Wednesday 31 July 2013

Kerang & Siput Ramadhan


Salamz..

Cheq.Artz nk tanya tempat hangpa popular ngan menu @ makanan pa...ptg ni saja nk share kalau sapa yg penah mai atau dok area parit buntar / bandar baharu / nibong tebal musti tau punya..kawasan ni terkenal dengan kerang & siput rebus...lepas terawih ja.. berduyun-duyun pakat dok melepak kat area kedai / gerai / warung kerang ngn siput rebus... pasai byk dok ada kot jalan kata orang...

Lom pernah lg Cheq.artz tengok sepanjang bulan puasa.. org dok melepak gerai kerang & siput..peliknya sbb sini ada.. pelik juga sebelum ni tadak..bila mai ramadhan..tetiba muncul serupa cendawan.. tu yang semalam Cheq.Artz keluaq ngn memba opis pi pekena siput sudu rebus cicah kuah kacang ..
~!! sedap gak...




Owhhh..yang ni ka nama siput sudu..mungkin sbb bentuk cam sudu kot...tokey kedai ada la offer kerang bulu... tamau la...hahaha dengaq nama pon gerun..awat la depa tak cukoq dulu sblm juai...hahaha..lawak ja..ada satu jenih lg siput nama pa dh lupa.. tp bentuk dia supa selipar jepun.. punya la besaq ..kata depa yg dok juai..siput jenih tu jarang-jarang dapat...heheheh.. tk berani nk try...




 
Memalam penuh ni pon pasai kami dh mai lewak..kalu awai..hurmmm tunggu turn la... sebut bab siput ngn kerang ni ..habaq area mana lam bandar baharu / parit buntar / nibong tebal... mmg ramai orang mungkin pesta setahun skali kot...


tak cukup ngan siput ..pi bedal plak kerang rebus...tp nk pesan jgn makan selalu walaupun orang kata makan kerang baguih pasai tambah darah..memang pun cuma masalah nya dia tambah darah kotor...Cheq.Art pasai lepaih geram ja..skali skala...hahahha

semangkok Kerang RM 3.00
Semangkok Siput sudu RM 7.00

sapa nk try pi la.. tumpang bulan ramadhan lom abis lg...abih ramadhan..abis la depa ni..tatau pasai pa.. mungkin siput dan kerang tamau timboi dh kot ..hehehehe...kt tempat hangpa camna???







Tuesday 30 July 2013

Best Clip sempena Ramadhan..Nangis OOoo


Salamz & selamat sejahtera...

sesudah wat keja tadi Cheq.Artz cam biasa la merayau² dalam FB sekali terperasan video clip ' KASUT BURUK' keluaran Jabatan Kebudayaan Sabah..katanya di adaptasi dari kisah rakan dalam FB... Cheq.Artz mmg respek betul kt crew yang menjayakan clip berkenaan kerana sapa yang tengok mesti akan mengalir air mata / sebak.. hehehe..memula dok kata lam diri nak tahan tamau tiyak (nangis/sebak) ..tp tak daya walaupun dh di pesan PASTI SEBAK..ego punya pasal nk test..nak amik hang sebak gak..hahahaha...sapa nk test ketahanan hati dan perasaan meh saksikan...





Haaaa..camna??? ada sapa yang tahan lasak...??? atau berderai abih ayaq mata...sapa yg berderai ngn tahan tolong komen tang mana babak yang tak bleh tahan..Cheq.artz tak tahan tang bila si ibu dia pesan kat anak dia..nak tau apa dia pesan tengok sendiri la......hehehe.. 

Tahniah Cheq.Artz ucapkan pada Jabatan Kebudayaan & Kesenian Sabah kerana berjaya menginsafkan ramai orang terutama dalam kemulian dalam bulan Ramadhan...Bulan yang penuh Barkah dan di galakkan untuk bersedekah & membantu orang susah.. 

Bebaru ni Team Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu aku buat kunjungan kasih ke kawasan pendalaman dan kampung untuk menyampai bantuan kepada yang memerlukan sampai lah terjumpaaa sepasang warga emas yg di tinggalkan anak di pondok buruk... nanti Cheq.artz updated kisahnya..tungguuuuu...  


DINAR IRAQ DH JD CAM DUIT CAP DAUN PISANG

Salam & selamat sejahtera...

