negeri Kedah di talian 

Tel : 04-7711395 / 04-7711460
Fax : 04-7711811 / 04-7712548

borang pertandingan boleh didapati di Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah yang bertempat di Kompleks Penerangan & Penyiaran , jalan Kuala Kedah, Alor Setar atau pun boleh ambil di mana-mana Pejabat Penerangan Daerah seluruh Negeri Kedah.

kalau nak mudah download / muat turun di link kat bawah ni..

borang pertandingan

syarat pertandingan boleh tengok kat bawah ni..

Syarat pertandingan

p/s Jom sesama memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan ..pakat pasang bendera untuk tunjukkan semangat patriotisme dan cintakan negara..sebelum ni kita raya sebab berjaya laksana ibadah di bulan ramadhan selama sebulan ..la ni kita raya sebab negara dah bebas merdeka dari cengkaman penjajah..

Lori Tanah Buat Perangai...



Assalamualaikum..

pernah tak hampa termakan debu dan kotoran..bukan sebab teringin nak makan, tapi sebab jalan ..hari ni cheq.art nak lemparkan rasa tak puas hati pasai ketidakperihatinan lori-lori tanah yang dok lalu lalang area Bandar Baharu, Kedah dan Parit Buntar, Perak..

Disebalik keghairahan dalam mengejar pembangunan , respek la orang lain sama terutama pengguna jalan raya yang lain..jangan hanya nak menyejar duit atau projek benda lain diabaikan..ini bukan kira celoteh dah ni masuk ketegori membebel/berletiaq..si lori ni kalau dah tau lalu jalan raya utama atau laluan awam cuba utama bab keselamatan ..cuba tengok gambaq kat bawah ni..ada ka patut kain kanvas tutup tanah koyak rabak dan tu asap hitam plak..

di rakam ketika menaiki jejantas (flyover ) pekan Parit Buntar
.awat..tak tak mampu beli hat baru ka..kalu nak ikutkan lori yang lalu lalang kat kawasan ni berpuluh biji sehari..bukan setakat sebijik ja  ada juga lori len yg kelaku(perangai) sama

di rakam kat Permatang Kerat Telunjuk 

tah ada road tax ke tidak kita pon tatau..yang ni baru ni di rakam masa bulan posa...yang lagi sebijik baru tersempak tadi tak sempat rakam..nak tau apa yang makhluk bernama lori ni dah buat kat jalan raya Bandar Baharu, Kedah..
Add caption

Add caption



tanah bertaburan kat Bulatan Bandar Baharu


kalau keadaan macam ni..sapa yang tak sakit hati..kita pengguna juga yang kena kalau takat keta berabuk dan kotor..kalau yang naik motorsikal plak..tak di hidunya debu sesilap boleh telan skali kalau di kira pakej..cheq art pon heran la mana penguatkuasa terutama polis ngan JPJ..perkara ni dok perati lama dah

jangan jadi serupa kisah kat kawasan Sg. Kechil Ilir di sebabkan tiada tindakan undang-undang..maka orang kampung dengan sendirinya melaksanakan undang-undang sendiri..apabila seorang penduduk kampung terbunuh gara-gara lori laju di kawasan kampung..maka setiap kali lori lalu di lastiknya cermin sampai pecah..masa tu mula la kot nak kalut bagai..

jadi cheq art harap pihak yang berwajib tolong amik perhatian terhadap perkara ni..jangan sampai pihak media cetak ka elektronik ka turun buat liputan kang jadi cerita panjang plak...


Monday 4 August 2014

Kempen Boikot McD

Assalam ...

Selamat hari Raya bagi yang sudah melaksanakan posa 6 yang baru dok raya semalam..heheh..hari ni cheq art tamau cita pasai raya lagi walaupun ramai blogger dah mula bercerita tentang sambutan raya depa tahun ni..walaupun ada la skit yang nk cerita pasai raya ni tapi postpone dulu la.. cuma hari ada skit nak habaq..

Rata-rata orang skarang ni tengah dok hangat berkempen boikot MC D sehangat ayam Golek yang di panggang di tengah hari yang rambang...bagus la la kempen kesedaran nak bagi peringatan kt negara seperti israel pengguna juga ada kuasa walaupun bukan melalui senjata tetapi melalui pembelian ..mungkin cara ni boleh menyedarkan kuasa ekonomi dunia seperti Eropah dan Amerika dan sekutu ekonominya sedar tentang bahaya boikot yang boleh menyebabkan terjun nya ekonomi sesebuah negara seperti terjun tiruk pandalela..hehehe..

camna pun dengaq kata hari jumaat ni nak buat boikot besar-besaran seluruh malaysia jgn beli @ makan di McD kecuali ada mamat mana lam FB pi makan nasik kerabu ngn teh O ais..hahaha..sempoi punya cara boikot.. ..cheq.art tamau nk komen pa..

sumber facebook

ini adalah satu langkah serangan balas terhadap penduduk Palestin di Tebing Gaza..kalu nk boikot terus menerus ka atau sekadar tekanan atas serangan tu tatau la..abis serang abis boikot kot.. pasai selalu sebelum ni dok jadi lagu tu..bila israel serang palestin..maka akan keluarkan senarai barangan, syarikat , kelab bola dan sebagainya yg kena boikot..bila abis perang pakai / guna balik..cheq.art harap langkah ini mungkin dapat menggoyangkan puak zionist dan sekutunya..

cheq.art mmg bukan peminat McD..rasanya dalam 30 thn lebih ni lom sampai 10x-15x makan McD seingat-ingat la..kiranya kalau McD nk buat kekayaan melalui cheq.art jawapnya kirim salam..buka pintu toilet terjun lam kolam..sori yer McD ..pssst..tp ada org yg suka makan prosperity dia la..jawapnya masak sendiri la pasni...