Pepagi ni jenjalan lam dunia maya dulu sblm wat kerja..skali Cheq.art ternampak 1 info yg menarik gak leh la kita menambah ilmu skit pepagi ni...sedara 1 malaysia kita share info ni di iraq berkenaan dinar iraq...bila baca ni baru Cheq.artz teringat masa memula masuk kerja masa tu tahun 2005 ada rakan sekerja lupa dh sapa n muka pon tak bapa ingat dia share tentang pelaburan Dinar Iraq..kan masa tu baru lepas perang Teluk II 2003 yg mana Saddam Hussien di tumbangkan..kawan ni kata masa ni paling sesuai utk beli Dinar Iraq sbb jatuh teruk dan lepas ni nilai mata wang tu akan stabil dan ramai akan jadi jutawan segera...ni maklumat yg Cheq.artz dapat dalam blog² yg dok promote Dinar Iraq...

Sebelum Perang Teluk, Dinar Iraq bernilai USD3.22 bagi setiap 1 Dinar (USD$3.22 = IQD1.00). ketika itu Saddam memerintah, dengan hutang yang banyak dan simpanan yang sedikit, itu pun jika ada.
Sekarang anda boleh membeli IQD41,800 wang Dinar Iraq yang baru hanya sekitar RM760. Sebab terjadinya keadaan ini adalah nilai IQD masih belum ditentukan oleh bank dunia.
Tahukah anda bahawa Dinar Kuwait bernilai setinggi USD3.00 sebelum Perang Teluk. Sebaik sahaja selepas perang, Kuwait mencetak wang kertas baru dan Bank Dunia
meletakkan nilai USD0.10 bagi setiap Dinar Kuwait. Kini nilai itu kembali ke tahap USD3.49.
Bayangkan jika anda telah membeli $1,000 Dinar Kuwait, anda akan memiliki USD34,900 @ RM129, 130 pada hari ini!

siap depa bagi tau lagi labur RM50 dpt 10,000.00 Dinar Iraq yg mana akan melonjak nilainya jadi menjadi tukaran RM 100,000.00 ~!!! tudia punya promote...skali pandang leh terpengaruh gak...tp masa rakan Cheq.artz promote dulu masa tu tahun 2005 la nie dh 2013...lom nampak perubahan pon..dah yg terbaru bila rakan kita dari Baghdad sendiri menceritakan tentang suasana sebenar di Iraq ..tima kasih adik Din Paka lintas langsung dari sana kelmarin...beringat sebelum kena ...baik buat kaji selidik dulu...bak Firman Allah 

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Cheq.Artz pon tak pasti tentang kesahihan info ni...jangan sampai buat naya kat orang lain kerana nak untung cepat dan jangan la plak menyekat rezeki orang lain jika itu peluangnya..


sebut bab duit susut nilai @ duit tak laku teringat zaman jepon dulu duit cap pokok pisang ..nak beli barang keperluan sampai kena bawak berguni...jangan jadi cam di bawah ni nak beli teloq 3 biji ja pon kena bawak not 100 bilion..hahahaha..tudiaaa..mmg billionaie toiiii...

nak tau dengan lebih lanjut pasai Dinar Iraq leh baca kat bawah...terbaru segar dari ladang..

sebelum jadi pa² Cheq.Artz tinggalkan kengkawan dengan lagu ni...







LAGU MERAPU RAPAI AM CREW..



Bosan-bosan dok jenjalan lam internet tetiba terjumpa ngn puak Hot FM dok reka & modify lagu orang...hahahaha...lawak gak dengaq loghat kata depa ni..walaupun ada yg tak betoi.. dah depa waya putuih ...tak pa janji seronok..time² bosan leh la dok layan puak-puak ni dok merhapu..jom layannzzz....~!! 

cheq.artz suka lirik puak-puak ni...






habis dengan loghat uthara depa pi blasah loghat perhak plak..hahahah..tak pa happy tak tension...
ada geng perak?? betoi dak depa dok merapu nih....hahahaha
lirik hangpa mmg best...hahahah

Adoyaiiii..Adoyaiii




Perghhh...tudia pasni ALONG pakat beruntung la bila Bank Negara perketat pinjaman..pastu plak banyak kedengaran tentang bakal ² kenaikan barangan hurmmm tatau la naik ka tak..tapi yang pasti pasai perketat pinjaman ni mmg Along sgt belintong..pasai senang kasi pinjam...la ni kos hidup melambung nk pinjam susah memang akan jadi masalah..biasanya org pinjam ni nak overlap ja..kebanyakan rakan² cheq.art yg dok lam kerajaan dan cheq.artz sendiri pon pernah buat
overlap dengan harapan dapat duit lebih untuk kegunaan tertentu...nk simpan isk kalau keadaan sekarang ni bukan tak buleh tapi sikit tak pun tadak teruih...mana tak kita tengok pada nilai perbelanjaan barang keperluan dah la....kalau dulu RM 50 boleh dapat dekat 1 troli .sekarang ni jangan mimpi la...kadang-kadang RM50 belanja 1 beg pelestit (plastik) ja ayyak...... adoyaiiiii...perbelanjaan makin lama makin naik...gaji??? ada orang kata bebaru ni gaji naik...hehehe..betul gak...tapi adakah kenaikan itu seimbang??? kengkadang bila kerajaan umum nk naik gaji atau beri bonus...makan berlumba tokey² nk naikkan harga barang keperluan..hampehhh..hehehe..dh la rumah sekarang ni naik harga melambung dan melampau..sampai tahap juta pun ada...kengkadang terfikir gak kenapa tak buleh sediakan harga mampu milik...tapi bila fikir dengan akal jahat ni... dok agak pemaju buat rumah kos sederhana untung sikit...katakan lah sebagai contoh ..

rumah yang harga RM100k ..pemaju untung RM20k sebuah..100 biji baru untung RM 2juta.. kata kan lah pemaju buat rumah harga RM 500k ...untung RM200K sebuah..kalu 10 biji dh dpt RM 2 juta kalu 100 biji nah'aiiiiiii...RM20 juta...untung berganda².. sebab tu kot banyak pemaju nak buat rumah yang mahal-mahal...kerajaan pula tatau la ..pasai pa tamau control mungkin buleh dapat cukai tinggi kot... sekarang ni dengar kata ekonomi negara mengecut dan lembab skit betoi ka...



Mungkin betoi gak..Cheq.artz ada sorang memba dok meniaga juai tudung raya..katanya tahun ni tak seronok sangat meniaga pasal kurang orang membeli...mai banyak tapi beli kurang sebabnya ialah mungkin terlalu memilih dapat harga bebetul cun/ murah kot...hehehe agaknya la...baru ni bebaru ni pasar KEMBOJA kt tempat Cheq.artz penuh orang pi shopping sbb pa...sbb murah ja sampai sanggup sewa bas pun ada..makna orang la ni bajet skit ..

Satu lagi kalau la keadaan ni berterusan bangaimana nak menyimpan untuk hari tua nanti ..sama ada kita ingat atau lupa..kita kerja sampai umur 60 tahun ...di takdirkan hidup sampai umur 70 thn...lagi balance hidup 10 tahun ni sapa nak tanggung kalu sekiranya tiada persediaan...tu belum kira sakit demam lagi...nanti Cheq.artz updated program bantuan yang mana keluhan ibu bapa yang mana anak dia buang dia dalam pondok buruk...ada skali ngan gambar Cheq.artz akan update...kata financial planner yang bertauliah perlukan min RM1.4 juta untuk hidup selesa selepas bersara..rasa nak tergelak ja...isk kalau kira logik la...umur 25 tahun ..pencen umo 60 tahun..kira kija 35 tahun...agak² sebulan nk simpan berapa dit (ringgit) sebulan...meh kita kira....

60thn-25thn = 35 thn
35 thn X 12 bln = 420 bln
RM1.4 juta / 420 bln = RM 3333.33 simpanan sebulan...

kira lamsam la RM3000... ada sapa mampu simpan banyak tu ka...hahahaha...laki bini kerja pon blom tentu leh simpan banyak tu...melainkan kena paksa anak-anak kerja sama...gilaaa...tapi tu la hakikatnya....

sebab tu la sekarang ni ramai yang buat part time tak kira la .. ..kerja..berniaga...melabur...menipu...merompak dan sebagainya...tapi pa pun yang kita  buat dan rancang Allah lagi maha hebat rancangannya...sebelum Cheq.artz chowwww...nk tinggaikan sesuatu utk semua termasuk peringatan untuk  Cheq.artz sendiri....


dan satu lagi untuk hiburan kita bersama...mana tau satu hari Allah makbul kan permintaan kita..boleh kita buat cam dalam lagu nihhh..hehehehehe....


KALAU AKU KAYA~!!






Bank Negara Perketat Pinjaman - Ulasan Dr. Agus



Salamz & Selamat sejahtera ...

bebaru ni heboh dalam akhbar , media sosial dan TV berkenaan dengan Bank Negara nak perketatkan pinjaman peribadi diperketatkan bukan takat tu ja malah dengaq kata pinjaman perumahan pun sama...perkara ni pernah di keluarkan oleh berita semasa..Cheq.artz suka gak baca kt sana sbb depat bagi detail siap sekali ngan fakta & angka...


Hari ni terjumpa plak artikel pasai Bank Negara tu la ..kali ni di ulas oleh Dr. Agus..walaupun dh lama tp tak pa asalkan ianya tak basi.... 


PADA 5 JULAI 2013, Bank Negara menguatkuasakan peraturan baru menghadkan: 
(i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun); 
(ii)pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), dan 

(iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan.


Alasan yang diberikan Bank Negara adalah untuk menangani kenaikan hutang isirumah yang meningkat dari RM465.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM754.6 bilion pada pertengahan tahun 2013. Dengan harga rumah mahal, harga kereta mahal dan kos hidup yang mahal, rakyat Malaysia adalah ‘juara’ dalam membuat hutang, iaitu hutang isirumah kita adalah 140% berbanding dengan pendapatan, Singapura 105%, Amerika 123%, Korea 101%, Thailand 53% dan Indonesia 38%. 

Akibat hutang yang banyak ini, kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan berumur 25-44 tahun. Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar pinjaman (hutang). 

Persoalannya, kenapa hutang rakyat kita tinggi? Menurut data Bank Negara, 64% pinjaman yang dibuat oleh isirumah adalah dari pinjaman perumahan dan kereta sahaja. Pinjaman peribadi jatuh ke tempat ketiga paling banyak. 

Pertanyaannya, mengapa harga rumah mahal sehingga boleh membuatkan kita terhutang sampai ke tua? Bila rakyat bertanya hal ini, jawapan pemaju mudah sahaja, iaitu kerana barang kos pembinaan seperti simen, pasir, batu-bata dan seribu satu macam perkara lain lagi naik harga. Bagi ahli ekonomi, mereka menjawab kerana permintaan melebihi penawaran. 

Saya pun hairan kenapa kerajaan tidak boleh mengawal harga rumah ini? Apakah payahnya sangat untuk kerajaan menetapkan harga rumah mampu milik kepada rakyat, iaitu rumah yang boleh dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana yang harganya dalam lingkungan RM100-RM200 ribu sahaja.

Ini kerana saya lihat harga rumah yang ditetapkan oleh pemaju sekarang sudah di luar dari istilah rumah mampu bilik. Bayangkan bagaimana seorang yang baru bekerja boleh memiliki rumah jika harga rumah dua tingkat di Bandar Baru Bangi dengan keluasan 20”X70” pun sudah mencecah RM500 ribu. Bayangkan harga rumah kondominium di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit dan harga sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta. Siapakah yang mampu membelinya?

Bayangkan pula kalau ada hutang kereta, anak kecil 3 orang, kena beli lampin anak, bayar orang gaji, kad kredit, pakaian, persekolahan, minyak kereta dll, maka apa lagi yang tinggal? Bagaimana mungkin mampu untuk membeli rumah semahal ini jika pendapatan suami isteri hanya RM5 ribu sebulan sahaja dengan bayaran yang ditetapkan dalam masa 35 tahun. Jika suami isteri berpandapatan RM5 ribu pun tidak mampu, bagaimana bagi mereka yang berpendapatan lebih rendah dari itu?

Saya cukup risau dengan harga rumah yang tidak terkawal dan over priced ini. Sekarang ini pun dengan gaji RM6 ribu sebulan, belum tentu dapat membeli rumah yang berharga RM400 ribu. Andaikan si pembeli meminjam RM400 ribu sahaja daripada bank dengan purata kadar faedah enam peratus setahun, peminjam perlu membayar ansuran bulanan sebanyak kira-kira RM2,400 selama 30 tahun. Ini bermakna peminjam yang membeli rumah teres pada usia 30 tahun hanya akan habis membayar hutang pada usia 60 tahun. Persoalannya, berapa ramaikah rakyat kita memiliki pendapatan RM6 ribu sebulan sekarang?

Apabila melihat kepada masalah harga rumah yang semakin ‘tidak masuk akal’ sekarang ini, saya terpanggil untuk membincangkan masalah ini. Saya sedih melihat nasib rakyat yang terhimpit dengan masalah ini kerana biarpun sudah berumur 45 tahun dan berkelulusan universiti, sehingga sekarang pun masih ‘menyewa’ lagi. Itu belum lagi mengambil kira mereka yang bekerja di bawah dari tahap gaji pegawai yang berkelulusan universiti.

Atas masalah harga rumah yang tinggi ini, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengambil tindakan berikut:

i. Turunkan kadar faedah daripada 4% kepada 2% sahaja untuk pinjaman kerajaan dan dari 6% kepada 3% sahaja untuk pinjaman bank bagi rumah pertama. Ambil perhatian kerajaan Kelantan tidak mengenakan faedah kepada kakitangan awamnya dan Public Bank hanya mengenakan kadar faedah sebanyak 1% sahaja kepada kakitangannya.

ii. Naikkan elaun perumahan untuk kumpulan sokongan dari RM180 sebulan kepada jumlah yang lebih wajar. Di Kuala Lumpur, sewa sebilik pun sudah RM250-500 sebulan. Bagi pekerja swasta pula, kerajaan perlu mewajibkan syarikat membayar elaun perumahan kepada pekerjanya campur dengan gaji minimum yang baru diwajibkan.

iii. Kerajaan sendiri membina lebih banyak rumah sesuai dengan permintaan dengan tidak lagi menyerahkannya kepada pemaju swasta. Sekiranya syarikat swasta mahu juga membinanya, kerajaan perlu meminda akta supaya segala pembangunan perumahan yang dilakukan oleh syarikat swasta hendaklah mengikut syarat-syarat ketat harga yang ditetapkan kerajaan supaya harga menjadi terkawal dan tidak lagi melampau.

iv. Menteri Perumahan yang baru sepatutnya merangka mekanisme untuk menurunkan harga rumah sama ada dengan mengurangkan kos pembinaan dan lain-lain tindakan yang wajar.

v. Jika harga rumah mahal disebabkan oleh harga tanah, maka kerajaan hendaklah menetapkan harga siling bagi setiap kaki persegi tanah kerana tanah adalah milik kerajaan yang boleh dikawal.

vi. Jika harga tanah di bandar mahal untuk membangunkan perumahan, maka binalah apartment ‘layak duduk’ yang sesuai untuk golongan berpendapatan rendah. Mereka tetap perlu disediakan rumah kerana itu adalah keperluan asas manusia yang perlu disediakan oleh kerajaan untuk rakyatnya. Jangan pula cari alasan ‘kalau ayam mahal jangan makan ayam’, atau ‘kalau rumah di bandar, mahal sewa atau belilah rumah di kampung’. 

Saya yakin jika kerajaan boleh membuat pelbagai program seperti Hari Sukan, Hari Wanita dan Hari Belia dengan kos yang berjuta, tentunya tidak sukar bagi kerajaan untuk mengambil langkah lebih adil bagi menyediakan perumahan kepada rakyat ini.

Mengingatkan tentang hutang rakyat kita yang terlalu tinggi dan ramai lagi dari kalangan mereka yang masih belum mempunyai rumah sendiri, hati saya mengeluh. Semoganya tidak lagi selepas
ini...

- Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
Penganalisis Politik, Pensyarah UKM

















Monday 29 July 2013

INFO HARI INI...


Salam & Selamat sejahtera...

pernahkah kita rasa sakit² , lengoh  badan ..otot dan sebagainya ?? hari ni cheq.artz nk kongsi satu info tentang tanda² sakit kat badan..sebenarnya Cheq.artz sendiri pon tak pasti info benar atau tak tapi mungkin kawan² kat luar sana boleh meng 'kompom' sekiranya tahu/ pasti tentang info ni...tapi tak pa sekurang-kurang kita leh check kt badan sendiri..hanya jauhari mengenal manikam...ahahaha..

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!




Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.





1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.





2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.






3. BATUK


a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.







4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.




5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
i

ii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.





6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang
berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.





7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.







8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.



16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran 
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH 
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. 
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis